Siri 15 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah 
14 Julai 2011

14 Julai – PSM mengadakan sidang akhbar mendedahkan bagaimana Kerajaan merancang suatu konspirasi jahat terhadap tahanan EO6 dan PSM.  

Dalam sidang akhbar ini, kami membongkarkan soalan-soalan yang ditanya kepada 6 orang tahanan EO6 tersebut. Soalan-soalan tersebut lebih bertujuan memerangkap PSM seolah-olah kami bergerak sebagai agen Parti Komunis Malaya yang terbubar lama itu. Kami juga membongkarkan bagaimana beberapa soalan yang ditujukan kepada tahanan telah siap dengan jawapannya, membuktikan bahawa pihak polis sebenarnya bukan menyiasat tetapi ingin memerangkap kami dalam suatu konspirasi terancang. Polis benar-benar serius melaksanakan suatu konspirasi jahat terhadap PSM untuk menjustifikasikan penahanan ini.

Komrad–komrad yang dibebaskan pada 4  Julai 2011 lalu dari Kepala Batas juga tampil membuat laporan polis pengalaman mereka dalam tahanan. Soalan-soalan yang ditanya kepada mereka dan penderaan mental yang mereka lalui akibat agenda konspirasi ini terus dibongkarkan. Selepas himpunan BERSIH perjuangan kami bertukar lebih menyerang dan membongkarkan salahlaku dan konspirasi jahat ini oleh polis.

Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis