Bantu Kami Desak Kerajaan Negeri Selangor Dapatkan Rumah untuk Pekerja Ladang Bukit Beruntung

Bantu Kami Desak Kerajaan Negeri Selangor Dapatkan Rumah untuk Pekerja Ladang Bukit Beruntung

Its Beginning!

Kami para bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung dijanjikan rumah sendiri sejak tahun 1991, tetapi kami ditipu oleh tuan punya Ladang iaitu syarikat Prospell Enterprise Sdn Bhd. Kami pekerja Ladang Bukit Beruntung diusir dari ladang untuk memberi laluan kepada pembangunan Bandar Bukit Beruntung. Suatu perjanjian dibuat oleh Prospell Enterprise Sdn Bhd pada tahun 1991 menjanjikan rumah kami akan dibina apabila tanah ladang kami dibangunkan. Pada tahun 1999 kami berjaya menandatangani Perjanjian Jual Beli Rumah (S&P) dan membayar wang deposit.

Tetapi Prospell Enterprise Sdn Bhd telah menipu kami kerana lot tanah masih berstatus pertanian. Walaupun Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan kelulusan menukar syarat tanah kepada pembangunan pada tahun 1992, tetapi geran tanah sengaja tidak diserahkan oleh Prospell Enterprise Sdn Bhd kepada Pejabat Tanah Negeri Selangor untuk merekodkan tukar syarat.

Maka Prospell Enterprise sejak tahun 1992 sehingga kini hanya membayar cukai tanah kadar pertanian iaitu hanya RM 3,189/setahun, bila mereka sepatutnya bayar hampir RM 197,000/setahun untuk tanah yang telah ditukar syarat kepada pembangunan! Kerajaan Negeri Selangor hilang lebih RM 5juta pendapatan cukai tanah kerana penipuan Prospell Enterprise Sdn Bhd!

Justeru itu kami memohon Kerajaan Negeri Selangor mengunakan peruntukan Undang-undang Kanun Tanah Negara merampas tanah dari Prospell Enterprise Sdn Bhd dan membina rumah untuk pekerja Ladang.

Kepada,

YAB DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI
YAB DATO MENTERI BESAR SELANGOR
Pejabat Menteri Besar
Tingkat 21, Bangunan SSAAS
Pejabat SUK Negeri Selangor
40000 Shah Alam Selangor

Dato Seri’

Saya/kami amat prihatin terhadap penderitaan para pekerja Ladang Bukit Beruntung yang masih menantikan pembinaan rumah sendiri yang gagal dibina oleh tuan punya Ladang Bukit Beruntung. Rumah merupakan suatu hak kemudahan asasi rakyat, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah B40 seperti pekerja Ladang ini.

Maka, memandangkan pihak tuan punya Ladang Prospell Enterprise Sdn Bhd telah menipu pekerja dan juga Kerajaan Negeri Selangor dengan tidak membayar cukai tanah sepertimana yang disyaratkan, maka kami menyeru YAB Menteri Besar Selangor mengunakan peruntukkan undang-undang untuk merampas tanah dari Prospell Enterprise Sdn Bhd dan mengusahakan pembinaan rumah untuk pekerja Ladang Bukit Beruntung.

Sekian.

 

Hentikan penderitaan kami selama 20 lebih tahun ini! Pekerja Ladang golongan berpendapatan rendah hanya menuntut mendapatkan rumah sendiri untuk didiami.

Sila sain petisyen ini, menyokong tuntutan kami kepada Menteri Besar Selangor.

https://www.change.org/p/yab-dato-menteri-besar-selangor-pekerja-ladang-ditipu-menantikan-rumah-yang-dijanjikan-selama-20-tahun