Siri 21 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 21 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah  
20 Julai 2011

20 Julai – Berhubung dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Mohamed Nazri pada 19 Julai yang polis berhak menahan kami kerana tuduhannya ialah mengenai membangkitkan ideologi komunisme, kami dengan segera mengadakan satu sidang akhbar pada hari ini, 20 Julai, 2011 untuk membidas kenyataan Menteri JPM itu.

Sidang akhbar dihadiri oleh pelbagai aktivis masyarakat yang turut menekankan fakta gambar dan buku-buku yang memaparkan pemimpin Parti Komunis Malaya yang dibubarkan itu tidak boleh digunakan sebagai sebab untuk terus menahan aktivis PSM. Jika penahanan tersebut berdasarkan pemaparan hubungan dengan pimpinan komunis, jadi bagaimana pula gambar Tun Abdul Razak dengan Mao Tse Tung yang menjadi poster kempen utama pada tahun 1970an itu.

Bilik sidang akhbar dipenuhi dengan pelbagai T Shirt dan juga buku-buku biodata pemimpin komunis, demi mematahkan naratif hantu bayangan komunis yang ingin dimainkan oleh Mohamed Nazri dan UMNO.

Pada malam hari itu, suatu forum di adakan di auditorium Bar Council (Majlis Peguam Malaysia) Kuala Lumpur. Forum itu dihadiri oleh begitu ramai rakyat mendengar berita terkini mengenai tahanan PSM EO6.

Forum diikuti oleh protes diluar bangunan Majlis Peguam pada malam itu juga.

 


Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis