Teh Yee Cheu adalah seorang ahli politik sepenuh masa sejak tahun 2000. Dia adalah bekas calon Air Putih (N) pada tahun 2004 dan juga anggota dewan undangan negeri untuk Tanjong Bungah (N22) untuk dua penggal di Pulau Pinang dari tahun 2008 hingga 2018. Beliau secara giat sedang mencuba untuk mengurangkan jejak karbon dengan menggalakkan aktiviti berbasikal. Dia juga dikenali sebagai ADUN Hijau. Dia adalah calon PSM pada PRU14 tahun 2018 untuk kerusi Sungai Pinang (N24) tetapi telah kalah dengan Pakatan Harapan. Dia secara konsisten bertindak sebagai pemeriksa kepada kerajaan negeri Pulau Pinang PH dalam menangani isu tempatan.
E-mel:
Facebook: Teh Yee Cheu
Twitter: