Siri 17 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 17 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah  
16 Julai 2011

16 Julai – Suatu kempen membuat laporan polis seluruh negara dilancarkan oleh PSM mendesak orang ramai, organisasi dan sesiapa sahaja membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara, Timb Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri mendesak pembebasan segera aktivis PSM.

Dalam masa 5 hari sahaja, sebanyak 522 laporan polis telah dibuat oleh pelbagai individu dan organisasi diseluruh pelusuk negara.

Protes candlelight vigil menuntut pembebasan dilakukan berbeza pada malam itu, apabila semua beralih ke lokasi yang sibuk dengan orang awam. Kami memilih membuat protest lilin tersebut di Bukit Bintang. Ramai aktivis sampai ke lokasi dengan menaiki Monorail.

Protes lilin diadakan tepat berhadapan dengan stesen monorail Bukit Bintang dan Maybak. Sambutan yang baik diterima pada malam itu dari orang awam yang turut faham desakan kami untuk membebaskan PSM EO6.

 

Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis