#HariIniDalamSejarah
17 Julai 2011.
17 Julai – 4 organisasi penting mendesak Setiausaha Negara Amerika State Secretary, Hillary Clinton untuk mengkritik Kerajaan Malaysia menindas himpunan BERSIH 2 dan juga tahanan PSM EO6.
Dalam surat yang dihantar oleh 4 organisasi hak asasi manusia antarabangsa iaitu Amnesty International USA, Human Rights Watch, Freedom House and Physicians for Human Rights. Dalam surat tersebut mereka mendesak ..
“The US should immediately demand a full and impartial investigation into use of excessive violence by the police, end preventive detention of the six Parti Sosialis Malaysia (PSM) leaders, and un-ban Bersih so that discussions can go forward on badly-needed electoral reforms.”
“We want the US government to publicly call on the Malaysian government to immediately end all use of preventive detention to hold Bersih, PSM supporters, and other groups that advocate peacefully and stop using laws that provide for preventive detention for political reasons,”
Sehingga 17 Julai, 2011, sebanyak 424 laporan polis terhadap Ketua Polis Negara, Timb Ketua Polis dan Menteri Dalam Negeri telah dibuat mengecam tuduhan palsu dan tahanan berterusan tanpa asas terhadap PSM EO6.
Sekumpulan anak muda yang mengelar diri sebagai generasi 709, ‘Generation 709’ menyambut ulangtahun seminggu sejak himpunan BERSIH memperingati kematian seorang protestan BERSIH, Baharuddin Ahmad. Diketuai oleh Lee Khai Loon seramai 30 orang membuat perarakan singkat dari Taman KLCC Park ke to Avenue K seberang jalan. Generasi 709 juga , mendesak agar aktivis PSM EO6 dibebaskan segera.
Pada hari ini juga, seramai 176 doktor dari organisasi Malaysian Medical Association (MMA) cawangan Perak dan Perak Medical Practitioners Society mengeluarkan kenyataan bersama mendesak agar Dr Kumar dibebaskan segera.
Dalam kenyataan bersama mereka , para doktor mendesak berikut;
We urge the immediate release of our colleague, who is also the Member of Parliament Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj.
Dr Jeyakumar and five other Socialist Party of Malaysia (PSM) members were ‘illegally’ detained under the Emergency Ordinance recently. They have been placed in a cruel and unjust situation. They were first accused of waging war against the King and now of being a threat to national security, allegedly trying to revive communist ideology. They are subjected to interrogation and solitary confinement, denied proper visitation rights with their lawyers and close family members. This is of course unacceptable in a civil and democratic society.
Protes juga diadakan di Speaker Corner di Pulau Pinang.
Pada 17 Julai juga, protes candle light vigil di Kajang diadakan pada malam hari. Ramai turun dari kawasan Kajang memberikan solidariti. Protest diadakan didepan Jalan Besar Kajang di pusat Bandar Kajang.
Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.
#PartiSosialis
Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di t.me/partisosialis