Siri 30 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 30 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 30 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011)– Ulangtahun ke 10.

#HariIniDalamSejarah

29 Julai 2011

Dr Kumar memulakan mogok laparnya pagi ini. Persatuan Doktor , Malaysian Medical Association mengeluarkan sebuah kenyataan media menyatakan kerisauan mereka terhadap kesihatan Dr Kumar yang memulakan mogok lapar. MMA juga mengingatkan pihak berkuasa bahawa mereka dilarang mengagalkan aksi mogok lapar ini dengan memberikan makanan secara paksa.

 “ In this regard, the MMA calls upon the authorities to respect international human rights law and not to resort to force-feeding as a means of ending Dr Jeyakumar’s protest. The World Medical Association (WMA) – the body that establishes ethical guidance for doctors around the world – states that force-feeding by any means is considered as unethical and cruel, inhuman and degrading treatment”

“ In accordance with the principles of the Declaration of Malta, the MMA urges the authorities to appoint one of our MMA members as the physician involved in the management of Dr Jeyakumar during his fast, so that we can be assured of his health and welfare and can communicate this with his family and friends on a regular basis, and can intervene medically if and when appropriate, while respecting Dr Jeyakumar’s autonomy and right to carry out this form of non-violent protest”

Pada hari juga suatu memorandum diserahkan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu United Nations , menyeru agar badan antarabangsa itu turut mendesak penmbebasan PSM EO6. Walaupun dihalang oleh polis , tetapi akhirnya kami berjaya menghantar memorandum tersebut.

Pada jam lebih kurang 1pm, Setiausaha Agung PSM, Arul mendapat maklumat dari Pejabat Menteri Hishamuddin Hussein Onn yang PSM EO6 akan dibebaskan. Demi merekodkan maklumat ini, dan untuk mengunakannya jika mereka tidak ikuti janji tersebut, maka beliau menghantar suatu email pada jam 1.35pm.

“ Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengalu-alukan pengumuman Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara atas pembebasan enam orang pemimpin PSM tanpa syarat dan kemungkinan mereka akan dihadapkan ke mahkamah kelak. Ini merupakan apa yang diminta oleh kami dari dulu iaitu – mereka dibebaskan atau didakwa di mahkamah.

Kami berterimakasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam membolehkan 6 tahanan ini dibebaskan dan kami bergembira mereka dapat kembali ke keluarga masing-masing.

PSM memberi syor bahawa PSM akan meneruskan perjuangan politik berdasarkan lunas-lunas Perlembagaan Negara kita

Sekian terima Kasih 

Yang Benar,

S.Arutchelvan

Setiausaha Agung”

29 Julai, 2011 – 1.35pm.

Pada jam lebih kurang 3.42pm – pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan mendesak Kerajaan memberitahu siapakah yang mencipta tohmahan palsu terhadap PSM EO6 itu. Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata

“Malaysians are entitled to ask who are the officers or politicians who had been so ‘creative’ as to concoct the heinous charge under Section 122 of the Penal Code against the PSM activists in the first instance,”

I will ask in the next Parliament session who are the officers who concocted such charges and who are their police superiors who gave the approval, and whether the advice of the attorney-general or his officers had been sought”

Pada jam lebih kurang 4pm lebih, kami diminta untuk hadir ke Balai Polis Jinjang untuk menerima komrad2 PSM EO6 yang akan dibebaskan. Pada masa itu, kami masih ragu-ragu jika makluman itu benar, ataupun mereka akan dibebaskan dan ditahan semula sepertimana yang berlaku pada 2 Julai , 2011 di Kepala Batas Pulau Pinang. Maka kami tidak mengumumkan lagi berita tersebut kepada media ataupun komrad-komrad PSM yang lain.

Pada jam lebih kurang 5.30pm, akhirnya kami berjumpa dengan PSM EO6 dibalai Jinjang dan membawa mereka keluar. Suatu himpunan segera dianjurkan di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall KLSCAH pada malam itu juga memgumumkan kejayaan kuasa rakyat yang dapat membebaskan PSM EO6. 

 



Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Ini merupakan hantaran terakhir dalam siri ini.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di 👉 t.me/partisosialis