SARASVATHY MUTHU

SARASVATHY MUTHU

TIMB. PENGERUSI

Saraswathy adalah seorang aktivis veteran dan penglibatan beliau dalam dunia aktivisme bermula sejak zaman persekolahannya. Beliau terlibat dalam kerja-kerja  kebajikan masyarakat sejak dari zaman persekolahan dengan membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan di sekolahnya.  Kemudian pada zaman remaja beliau telah menyertai Gerakan Muda Pekerja Kristian (YCW) dan pada masa itulah beliau bermula untuk berjuang untuk hak pekerja, beliau telah membentuk kesatuan untuk berkempen terhadap keadaan kerja dan penindasan pekerja di kilang-kilang dipersekitarannya. Pada tahun 1990, beliau dan aktivis-aktivis lain telah menubuhkan sebuah NGO bernama  Alaigal di Perak. NGO ini berjuang untuk memperjuangkan faedah-faedah yang lebih baik kepada pekerja perladangan. Saraswathy juga adalah salah seorang pengasas Parti Sosialis Malaysia. Beliau pernah ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat pada tahun 2011 selama 34 hari, kerana pada masa itu pergerakkan BERSIH sangat aktif dan besar dan untuk memecahbelahkan pergerakkan tersebut beliau ditahan. Sekarang beliau adalah Timbalan Pengerusi dalam parti dan juga salah seorang penyelaras utama dalam Kesatuan Pekerja- Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital- Hospital Kerajaan Semanjung Malaysia.

E-mel: [email protected]
Facebook: Saras PSM
Twitter: Saras_PSM


More Staff

MOHD AFANDI

MOHD AFANDI

AHLI JAWATANKUASA PUSAT
KARTHIGES

KARTHIGES

AHLI JAWATANKUASA PUSAT
BAWANI KS

BAWANI KS

TIMB. SETIAUSAHA AGUNG
WAN ZAMZAIDI

WAN ZAMZAIDI

AHLI JAWATANKUASA PUSAT