SIVARAJAN ARUMUGAM

SIVARAJAN ARUMUGAM

Sivarajan adalah Setiasusaha Agung PSM sejak tahun 2015 dan beliau telah menamatkan pengajian dari UKM dalam bidang Kimia. Sebelum menjadi Setiausaha Agung di parti beliau telah berkhidmat sebagai Bendahari Kehormat parti sejak tahun 1998 hingga 2015. Selain itu, sivarajan juga pernah berkhidmat sebagai setiausaha kepada Dr.Nasir Hashim ketika beliau memegang jawatan ADUN Kota Damansara dan beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis di MBSA dari tahun 2008 hingga 2013. Sivarajan juga salah seorang pengasas parti dan juga pengasas Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC) pada tahun 1992, dimana CDC adalah satu kumpulan aktivis akar umbi yang berjuang dengan pekerja peladangan, pekerja kilang, peneroka bandar, dan orang asli untuk menjamin hak supaya tidak ditindas oleh pihak berkuasa ataupun pemaju. Beliau juga adalah Koordinator Gabungan Peneroka Bandar di bawah Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT). Beliau juga masih lagi menjadi Koordinator kepada Gabungan Bantah TPPA. Sivarajan telah memperjuang dan mengetuai pelbagai isu,perjuangan seperti kenaikan harga minyak, perumahan yang selesa kepada pekerja ladang, perumahan kepada  peneroka bandar, isu tanah peneroka bandar , kempen akta gaji minima, kempen tabung pemberhentian kerja  dan sebagainya.

 

More Staff

CHONG YEE SHAN

CHONG YEE SHAN

Mohanarani @ Rani

Mohanarani @ Rani

Arutchelvan

Arutchelvan

Parameiswary Elumalai

Parameiswary Elumalai