1991/92 – Komrad PSM telah melancarkan sebuah kempen untuk menuntut agar sektor perladangan disertakan dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Oleh kerana semua ladang-ladang di Malaysia adalah getah dan kelapa sawit adalah dimiliki oleh pihak persendirian swasta , maka semua peruntukan kemudahan perumahan, sekolah , kuil, air , elektrik dan segala aktiviti social masyarakat pekerja ladang adalah dibawah tanggugjawab pihak swasta. Maka kebanyakkan pihak tuanpunya ladang demi menjimatkan kos, menyediakan kemudahan2 ini dalam keadaan yang amat teruk sekali.  Maka pada tahun 1992, kami komrad-komrad PSM yang bergerak sebagai Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang JSML melancarkan sebuah kempen nasional menuntut agar Kerajaan menyertakan masyarakat ladang dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Kami melawati kebanyakkan ladang di pantai timur terutamanya, berjumpa dengan pekerja, mengedar risalah tuntutan kami, dan mengumpulkan tandatangan atas kad petisyen yang akan disampaikan kepada Perdana Menteri kelak.  Kempen itu mencapai kemuncaknya apabila ratusan pekerja ladang dari seluruh Negara mengadakan protes di pejabat Perdana Menteri , Kad-kad itu disampaikan kepada setiausaha PM. Pada ketika itu PM adalah Mahathir Mohamad.

Kejayaan yang dicapai ialah apabila, Mahathir mengumumkan bahawa Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan menyediakan kemudahan asas kepada pekerja ladang-ladang kecil dibawah 100 ekar. Pada ketika itu Timb Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar ialah Dato’Kumaran dari MIC.

Selain dari kejayaan itu, kempen tersebut juga telah menyediakan mobilisasi pekerja ladang seluruh Negara melalui JSML bergabung dengan jaringan kampong-kampung peneroka Bandar dibawah kepimpinan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar , JSPB.  Dengan gabungan dua buah kuasa besar ini satu protes besar-besaran telah diadkan di Dataran Merdeka pada hari buruh pada 1 hb. Mei, 1994. Protest dengan penglibatan lebih 2000 orangf ini telah mencipta sejarah kerana ianya protes besar-besaran pertama diadakan selepas era ketakutan yang dibawa oleh ISA, selepas Operasi Lalang pada tahun 1987.

1996 – Satu lagi kempen Nasional menuntut gaji minima untuk pekerja ladang dilancarkan pada 1hb.Mei , 1996 di Ladang Bukit Rajah, Klang, Selangor.  Kempen ini menuntut gaji minima sebanyak RM750 sebulan untuk pekerja ladang , iaitu  penoreh getah dan pekerja ladang kelapa sawit. Pembayaran gaji pekerja ladang diwarisi sejak zaman penjajah Britiish lagi, dimana mereka tidak mempunyai suatu gaji minima yang tetap . Gaji pekerja mengikut jumlah getah lateks ataupun jumlah buah kepala sawit yang dapat dipotongya dalam sehari. Walaupun mereka produktif dan meningkatkan pengeluaran tetapi gaji mereka terikat dengan harga getah dan harga minyak kelapa sawit di pasaran dunia.  Pemberian gaji ini amat mengeksploitasi pekerja, kerana hasil susu getah dan kualiti minyak kelapa sawit adalah diluar kawalan pekerja. Ianya bergantung kepada pihak majikan yang pengurusan baja dan baka pokok. Tetapi risiko pengeluran ini dipindahkan kepada pekerja. Maka gaji pekerja ladang terumbang ambing, dari RM200 apabila musim daun luntur (susu getah kurang) ke RM 800-900 pada musim keluaran susu yang banyak. Cuaca juga memainkan peranan dimana, pekerja tidak dapat menoreg getah jika hujan dan mereka tidak mendapat gaji pada hari itu.

PSM/JSML melancarkan sebuah kempen nasional, melawati semua ladang diseluruh Negara, mengadakan forum, perbincangan, mengedar risalah, mengumpul tandantangan pada kad petisyen dan sebagainya. Kempen ini berakhir dengan aktiviti utamanya, apabila lebih 1000 pekerja ladang dari seluruh Negara protes didepan bangunan Parlimen. Ini lah kali pertama para pekerja ladang membawa kad-kad petisyen ini mengunakan baldi dan kandar (peralatan penoreh getah) kedalam Parlimen Malaysia pada tahun 1999.

Sejurus selepas aksi ini, kejayaan yang diperolehi ialah apabila Kementerian Sumber Manusia melancarkan suatu jawatankuasa kajian khas untuk mencadangkan satu angka gaji minima untuk sector ladang. Walaupun kempen kami menuntut gaji minima sebanyak RM750 sebulan tetap akhirnya Kerajaan mengumumkan gaji minima sebanyak RM325 sebulan sebagai asas. Maka, gaji mereka setiap bulan dikira dengan menjumlahkan RM325 sebagai asas + bayaran ikut keluaran getah/kelapa sawit + harga komoditi dipasaran dunia (price bonus) .

2002 – Dari kejayaan kempen-kempen untuk pekerja ladang, para komrad PSM beralih focus dari sector ladang dan merancang untuk membina sebuah jaringan besar rakyat marhain yang  meliputi pekerja ladang, pekerja kilang, peneroka Bandar, petani, mahasiswa dan Orang Asli.  Maka Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) sebagai sebuah NGO akarumbi dan gerakan massa parti dilancarkan pada tahun 2002. Kempen Nasional yang dimulakan ialah Kempen menuntut gaji minima untuk semua pekerja diMalaysia. Kempen ini dibawa oleh Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan Sekerja. Mereka menuntut gaji minima sebanyak RM900 harus diberikan kepada setiap pekerja di semua sector tidak kira pembuatan, perkhidmatan, teknologi maklumat, kerajaan dan sebagainya. Pada masa itu tiada konsep gaji minima dibawa oleh Kerajaan. Ada juga pekerja yang menerima gaji hanya sebanyak RM400-RM500 sahaja.

Sekali lagi kempen ini dijalankan dengan lancarnya, dengan jelajah seluruh Negara membawa mesej tuntutan gaji minima ke seluruh Negara. Pelbagai bahan kempen disediakan, seperti lencana, T Shirt, risalah , dank ad petisyen dan sebagainya. Kesemua tuntutan petisyen disampaikan pada satu protes besar-besaran yang diadakan di bangunan Parlimen oleh pekerja dari pelbagai sector . Berikutan kejayaan kempen ini, Kerajaan telah mencetuskan beberapa siri diskusi dan makmal untuk formulasi gaji minima.

Akhirnya Akta Gaji Minima berjaya dibentang dan diluluskan di Parlimen pada tahun 2012 untuk dikuatkuasakan pada tahun 2013. Malangnya gaji minima dimulakan dengan angka RM900 sebulan, angka yang kami cadangkan 10 tahun yang lalu.

2015 – Kempen untuk Tabung Pemberhentian Pekerja, TPK . PSM menuntut Menteri Richard Riot untuk segera memulakan suatu tabung khas memandangkan ramai pekerja hilang kerja pada masa-masa krisis ekonomi . Setiap kali wujudnya krisis, lebih 40,000 pekerja setiap tahun dibuang kerja dan 1/3 daripada mereka tidak menerima apajua pampasan jika syarikat tersebut gulung tikar. Maka kempen TPK kami mencadangkan agar pekerja yang dihentikan harus diberikan elaun segera sehingga pekerja mendapat kerja semula atau melalui latihan untuk memasuki sector kerja yang baru.  TPK ini haruslah dikendalikan oleh Perkeso .

Kami telah melancarkan kempen jelajah seluruh Negara, melawat semua negeri di Peninsular Malaysia dari Perlis hingga Johor, mengedar risalah dikawasan awam, menyampaikan mesej dengan pembesar suara diatas hilux, membuat konvoi, mendapatkan tandatangan dari orang ramai. Kami juga mengunjungi kawasan-kawasan perindustrian berjumpa pekerja dan mengikat banner –banner untuk makluman pekerja. Kami juga berjumpa dengan MTUC dan mendesak kesatuan –kesatuan sekerja mengerakkan kempen ini dikalangan ahli mereka.  Pada akhir kempen ini , iaitu pada 29hb.Mac, 2017 sebanyak 30,000 kad sokongan untuk TPK diserahkan kepada Menteri Dato’Richard Riot di Parlimen .

Justeru itu , Kerajaan pada tahun 2017 membawa RUU Skim Insurans Pekerja ( nama utk Tabung Pemberhentian Kerja) di Parlimen , untuk dimulakan kutipan  caruman majikan dan pekerja bermula Jan 2018 dan bayaran kepada pekerja akan bermula pada Jan 2019.