Siri 20 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 20 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah  
19 Julai 2011

19 Julai – Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri mengeluarkan kenyataan bahawa polis mempunyai hak untuk menggunakan sama ada Ordinan Darurat (EO) atau Kanun Keseksaan kerana enam suspek berkenaan disyaki cuba menghidupkan semula ideologi komunis yang telah diharamkan di Malaysia.

Mohamed Nazri berkata walaupun EO digubal dan dikuatkuasakan sebagai langkah untuk membanteras pemberontakan komunis pada 1948 hingga 1960 dan juga semasa tempoh darurat singkat selepas rusuhan kaum 13 Mei, 1969, ” ianya telah dikekalkan untuk memastikan perkara seperti ini tidak berlaku.” Ini tidak bermakna bahawa walaupun “gencatan senjata dan darurat dah tamat, kita boleh terima komunisme,” katanya.

Bekas Menteri Besar Perak Dato Nizar, bersama komrad PSM juga telah menangkis hujah Kerajaan yang berulang kali memainkan tohmahan palsu yang sama bahawa kononya PSM ingin mengungkitkan ideology komunis kerana adanya gambar bekas PKM. Tetapi tidakkah buku-buku mengenai pejuang PKM sememangnya tidak diharamkan dan didapati dimana-mana juga? Ada gambar Mao Zedong dan Tun Razak bersalam dengan logo Barisan Nasional terpapar di pejabat ADUN Lintang Sungai Siput YB. Pakir Adam. Tambahannya pula buku-buku tokoh-tokoh haluan kiri seperti Chin Peng – My side of History. Memoir Abdullah CD, Memoir Rashid Maidin. Memoir Samsiah Fakeh dan Memoir Suriani masih jual di kedai-kedai buku.

Dalam satu sidang media di KLSCAH, peguam Edmund Bon mengatakan bahawa penahanan dan tuduhan yang dilemparkan keatas, PSM EO6 adalah sama jalan ceritanya seperti mana yang dibuat masa penahanan reformasi 1997-1998. Iaitu dimana mereka juga dituduh memiliki senjata berbahaya untuk mengulingkan Kerajaan.

Edmund Bon memberitahu sebanyak 21 affidavit telah difailkan untuk menyokong permohonan Harbeas Corpus di Mahkamah .

Dalamn sidang akhbar itu juga kami menimbulkan kerisauan bahawa peguam negara Abdul Gani Patail akan memohon untuk penangguhan kes pendengaran Harbeas Corpus.

Pada hari ini juga seramai 5000 lebih para doktor dari Federation of Private Medical Practitioners’ Associations mendesak agar Dr Jeyakumar dan aktivis PSM dibebaskan segera. “We are extremely concerned at the continued detention of our colleague, Dr Jeyakumar Devaraj, whom we all recognise and acknowledge as a law-abiding, competent, kind and diligent doctor.

“We are extremely concerned at the continued detention of our colleague, Dr Jeyakumar Devaraj, whom we all recognise and acknowledge as a law-abiding, competent, kind and diligent doctor.

Parti GERAKAN, walaupun menganggotai Barisan Nasional tetapi telah keluar membantah penahanan ini dan mendesak agar aktitivs PSM dibebaskan. Timbalan Presiden GERAKAN Chang Ko Youn berkata “The country upholds the Rule of Law and protection of fundamental human rights where anyone detained must be informed of the grounds of detention and shall be charged promptly if there is sufficient evidence to charge the person.

“Gerakan strongly believes that the six PSM members should not be detained any longer and should be released unconditionally if no law has been broken,

Selain dari aksi diatas, PSM juga menghantar surat kepada IGP menyatakan kami sedia disiasat oleh PDRM.


Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis