Pada tahun-tahun kebelakangan ini, migrasi pekerja migran telah menjadi alat untuk mengaut keuntungan besar oleh para syarikat dan agen yang terlibat dalam pengambilan pekerja seperti ini. Mereka yang menjalankan industri ini seakan-akan memiliki pengaruh besar dalam pembuatan dasar, dan memberi kesan terhadap pewujudan dasar dan tadbir urus yang baik. Kerajaan perlulah bebas dari kepentingan pihak-pihak ini dan merancang secara serius serta mewujudkan rangka kerja yang komprehensif bagi kepentingan semua, baik rakyat Malaysia mahupun para imigran.

Oleh kerana itu, Migran Workers Right to Redress Coalition menganjurkan beberapa siri perundingan dengan semua pihak berkepentingan dalam aspek-aspek utama migrasi pekerja migran.

Empat perbincangan meja bulat yang membawa tema ‘Kearah Sebuah Dasar Kebangsaan Tentang Migrasi Pekerja’ dianjurkan diantara bulan Ogos dan Oktober 2016. Setiap perbincangan meja bulat memberi tumpuan kepada aspek khusus migrasi pekerja seperti Perekrutan, Hak-Hak Pengambilan Pekerja, Pekerja Yang Tidak Didokumentasikan, Penangkapan dan Penahanan, Keselamatan Sosial, Kesihatan dan Perumahan, Keluarga, Kanak-Kanak dan HakHak Sosio-Budaya. Para perwakilan dari pelbagai Kementerian dan agensi kerajaan, kedutaan, organisasi-organisasi majikan, organisasi-organisasi pekerja, para pekerja migran, masyarakat sivil dan ahli-ahli akademik menghadiri dan menyumbang di dalam sesi meja bulat ini.

Kami panjangkan cadangan-cadangan di dalam laporan ini kepada pihak kerajaan dan agensi-agensi-nya untuk duduk bersama dan merangka dasar yang komprehensif berkenaan migrasi pekerja migran. Kami berharap perkara ini akan dapat dilaksanakan sebagai suatu keperluan, dasar yang komprehensif telah lama tertangguh dan sudah tentu pihak kami berbesar hati untuk menawarkan sokongan dan input.

The Migrant Workers Right to Redress Coalition (Hak Pekerja Migran untuk Membentuk Gabungan)
Julai 2017

Bacaan Lanjut:

Dasar Kebangsaan Pekerja Migran di Malaysia