K. KUNASEKARAN

AHLI JAWATANKUASA PUSAT

Kunasekaran atau lebih dikenali sebagai Segar di kalangan rakan-rakan dan juga di kawasan setempatnya. Beliau merupakan aktivis veteran yang lama dan aktivismenya bermula sejak tahun 1980-an, dimana beliau giat terlibat dengan NGO pendidikan yang bernama Kalvi Khulu bersama dengan Dr.Kumar dan Rani di Sungai Siput. Selama 20 tahun, beliau telah memainkan peranan yang penting untuk membentuk satu gabungan di kalangan petani-petani  di negeri perak untuk menghadapi pengusiran paksa dari pihak berkuasa negeri ataupun pemaju.  Selain itu, beliau juga memainkan peranan penting dalam penubuhan cawangan PSM di perak seperti cawangan PSM Chemor, Bercham, Menglembu dan juga Jelapang, dimana beliau juga telah membawa pemimpin-pemimpin masyarakat setempat untuk memperjuangkan isu-isu setempat. Beliau baru-baru ini telah menamatkan pengajian beliau dalam Ijazah Undang-Undang dan mempunyai pejabat guaman sendiri di pejabat parti menglembu. Beliau adalah penyelaras biro undang- undang PSM. Beliau  seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam mengendalikan kes and beliau selalu melontarkan pelbagai idea yang baru untuk memperjuangkan isu-isu marhain dan isu-isu masyarakat lain.

E-mel: [email protected]
Facebook: Kunasekaran Krishnan
Twitter: Kunasekaran.K


More Staff

MOHD AFANDI

AHLI JAWATANKUASA PUSAT

SURESH KUMAR

AHLI JAWATANKUASA PUSAT

SOH SOOK HWA

BENDAHARI KEHORMAT
MOHANARANI RASAIAH

MOHANARANI RASAIAH

AHLI JAWATANKUASA PUSAT