Kerja Ringan “Light Duty” Tidak Ada Dalam Istilah Majikan. Kisah Kemenangan Seorang Pekerja Pencinta Haiwan

Kerja Ringan “Light Duty” Tidak Ada Dalam Istilah Majikan. Kisah Kemenangan Seorang Pekerja Pencinta Haiwan

I hurried into the local department store to grab1 some last minute Chirsmas gifts. I looked at all CISSP pdf the people and grumbled2 to myself. I would be in here forever Examdumpsview and I just had so much to do. Chirsmas was beginning to become such a drag. Examdumpsview I kinda wished that I could just sleep through Chirsmas. But I hurried the best I could through all the people to the toy department. Once again I kind 70-697 Exam Dumps of mumbled3 to myself 220-901 Exam Examdumpsview at the prices CISSP pdf of all these toys, and wondered if the grandkids would even play Exampdfview whit4 them. I found myself in the doll 70-697 Exam Dumps 220-901 Exam aisle5. CISSP certifications Out of the corner 70-697 Exam Dumps of my eye I saw CISSP pdf CISSP certifications a little CISSP training boy Exampdfview about 5 holding a lovely doll.He kept touching6 her hair and he held her so gently. I could not 220-901 Exam seem to CISSP pdf Exampdfview Examdumpsview help myself. I just kept loking over at the Examdumpsview little boy 220-901 Exam and wondered who the doll was for. 70-697 Exam Dumps Exampdfview I watched him turn CISSP exam dumps to a 220-901 Exam woman and CISSP certifications he called his aunt by name and said, “Are you sure I don’t have enough money?” She replied a bit impatiently, “You know that you don’t have enough money for it.” The aunt told the CISSP exam dumps little boy not 70-697 Exam Dumps to go anywhere that she had to go and get some other CISSP pdf things and would be back in a few minutes. And then she CISSP training left the aisle. The boy continued to hold the CISSP training doll. After a CISSP training bit I asked the boy who the 70-697 Exam Dumps doll was for. He said, “It is CISSP pdf the doll my sister CISSP pdf wanted so badly Examdumpsview for Chirsmas. She just knew that Exampdfview CISSP exam dumps Santa would bring it. “I told CISSP training him that maybe Santa was going to bring it . He said, “No, Santa can’t go where my sister is…. I have to give the doll to my Mama CISSP certifications to take to her. “I asked CISSP exam dumps him where his 70-697 Exam Dumps siter was. He Examdumpsview looked at me with 70-697 Exam Dumps the Exampdfview CISSP pdf saddest eyes and said, “She was 220-901 Exam gone to be with Jesus.

My Daddy says that Mamma is going to have to go be 70-697 Exam Dumps with her.” Exampdfview My heart CISSP certifications CISSP exam dumps nearly 70-697 Exam Dumps stopped CISSP pdf beating. Then the boy looked at me CISSP training again and said, “I told my Daddy to tell my Mama not to go yet. I told him to tell her CISSP training to wait till I got Examdumpsview 70-697 Exam Dumps back from the store.” Then he asked me if i wanted to see his picture. I told him I’d love to. He pulled Exampdfview out some picture he’d had taken CISSP exam dumps Examdumpsview at the front of the store. He said, “I want my Mama to CISSP exam dumps take this with her so the dosen’t ever forget Examdumpsview me. I love CISSP pdf my Mama so Exampdfview very much CISSP exam dumps and I wish 220-901 Exam CISSP exam dumps she 220-901 Exam dind not have to leave me.But Daddy says she will need to be with 220-901 Exam my sister.” I saw that the little boy had lowered his CISSP exam dumps head and had grown so qiuet. While he was not looking I reached into CISSP training my 220-901 Exam purse and pilled out a handful of bills. I asked the little Exampdfview 220-901 Exam boy, “Shall we 70-697 Exam Dumps 220-901 Exam count that miney CISSP pdf one more time?” He grew excited and said, “Yes,I CISSP certifications just know it has to CISSP certifications be enough.” So I slipped CISSP certifications my CISSP exam dumps money in with CISSP certifications 70-697 Exam Dumps his CISSP exam dumps CISSP pdf and we began to Exampdfview count it . Of course it was plenty for the doll. He softly said, “Thank you Jesus CISSP training for giving me enough CISSP training money.” Then the boy said, “I just asked Jesus CISSP pdf to give me enough 70-697 Exam Dumps Examdumpsview money to buy this doll Examdumpsview so Mama can take it with her to give my sister. And he heard Examdumpsview my prayer. CISSP exam dumps I wanted to ask him give CISSP certifications for enough CISSP exam dumps to buy my Mama a white rose, but CISSP training I didn’t ask him, but he gave me enough to buy Exampdfview the doll and a rose for my Mama. She loves white rose so much. “In a few minutes the aunt came back and Exampdfview I wheeled my cart away. I could CISSP certifications not keep Exampdfview from thinking about the little boy 70-697 Exam Dumps as I finished Examdumpsview 220-901 Exam my shoppong in Exampdfview a ttally different spirit than when I had 220-901 Exam started. And Examdumpsview I kept remembering a story CISSP pdf I had seen in the newspaper CISSP exam dumps several days earlier about a drunk driver hitting 220-901 Exam a car CISSP certifications and killing7 a little girl and the Mother was in serious CISSP certifications CISSP training condition. The family was deciding on CISSP pdf whether to remove the life support. Now surely this little boy Exampdfview did not CISSP exam dumps belong with that story.Two days later I read in 70-697 Exam Dumps 220-901 Exam the paper where the family CISSP training had disconnected the life support and the young woman had died. I could not forget the little boy and just kept wondering if the two Examdumpsview CISSP training were somehow connected. Later that day, I could not help myself and I went out and bought aome white CISSP certifications roses and CISSP training took them to the funeral home where the yough woman was .And there CISSP pdf she was holding a lovely white rose, the beautiful doll, and the CISSP certifications picture of the little boy in CISSP certifications the store. I left there in tears, thier life changed forever. The CISSP training love that little boy had for his little sisiter and his mother was overwhel. And in a split8 second a drunk driver had ripped9 the life of that little boy to pieces.

Umachandran vs Sanifix(M) Sdn. Bhd.

Saya perintah Sanifix(m) Sdn. Bhd. bayar kepada pengadu Umachandran a/l Vadiveloo sejumlah wang sebanyak RM 33, 163.45 sebagai penyelesaian penuh dan muktamat bagi tuntutan Gaji ganti Notis sebanyak RM 3,500 dan faedah penamatan kerja (14 tahun dan 9 bulan) sebanyak RM 30,063.45 dalam 30 hari dari tarikh perintah ini. Bertarikh 12 Oktober 2018 – Nor Fathiyah Binti Mohd Yassin – Pejabat Tenaga Kerja Bangi.

1. Light Duty – Tiada dalam istilah majikan

Biasanya, apabila seorang pekerja mengalami sebarang kemalangan ataupun kemalangan industri, Doktor yang memeriksainya berkata bahawa beliau hanya boleh membuat kerja ringan – apakah maksudnya ini?. Bagi seorang Doktor, ia bererti atas sebab kesihatan, pekerja tersebut tidak boleh menjalankan tugasan biasanya dan perlu diberikan tugasan yang lebih ringan. Bagi pihak PERKESO (SOCSO) pula, ini bererti pekerja tersebut bukan ilat dan masih boleh menjalankan tugas. Tetapi apakah istilah ini kepada seorang majikan? Dalam banyak kes yang kita kendalikan, apabila seorang pekerja diminta diberikan kerja ringan maka alamatnya adalah beliau akan dipaksa oleh majikan samada meletak jawatan kerana tiada lagi kerja ringan, dipaksa membuat kerja yang sedia ada atau beliau akan dihentikan kerja. Itulah harga dan nilai seorang pekerja yang sakit atau menjadi kurang upaya !

Kaum pekerja sering serba salah dan ada yang merasakan badan mereka tidak lagi boleh digunakan untuk bekerja dan maka mereka akan menerima alasan majikan dan berhenti kerja sebagai takdir. Ini sebenarnya bukan satu penyelesaian yang terbaik kepada pekerja tersebut kerana beliau masih mempunyai pelbagai tanggungjawab dan hutang yang lain. Solusi terbaik apabila seorang pekerja sakit atau menjadi seorang kurang upaya akibat kemalangan atau sebab kesihatan, adalah Majikan seharusnya bertanggungjawab dan juga sistem yang kita ada untuk membantu pekerja tersebut menghadapi situasi ini. Sistem kita seharusnya mewujudkan masyarakat prihatin,penyayang dan berdikari. Kita sering dengar, pelbagai syarikat korporat memderma wang atau buat CSR apabila membantu mangsa trajedi gempabumi, perang dan sebagainya di luar negara. Ini harus digalakkan tetapi tanggungjawab mereka kepada para pekerja mereka sendiri harus menjadi tanggungjawab dan kebajikan mereka.

2. Umachandran – Pekerja yang kerap kemalangan di tempat kerja

Umachandran hari ini berumur 54 tahun. Beliau adalah seorang pekerja yang rajin dan suka bekerja. Apa yang membingungkan fikiran saya ialah kekerapan beliau mengalami kemalangan tempat kerja dan semangat beliau untuk terus bekerja setiap kali sembuh dari satu kemalangan. Dalam sepuluh tahun yang lalu, beliau telah mengalami empat kemalangan di tempat kerja iaitu pada tahun 2009, 2011, 2015 dan yang terakhir tahun lalu 2017.

Pada tahun 2009, beliau mengalami kemalangan motosikal apabila membuat satu kerja untuk majikannya membawa pam meter ke tempat kerjanya. Masa itu umurnya 43 tahun. Kemalangan ini menyebabkan kaki kirinya cedera dan beliau juga mengalami masalah membuang air kecil. Beliau diberikan cuti hampir satu setengah bulan dan kemudiannya diberikan sijil kerja ringan selama 3 minggu. Namun tiada kerja ringan dan beliau terus bekerja kerja yang diberikan.

Dua tahun kemudiannya pada 16 April 2011, beliau mengalami satu lagi kemalangan industria apabila jatuh dari lori semasa memindahkan barang. Lutut dan bahu kirinya cedera. Dada kananya juga sakit dan beliau mengalami masalah berjalan. Beliau diberikan cuti satu bulan dan keluar dari hospital dengan memakai clutchers atau topang ketiak. Setiap kali beliau keluar dari rawatan atau hospital, majikan akan memberitahu akan memberikan kerja ringan tetapi ini tidak pernah berlaku.  

Empat tahun selepas itu, trajedi melanda lagi. Pada 10hb. Oktober 2015, beliau sekali lagi cedera apabila objek jatuh dari forklift dan terjatih keatas kakinya. Ini menyebabkan kecederaan serius dan beliau dirawat selama 8 bulan.

Beliau menghadapi kemalangan beliau yang keempat pada 25.2.2017 iaitu satu lagi kemalangan industri di tempat kerja semasa menjalankan tugas. Akibat kemalangan terkini, beliau telah dimasukkan dalam hospital kerana kakinya mengalami kecederaan teruk. Setelah pihak klinik panel tidak boleh handle masalah beliau, maka beliau telah dimasukkan ke hospital Pantai Kuala Lumpur pada 27.2.2017 dan berada di di hospital sehingga 30.4.2017.Saya bertanya kepadanya, mengapa kamu terus hendak kerja di tempat itu? Mengapa tak henti sahaja kerja? Mengapa tak cari kerja yang lebih selamat?

3. Terpaksa kerja untuk menjaga haiwan peliharan

Setiap kali beliau mengalami kemalangan, maka beliau akan kembali untuk bekerja. Maka beliau mengatakan bahawa beliau terpaksa bekerja untuk menjaga anak-anaknya. Tetapi beliau setahu saya tidak mempunyai anak. Maka diceritakan bahawa beliau membela 53 ekor kucing dan 9 ekor anjing. Ini adalah angka masa kini dan beliau mengatakan pernah memiliki 80 ekor kucing pada satu masa. Kesemua binatang ini adalah haiwan-haiwan yang terbiar dimana beliau dan isterinya Kalaichelvi menggunakan masa mereka untuk menjaga dan memberikan perlindungan kepada haiwan-haiwan ini yang mereka katakan kesian dan seperti anak mereka jugak. Mereka membelanjakan lebih seribu ringgit setiap bulan untuk kos memberi makanan untuk menjaga haiwan-haiwan peliharan ini.

Pada tahun 2017 semasa beliau mengalami kemalangan industri beliau yang keempat dalam 10 tahun, umurnya adalah 53 tahun. Beliau bekerja sebagai pemandu lori kepada syarikat bernama SANIFIX (M) SDN BHD sejak tahun Julai 2002. Walaupun kerjanya pemandu lori, beliau dikehendaki membuat pelbagai kerja lain seperti mengangkut barang dan memindahkan barang. Beliau telah bekerja di syarikat ini selama 15 tahun dan langsung tidak mempunyai sebarang masalah disiplin terhadapnya. Pada awalnya semasa beliau mula bekerja, gajinya hanyalah RM 1,300 tetapi setelah bekerja lebih sepuluh tahun, gajinya mula naik sehingga RM 3300 termasuk elauns makanan dan  “Punctuality”.

4.Kerja Ringan dan Tuntutan Socso

Selepas kemalangan keempat pada 2017 dan  semasa Uma berada dalam cuti sakit, Majikan beliau telah bertanya mengenai keadaannya kepada pihak hospital dan dimaklumkan melalui surat bertarikh 19 April 2017 dimana pihak hospital  memberitahu bahawa Umachandran tidak boleh membuat kerja berat atau memandu kenderaan berat selepas ini.

Setelah habis cuti sakit, Umachandran seperti lazimnya telah balik berjumpa dengan Majikannya Encik Gerry Chin dan memaklumkan bahawa Doktor telah menasihatinya untuk diberikan “light duty” dan beliau sedia untuk bekerja.

Namun Majiknnya Gerry Chin telah menyatakan bahawa dia tidak dapat menawarkan apa-apa “light duty” dan suruh beliau untuk menunggu sahaja sehingga satu penyelesaian boleh dicari untuk masalah ini. Pada masa yang sama, Majikan juga telah berkata akan membantunya untuk mendapat Pencen Ilat dari PERKESO supaya beliau tidak perlu lagi bekerja.

Beliau telah membuat beberapa perjumpaan dan niat beliau adalah mahu terus bekerja. Selain itu, ini bukan kali pertama beliau mengalami kemalangan industri. Namun kali ini, majikan memberi pelbagai cadangan lain kecuali memberikan kerja ringan. Ada cadangan majikan seperti duduk dalam kerusi  roda dan cari makan.

Sedihnya Majikan tidak menawarkan kerja ringan seperti yang diminta Doktor manakala permohonan beliau untuk Pencen Ilat pada masa itu pula telah ditolak oleh Perkeso kerana Perkeso berpendirian beliau masih boleh buat kerja ringan. Namun kini kaki kirinya semakin serius setelah beberapa siri kemalangan di kaki kirinya. Beliau tidak lagi boleh berjalan tanpa bantuan alat. Beliau pula masih menerima rawatan Orthopedik dan fisioterapi dari Hospital Kuala Lumpur. Beliau juga mula mengalami masalah darah tinggi yang tidak stabil  dan ditambah pula dengan masalah ulser perut.

Maka kehidupannya menjadi semakin tertekan. Tiada kerja dan tiada duit dari SOCSO. Beliau tidak dapat membuat bayaran ansuran rumah dan terpaksa pergi kepada AKPK. Pelbagai hutang memburu beliau – hutang rumah, hutang kad kredit dan pinjaman lain. Selain itu, beliau mempunyai puluhan mulut untuk diberi makan. Apabila pergi ke AKPK, beliau di tanya status pekerjaannya dimana Umachandran memberitahu keadaan terumbang ambingnya. Maka ada kawan disana yang menasihatkannya untuk pergi ke Jabatan Tenaga Kerja untuk mengetahui status pekerjaannya memandangkan beliau tidak pernah dibuang kerja tetapi pada masa yang sama tidak juga diberikan kerja. Adakah beliau telah dibuang kerja?

5. Membuat Aduan di Jabatan Tenaga Kerja

Maka setelah tujuh bulan tanpa gaji, Umachandran telah pergi ke Jabatan Tenaga Kerja pada 12-12-2017. Disana apabila Pegawai JTK bertanya kepada Majikannya, maka mereka memberitahu bahawa beliau telah ditamatkan pekerjaannya. Maka Pegawai JTK meminta untuk notis pemberhentian kerja kerana itulah bukti sah seorang pekerja dibuang kerja.

Susulan daripada aduan tersebut, JTK Bangi telah memanggil satu perbincangan antara beliau dengan Majikannya. Dalam mesyuarat itu, sekali lagi Encik Gerry Chin telah memaklumkan bahawa dia tidak boleh menawarkan apa-apa “light duty”. Dalam mesyuarat tersebut, Uma terus mengatakan bahawa beliau tidak diberikan notis berhenti kerja tetapi disuruh untuk menunggu sahaja.

Sejurus selepas rundingan ini, maka beliau mendapat satu surat berhenti kerja bertarikh 12hb. Januari 2018 bertajuk Termination of employment –absence from work without notification. Surat itu mendakwa beliau dihentikan kerja kerana tidak hadir ke kerja sejak 2hb. Mei 2017 dan tidak Uma gagal memaklumkan kepada majikannya.

Umachandran amat terkejut dengan alasan dalam surat ini. Beliau kemudian datang ke Pejabat PSM Semenyih bersama isterinya. Maka kami berbincang bagaimana untuk menuntut keadilan untuknya. Mendengar ceritanya, kami sudah pasti bahawa ini adalah kes kemangsaan pekerja dan pembuangan kerja yang tidak sah. Kami menasihatkan beliau samada hendak menuntut untuk pampasan dibawah Jabatan Tenaga Kerja atau menuntut untuk pekerjaan semula dibawah Akta Perhubungan Perusahaan. Umachandran mengambil posisi untuk memilih pilihan menuntut pampasan kerana sudah berasa tidak lagi boleh bekerja dengan majikan yang sedia ada kerana keengganan memberikan  kerja ringan dan yang lebih menyedihkan adalah menipu dalam surat pemberhentian kerja. Maka setelah berbincang maka satu aduan rasmi tuntutan dibuat di di Jabatan Tenaga kerja pada 10hb. Februari 2018.

Pegawai di JTK Bangi setelah meneliti kes ini dan telah membantu beliau membuat satu tuntutan sejumlah RM 36,175.34 iaitu Gaji Ganti notis untuk dua bulan sebanyak RM 5,600 dan Faedah penamatan Kerja sebanyak RM 30,575.34.

6. Perbicaraan kes di mahkamah Buruh

Maka kes berlaku, maka pihak PSM telah melantik seorang aktivis dan peguam Muda bernama Kohila untuk mewakili dan membela Umachandran. Kohila juga sebagai seorang aktivis yang juga telah dibuang kerja oleh Bank Negara kerana anataranya memakai tshirt GST semasa perhimpunan Hari pekerja. Maka beliau memang arif tentang isu pembuangan kerja memandangkan beliau sendiri adalah seorang mangsa.

 

Kes ini berjalan untuk 3 hari dan pihak majikan diwakili oleh Peguam Ahmad Danial  dari Norizan & Associates manakala Kohila sebagai wakil dari Biro Bantuan Guaman PSM.

 

Dalam kes ini, pihak majikan telah memberikan alasan bahawa beliau dibuang kerja kerana tidak hadir untuk lebih dua hari berturut-turut dimana dibawah  Seksyen 15 (2), Akta Kerja 1955 – seorang majikan diberi hak untuk menamatkan kontrak pekerja tanpa notis jika pekerja itu tidak hadir kerja selama lebih daripada dua hari tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada majikannya. Namun dalam kes ini, ia adalah satu kemalangan industri dan majikan sendiri tahu keadaan kesihatan pekerjaan tidak dapat hadir kerja. Selain itu, pihak hospital sendiri telah mengesahkan bahawa pekerja tersebut perlu diberikan kerja ringan. Selain itu memang ada beberapa rundingan antara pekerja dan majikan dan ini juga disahkan semasa perbicaraan yang diadakan pada bulan Julai 2018. Maka alasan majikan pekerja tidak hadir bekerja tanpa alasan adalah satu penipuan fakta.

Malah dalam perbicaraan juga, Umachandran dengan tegas berkata Majikannya telah menyuruhnya untuk tidak datang kerja kerana tiada “light duty”untuk ditawarkan kepadanya dan menyuruhnya untuk menunggu sehingga beliau akan fikirkan cara penyelesaian. Namun semasa perbicaraan, majikan sekarang berkata bahawa mereka memang telah menawarkan light duty tetapi pekerja tidak mahu menerimanya. Hujah ini dapat dipintas dengan senang kerana majikan sehingga kini tidak ada memberi sebarang surat tawaran kerja ringan.

Kohila berhujah bahawa berdasarkan hujahan-hujahan, penamatan kerja terhadap Uma adalah tidak sah kerana penamatan dibawah Seksyen 15(2) Akta Kerja 1955 tidak boleh dilakukan sebagai satu hak mutlak “as of right” kerana harus mengambilkira sebab-sebab yang membawa kepada ketidakhadiran pekerja. Selain itu, majikan juga tidak mengikuti proses Penamatan Kerja yang sah seperti tiada surat amaran, tiada surat tunjuk sebab dan tiada siasatan dalaman dan ini terbukti bercanggah dengan Seksyen 14(1) Akta Kerja 1955.

Peguam Uma  membuat hujahan dan dengan merujuk pelbagai kes bahawa Tanpa proses penamatan kerja yang adil maka penamatan kerja seseorang pekerja pastinya tidak adil. Malah alasan ketiga Majikan iaitu kononnya Umachandran sendiri meminta surat penamatan melalui pegawai di JTK Bangi yang membawa kepada self-termination juga tidak dapat  dibuktikan semasa perbicaraan. Majikan tidak dapat membuktikan alasan ini dalam bentuk minit mesyuarat mahupun dokumentasi.

Sehubunan dengan itu, Uma membuat tuntutan Faedah Penamatan Kerja mengikut Akta Pekerjaan – Faedah Berhenti Kerja 1980 dan kegagalan bayar  Gaji Ganti Notis, iaitu lapan minggu bersamaan dengan 2 bulan gaji

7. Keputusan Mahkamah

Maka akhirnya mahkamah membuat keputusan dan perintah KES BURUH: KBR 11004/2018/0069 (UMACHANDRAN a/l VADIVELOO DAN SANIFIX (M) SDN BHD) pada 12 October 2018. Pengerusi Mahkamah Nor Fathiyah Binti Mohd Yassin membuat perintah bahawa Sanifix(M) Sdn. Bhd. harus membayar  kepada pengadu Umachandran a/l Vadiveloo RM 33, 163.45 sebagai penyelesaian penuh dan muktamat bagi tuntutan Gaji ganti Notis dan faedah penamatan kerja untuk 14 tahun dan 9 bulan sebanyak RM 30,063.45. Jumalah tuntutan yang diperolehi hanyalah kurang satu bulan gaji sahaja dariapda jumlah yang dituntutnya.

Umachandran dan rakan hidupnya Kalai Chelvi amat gembira dengan keputusan dan kemenangan ini. Uma terus mendesak saya memberikan nombor akaun kerana mahu mendermakan sebahagian wang kepada PSM. Saya meminta beliau, untuk fokus dulu menyelesaikan segala masalah kewangan yang beliau hadapi manakala Majikan juga telah mengatakan akan membuat bayaran secara ansuran.

Kesimpulan

Ini adalah kisah seorang pekerja yang sentiasa mahu bekerja walaupun kerja itu merbahaya dan telah mengakibatkannya beliau cedera  dan sakit beberapa kali. Namun disebabkan tekanan hidup dan kewangan, mereka kena bekerja. Namun apabila seorang pekerja itu kurang berupaya kerana masalah kesihatan, maka adalah tanggungjawab majikan dan sistem untuk menghargai jasanya dan memahami keadaannya dan memberikan beliau kerja ringan untuk terus memberikannya satu pekerjaan dan satu kehidupan. Umachandran dengan pampasan ini boleh terus menjalankan kebajikan beliau kepada haiwan-haiwan peliharannya.

Arul PSM

27-12-2018