Perjuangan untuk hak perumahan, merupakan isu perjuangan yang utama kepada PSM sehingga kini.  Ini adalah kerana isu –isu yang timbul pada awal tahun 1990an. Pada ketika itu kebanyakkan kampong-kampung peneroka ( atau digelar sebagai setinggan oleh Kerajaan) dirobohkan dan penduduknya diusir secara paksa . Begitu juga beberapa masyarakt ladang juga diusir dari ladang mereka apabila operasi ladang dihentikan dan ladang tersebut dibangunkan ke projek perumahan dan bercampur.

Diantara kejayaan PSM adalah seperti berikut ;

  1. Polisi Kerajaan Negeri Selangor untuk Perumahan Pekerja Ladang.

Komrad PSM terutamanya Dr Nasir dan Selvam, Ramah terlibat secara langsung dalam perjuangan bersama pekerja Ladang Sg Rasah di Klang . Pada ketika itu Ladang tersebut telah dijual kepada pemaju, dan pemaju mengunakan kekerasan dan pelbagai taktik kotor untuk mengusir pekerja dari rumah mereka. Perjuangan sengit yang dipimpin oleh komrad PSM sehinggalah para pekerja berjaya memperolehi rumah percuma dan pampasan.

Perjuangan popular ini telah membuka mata para Exco Kerajaan Negeri, dimana mereka telah mengariskan satu polisi baru pada tahun 1991, memastikan bahawa pekerja ladang asal harus ditawarkan rumah alternative  oleh pemaju sebelum , pemaju tersebut akan dibenarkan untuk membangunkan tanah ladang tersebut. Polisi ini berkuatkuasa sehingga kini.

  1. Perumahan untuk Peneroka Bandar

Pada satu ketika Kerajaan pada 1980an dan 1990an menafikan hak peneroka Bandar, dimana mereka digelar sebagai setinggan . Definas ini dicabar oleh para aktivis PSM kerana pada awal tahun 1970am semasa bandaraya memerlukan pekerja dikilang-kilang dan Jabatan-Jabatan Kerajaan. Maka rakyat telah dijemput dari kampong-kampung untuk menerokai tanh kosong sekitar bandaraya Kuala Lumpur membina rumah mereka dan bekerja di Bandar.

Apabila bandaraya mula berkembang dan tanah-tanah mula dimiliki oleh pemaju hartanah , para peneroka yang mendirikan kampong-kampung selama 30 hingga 40 tahun ini mula dihina sebagai setinggan dan diusir secara paksa. Atas dasar itulah, komrad2 PSM melancarkan perjuangan membela rakyat tertindas dan mengelar mereka sebagai peneroka Bandar dan menolak label setinggan terhadap mereka.

Melalui perjuangan dipelbagai kampong-kampung peneroka inilah, selepas itu Kerajaan mula mengiktiraf hak mereka dan menyediakan tawaran rumah alternative sebelum tanah yang mereka duduki dibangunkan.

Maklumat lanjut akan dimuatnaikkan.