Koleksi Perbahasan Parlimen – MP Sungai Siput

Koleksi Perbahasan Parlimen – MP Sungai Siput

Saudara dan saudari sekalian,

Saya telah cuba untuk menggunakan posisi saya sebagai ahli parlimen untuk menyampaikan satu analisa alternatif terhadap masalah-masalah yang dihadapi dalam abad ke-21 dan juga telah melakar satu visi tentang bagaimana masyarakat boleh berkembang dengan ciri-ciri kemanusiaan dan keadilan. Saya telah menggunakan peluang sebagai ahli parlimen untuk membalas beberapa undang-undang yang dibawa oleh kerajaan.

Rang Undang-Undang Persendirian merupakan satu laluan untuk mencadangkan ide-ide alternative untuk negara. Namun, rang undang-undang sedemikian tidak dipilih dan diberi keutamaan untuk perbincangan yang seterusnya. Sebaliknya, RUU 355 diberi keutamaan kerana ia membantu secara political kepada Perdana Malaysia pada masa itu. Pada tahun 2016, saya telah cadangkan Rang Undang-Undang mengenai individu-individu yang terperangkap dalam situasi melibatkan pelbagai agama. Rang Undang-Undang tersebut tidak melepasi Pejabat Speaker, namun, saya telah merujuk perkara ini semasa saya memberi komen tentang Bajet Jabatan Perdana Menteri dan ini menunjukkan usaha saya tidak menjadi sia-sia.

Taktik yang seterusnya adalah dengan mencadangkan pindaan kepada Rang Undang-Undang yang dikemukakan oleh kerajaan. Sekiranya peraturan Parlimen diikuti, pindaan ini sepatutnya dibahaskan. Tetapi, kebiasaannya kaedah ini akan diibatalkan, walau begitu, sekiranya niat sebalik kaedah ini adalah bagi mengemukakan mana-mana isu tertentu, matlamat ini tentunya dicapai. Saya sendiri telah mempraktikkan kaedah ini sebanyak 2 kali pada 2016.    

Ia sudahpun menjadi amalan setahun sekali kita bagi mencetak dan mengagihkan  kompilasi segala ucapan parlimen saya bagi kawasan parlimen, Sg Siput. Pencetakan ucapan parlimen kita, yang dimulakan sejak 2009, dicetak dalam Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil bagi memudahkan rakyat di kawasan pilihan raya tersebut untuk mengetahui kandungan ucapan yang dibuat oleh ahli Parlimen mereka.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Susan Lim, Letchimi, Nithiya, Shazni, Madhavi, Vino, Janice, Francis Janurius and Seng Hean di atas bantuan untuk menyelesaikan kerja-kerja penterjemahan dan penyuntingan kompilasi ini. Saya berharap agar anda sebagai pembaca, akan tertarik pada kandungan koleksi ucapan ini.

Suatu poster yang saya terlihat buat pertama kali selepas 40 tahun menjelaskan bahawa – kita tidak patut menunggu untuk jalan yang diingini, sebaliknya, jalannya sendiri bermula jika jita berjalan di arah yang sama. Marilah kita bersama-sama membangunkan jalan yang sebegitu ke arah yang lebih adil.

Jeyakumar Devaraj

28/2/2017

BUKU PERBAHASAN 2014

BUKU PERBAHSAN 2015

BUKU PERBAHASAN 2016

BUKU PERBAHASAN 2017

Banjir di Kawasan Lintang Lasah

Individu-Individu yang Tersepit di antara Agama

Laporan terhadap Isu-Isu Rakyat Sungai Siput kepada MB Perak

Syor-Syor PSM terhadap Isu Kerakyatan