Aktivis PSM senantiasa berada dalam barisan hadapan memperjuangkan ruang demokrasi untuk rakyat terutamanya semasa era penindasan kuku besi regim Barisan Nasional dulu. Berikut adalah beberapa perjuangan dan pencapaian PSM.

Hak Perhimpun Secara Aman

Pada era 1980 an dan awal 1990an, scenario politik progresif di Malaysia agak mundur , dimana aktivis selalu ditakut-takutkan dengan ancaman ISA and Akta Polis . Ketakutan amat ketara dan teruk lagi selepas Operasi Lalang tahun 1987 diman ratusan aktivis ditangkap dan ditahan di Kamunting , Perak .

Maka ISA selalu digunakan untuk menakutkan rakyat agar mereka tidak bangkit membuat protes dan sebagainya. Pada ketika itulah aktivis PSM yang bergerak dibawah Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang dan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar bergabung untuk mengadakan satu protes besar-besaran di Dataran Merdeka pada 1hb.Mei, 1994. Seramai 2000 pekerja Ladang dan peneroka Bandar berkumpul di Dataran Merdeka menyuarakn isu gaji dan perumahan.

Sejak kejayaan protes itu , ianya memberikan suatu nafas baru kepada aktivis untuk juga bangkit membuat protes untuk pelbagai isu yang lain.

Lawan ISA, Mansuhkan ISA

Kempen Menuntut Mansuhkan ISA sentiasa merupakan kempen dalam senarai keutamaan PSM kerana Pengerusi PSM Dr Mohd Nasir Hashim juga adalah mangsa undang-undang rakus itu pada tahun 1987. Selain daripada itu komrad Arulchelvan bekas Setiausaha Agung PSM juga telah menjadi pengerak utama kempen Mansuhkan ISA sejak beliau bertugas di organisasi SUARAM .

PSM bekerjasama erat dengan SUARAM , dalam kebanyakkan aktviti kempen oleh Gabungan Mansuhkan ISA. Perubahan besar berlaku apabila PSM melancarkan kempen Jelajah Nasional pada Julai 2011 menuntut agar “ Bersara lah Barisan Nasional “ menuntut kejatuhan regim BN. Ianya dijalankan selaras dengan persediaan untuk mobilisasi besar-besaran BERSIH yang dipimpin oleh Dato’Ambiga. Aktivis PSM ditindas dengan teruk apabila kami melalui beberapa siri penangkapan dan dsumbat dalam lokap sejak permulaan kempen ini. Akhirnya 6 orang aktivis PSM ditangkap dan dituduh dibawah Ordinan Darurat dengan tuduhan bahawa kami ingin mengulingkan institusi beraja di Malaysia.

Tuduhan yang berat dijatuhkan atas aktivis PSM demi untuk menakutkan rakyat dan mengagalkan mobilsasi BERSIH pada tahun 2011.  Selepas kempen agresif setiap hari pagi dan malam, mendesak pelbagai pihak agar rakan-rakan kami dibebaskan, keenam-enam komrad PSM dibebaskan pada 1hb.Ogos, 2011, selepas sebulan ditahan dan didera.

Atas desakan kempen yang capai ke peringkat antarabangsa itu, maka pada bulan September, 2011, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan bahawa ISA bersama dengan Ordinan Darurat akan dimansuhkan .  https://www.thestar.com.my/news/nation/2011/09/15/pm-announces-repeal-of-isa-three-emergency-proclamations/

 

Mengembangkan ruang demokrasi – Menuntut Pilihanraya Kerajaan Tempatan

PSM merupakan parti yang secara konsisten menuntut agar pilihanraya Kerajaan Tempatan dikembalikan. Sejak kemenangan Pakatan Rakyat memenangi Selangor dan Pulau Pinang, kami mendesak dan menyertai pelbagai aksi dan mesyuarat menuntut agar kedua-dua Kerajaan Negeri ini memulakan Pilihanraya Kerajaan Tempatannya di semua PBT.

Pada tahun 2014 , PSM melancarkan kempen nasional menuntut Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Kami mengumpulkan tandatangan rakyat dan juga ahli majlis untuk menyokong pilihanraya Kerajaan Tempatan. Tandatangan dan petisyen itu diserahkan kepada Datuk Bandar dan Kerajaan Negeri.