Sistem pengangkutan awam di Malaysia, menurut pandangan PSM, berada dalam keadaan yang agak parah. Hal ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti harganya yang agak tinggi, keadaannya yang menyumbang kepada pencemaran dan ketidaklestariannya yang tidak mengubah kesesakan jalanraya yang bukan sahaja serius tetapi juga berlaku kerap – utamanya, di atas segala kekurangan tersebut, ia juga tidak cukup efisien. Fakta muktamad yang perlu diakui oleh masyarakat adalah perubahan iklim bakal (dan juga, sedang) mengambil tempat di depan mata kita; tetapi arus perkembangan sistem pengangkutan awam negara kita secara jelasnya tidak cukup lestari bagi menghadapi cabaran, lalu menjadikan bandar-bandar kita sukar diidami.

Kita di PSM menjalankan analisis dalam hal ini bagi menentukan akar umbi isu-isu ini untuk mendapatkan penyelesaian yang mampan bagi mengatasi isu-isu seperti yang dihuraikan. Tanpa mengabaikan wujudnya pergelutan kuasa yang mempengaruhi perkembangan, ia adalah penting untuk membangunkan satu konsensus dalam kalangan rakyat bagi menjalankan perubahan dari model bertumpukan kenderaan persendirian kepada model yang bertumpukan pengangkutan awam.

Oleh itu, kita menegaskan kepentingan untuk mengangkat perbincangan tentang Pengangkutan Awam sebagai agenda kebangsaan.

BACAAN LANJUT:

A Sustainable Policy on Transport oleh Dr Jeyakumar