Siri 16 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 16 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah
15 Julai 2011

15 Julai – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menulis kepada polis memohon kebenaran melawat Dr Kumar, Ahli Parlimen Sg Siput pada 12 Julai, 2011. Berikutan permohonan tersebut, beberapa Ahli Parlimen, iaitu Sdr Lim Kit Siang, Salahuddin Ayub and Sivarasa Rasiah dibenarkan bertemu dengan Dr Jeyakumar di Bukit Aman selepas di discaj dari Institut Jantung Negara.

Sebelum ini seramai 9 orang ahli Parlimen telah cuba melawat Dr Kumar di Institut Jantung Negara, tetapi tidak dibenarkan berjumpa.

Selain dari lawatan 3 orang Ahli Parlimen di Bukit Aman, situasi agak juga sibuk pada hari itu dengan pelbagai lagi aksi protest. Satu lagi memorandum kepada Ketua Polis Negara di Bukit Aman diserahkan oleh gerakan rakyat Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) menuntut para EO6 dibebaskan segera.

Keluarga–keluarga tahanan juga berkumpul di Bukit Aman pada hari, dalam satu suasana protes ‘picnic’ diluar bangunan Ibupejabat Polis Bukit Aman. Wakil keluarga secara tidak langsung memaparkan ketidak puashatian mereka dengan penahanan tanpa sebab kesemua 6 aktivis PSM.

Sejurus selepas itu, para keluarga tahanan Ordinan Darurat EO6 PSM mengadakan suatu sidang media pada hari itu, mengkongsikan kerisauan mereka terhadap tahanan dan membantah tindakan polis yang terus menahan mereka tanpa sebab. Sidang akhbar ini diadakan di pejabat LoyarBuruk di Bangsar, KL.

Pada malam hari, seperti biasa, walaupun hari mula hujan, protes candlelight vigil terus diadakan tanpa gagal di perkarangan Ibupejabat Polis Bukit Aman.

Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis