Siri 25 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 25 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke10

#HariIniDalamSejarah 
24 Julai 2011

Inilah dia sebahagian risalah yang dilancarkan oleh PSM sebagai kempen nasional Udah lah itu Bersaralah BN. Walaupun ianya merupakan suatu kempen sah politik oleh suatu parti pembangkang seperti PSM menuntut rakyat menjatuhkan rejim BN secara demokratik yang telah berkuasa selama 54 tahun. Malangnya ianya sengaja diputarbelitkan oleh pemerintah, kononnya kami bertujuan berjuang menentang YDPA.

  

Pada 24 Julai, 2011 PSM dan juga wakil keluarga mendapat temujanji untuk berjumpa dengan Pengerusi SUHAKAM Tan Sri Hasmy Agam. Ahli-ahli keluarga yang turut hadir dalam perjumpaan ini ialah ayah Dr Kumar iaitu Datuk Dr Devaraj. Beliau amat kecewa dengan apa yang sedang berlaku apabila desakan yang begitu banyak dibuat, tetapi Kerajaan masih berdegil dan tidak mahu membebaskan PSM EO6.

Sokongan juga diberikan kepada tuntutan pembebasan PSM EO6 dari Australia, iaitu Ahli Majlis (Local councillor Fremantle) Sam Wainwright mengecam penindasan terhadap BERSIH dan tahanan PSM EO6. Beliau berkata “ I am horrorified about the terrible crackdown on the Bersih 2.0 movement for electoral reforms and free speech that has taken place recently in Malaysia. One of Parti Sosialis Malaysia activists Dr Michael D Jeyakumar, who is currently detained under the Emergency Ordinance, had visited the city last year” 

I am horrified to see him detained without trial under the repressive law and without access to his heart medication,”

Datuk Bandar Fremantle juga menyokong solidarity dan menuntut pembebasan PSM EO6. Brad Pettitt Datuk Bandar ( Mayor) Fremantle City membangkitkan kerisauanya terhadapa penahanan Dr Kumar yang telah lanjut ke hari yang ke 22.

Kepimpinan MIC, anak Dato Seri Samy Vellu iaitu Vel paari juga mendesak agar tahanan PSM EO6 dibebaskan segera.

Presiden ALIRAN Pulau Pinang, P. Ramakrishnan mengeluarkan kenyataan yang jelas bahawa pihak polis tidak apa-apa alasn lagi untuk terus menahan PSM EO6 kerana semua tuduhan pada awalnya telah terbukti palsu.

Ramakrishnan berkata “They were initially accused of “waging war against the King”. But that accusation has been dropped now. What does this suggest with regard to the integrity of the police? It only means that they had cooked up an excuse to detain them. Then they were accused of reviving ‘communism’ in this country. Images of past communists leaders printed on T-shirts in their possession do not support this theory. Besides, communism is now no longer a contentious issue. What does this prove? The police are grasping at straws in desperation to justify their action. But it won’t do them any good.

Protes candle light vigil telah diadakan malam ini, di Dataran Merdeka

Suatu protes lilin juga diadakan pada malam yang sama sebagai bantahan di Stadium Melawati Shah Alam bersama dengan beberapa Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.

Ketua Menteri Pulau Pinang juga mendesak agar Kerajaan membebaskan PSM EO6 dan menuduh mereka di Mahkamah terbuka jika mereka melakukan apajua kesalahan.


Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis