Pencapaian

Polisi kerajaan Selangor untuk memastikan hak kepada perumahan untuk pekerja-pekerja ladang yang dipaksa pindah.

Pada tahun 1991, negeri Selangor memperkenalkan polisi ini selepas pergelutan berterusan komrad-komrad PSM dengan pekerja-pekerja ladang yang dipaksa pindah.

Gaji bulanan untuk pekerja-pekerja ladang

PSM melancarkan kempen pada Mayday 1996 yang mendesak kerajaan untuk memperkenalkan gaji bulanan untuk pekerja-pekerja ladang. Pekerja-pekerja tersebut mewarisi sistem gaji kolonial iaitu gaji harian berdasarkan harga komoditi (minyak sawit dan getah) dalam pasaran dunia.

Gaji minimum untuk pekerja

PSM melalui organisasi hadapannya melancarkan kempen Akta Gaji Minimum pada tahun 2003 untuk semua pekerja. Selepas kempen panjang di seluruh negara dan mobilisasi besar-besaran di Parlimen, Akta Gaji Minimum diperkenalkan pada tahun 2012.

Perjuangan untuk perhimpunan aman

Selepas banyak tahun ditahan dan diugut oleh pihak polis, kami terus membantah untuk menegakkan hak kira untuk berhimpun dan memprotes dengan aman. Oleh itu, pada hari ini kita mempunyai suatu akta untuk perhimpunan aman.

Perjuangan hak perumahan untuk golongan miskin bandar

Kerajaan telah mengiktiraf bahawa perintis bandar yang datang ke Kuala Lumpur pada tahun 1970-an untuk menyediakan tenaga kerja untuk membina bandar ini mempunyai hak dan patut diberi kemudahan perumahan alternatif apabila rumah mereka dirobohkan untuk pembangunan bandar.

Perkembangan ahli yang sihat

PSM sekarang ialah parti kebangsaan dengan cawangan dan ahli-ahli di serata negara Malaysia. Kita mempunyai perkembangan keahlian yang sihat.

Membina rangkaian persatuan bersekutu

PSM telah menubuhkan jaringan parti politik dan gerakan berhaluan kiri serantau di rantau Asia Pasifik. Ahli jaringan kita termasuk organisasi-organisasi dari Australia, New Zealand, Singapura, Indonesia, Filipina, Hong Kong, Vietnam, India, Pakistan dan masih berkembang.

Penubuhan Gabungan Kiri Malaysia

PSM telah menjadi faktor penyebab untuk membina suatu gabungan organisasi-organisasi serta individu-individu berfikiran sama yang berhaluan kiri di Malaysia. Gabungan ini dipanggil Gabungan Kiri Malaysia. Apabila gabungan-gabungan politik pembangkang di Malaysia menunjukkan sifat mereka yang sebenar, PSM akan kelihatan menawar alternatif yang sebenar, alternatif kiri untuk rakyat.

Party Achievements

PSM since its inception in 1998 (formal registration by ROS in 2008) has been in the forefront of many national and local campaigns as follows:

campaign-for-the-working-class

Kempen untuk kelas pekerja

Untuk gaji minimum, perumahan dan kemudahan untuk pekerja ladang, gaji bulanan untuk pekerja ladang, hak-hak pekerja migran, menentang kontrak kerja berbahaya, berjuang menentang memberikan kerja kontrak kepada pekerja dalam perkhidmatan kerajaan. Menganjurkan kesatuan-kesatuan kebangsaan dan dalaman.

campaign-for-the-working-class

Menentang penswastaan perkhidmatan awam

Berjuang menentang penswastaan rawatan perubatan. Menentang pembukaan sayap swasta di hospital awam (skema pesakit bayar penuh) yang akan terus mengalih perhatian doktor pakar hospital awam daripada merawat pesakit miskin yang tidak membayar.

no-to-goods-and-services-(GST)-tax

Menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Cukai golongan berada, tingkatkan cukai korporat, menentang cukai penggunaan.

No-to-TPPA

Menentang TPPA

Mengatakan tidak kepada perjanjian perdagangan yang mencabuli hak-hak kita. Berusaha terhadap merangka Piagam Rakyat menentang perjanjian-perjanjian perdagangan antarabangsa.

Democratic-Rights

Hak-hak Demokrasi

Hak untuk perhimpunan aman. Menentang penahanan tanpa perbicaraan. Pilihan raya kerajaan tempatan sekarang!

Education

Pendidikan

Mansuhkan pinjaman pelajar, pendidikan percuma sekarang!

People wearing red gathered in Kuala Lumpur.

Orang Asli

PSM turut terlibat dalam pelbagai isu komuniti yang dihadapi oleh golongan Orang Asli, terutamanya di Semenanjung Malaysia.

Housing

Perumahan

Perumahan berpatutan tidak boleh dibiarkan kepada kuasa pasaran. Perumahan untuk jutaan bukan untuk jutawan!

PSM telah berjaya dalam kedua-dua kempen kebangsaan yang membawa perubahan dalam polisi kebangsaan, undang-undang dan juga pergelutan komuniti tempatan. Daripadanya yang lebih signifikan ialah;

public-transport

Kumpulan Kerja untuk Pengangkutan Awam

the-malaysia-left-coalition

Gabungan Kiri Malaysia

right-to-redress

Hak untuk Pampasan Pekerja Migran

single-mother

Jaringan Rakan Ibu Tunggal