Siri 7 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah 
2 Julai 2021 (malam) 

Aktivis PSM 6 orang yang ditahan tersebut dibawa ke Bukit Aman pada hari yang sama. Pasukan peguam yang diketuai oleh Edmond Bon dan rakan-rakanya sudahpun berada di Bukit Aman memastikan jika sebenarnya keenam-enam aktivis PSM EO6 dibawa ke Bukit Aman. 

Lebih daripada 50 orang berkumpul untuk mengetahui apa yang telah berlaku kepada PSM EO6 yang telah ditahan dan sepatutnya dibawa ke Kuala Lumpur. Suaram juga menganjurkan suatu protes vigil candle light di Bukit Aman pada malam itu juga.

Rakan-rakan lain PSM masih berada di Penang, kerana 24 aktivis lain masih ditahan dan kita perlu memastikan bahawa mereka akan dibebaskan pada 4hb Julai, 2011 bila tamatnya tempoh reman.

Pada hari itu juga Suaram mengeluarkan kenyataan akhbar mengecam penahanan EO6 dan intimidasi berterusan pihak berkuasa.

Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis