Siri 4 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah.
Apa berlaku hari ini, 30hb Jun 2011?

Keputusan yang mengecewakan kepada permohonan semakan kehakiman oleh Hakim Zamani Abdul Rahim Mahkamah Tinggi Pulai Pinang yang memutuskan reman 7 hari di tahanan 30 aktivis PSM diteruskan.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) juga dibenarkan melawat tahanan pada hari ini. Dari lawatan tersebut, kita mendapat tahu bagaimana 30 aktivis PSM disoalsiasat ‘interrogated’ oleh pelbagai pasukan polis dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Tindakan laporan–laporan polis yang dibuat oleh kami juga mengenai kondisi tahanan dan layanan terhadap aktivis PSM, nampaknya juga berhasil apabila situasi dalam tahanan diperbaiki.

Para keluarga tahanan juga dibenarkan melawat selepas 4 hari aktivis PSM ditahan di IPD Kepala Batas, IPK Pulau Pinang dan IPD Butterworth.

Kami juga berusaha membebaskan seorang komrad dari Philippines iaitu Romy Castillo yang telah bersama kami dalam kempen Udah tu .. Bersaralah . Surat dihantar kepada Kedutaan Filipina memohon mereka mendesak Kerajaan Malaysia untuk membebaskan Romy Castillo.

Romy Castillo, Deputy General-Secretary of Partido Lakas ng Masa (PLM)
Romy Castillo Deputy General-Secretary of Partido Lakas ng Masa (PLM)

Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis