Jaringan Rakan Ibu Tunggal merupakan sebuah gabungan yang memperjuangkan perubahan polisi yang membawa faedah untuk ibu-ibu tunggal terutamanya daripada golongan B40 dan keluarga mereka. Usaha utama ke arah ini ialah bagi mendapatkan peningkatan peruntukan bajet Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan pendekatan yang lebih berkesan untuk golongan ini.

Gabungan ini diasaskan pada tahun 2014 di mana PSM telah menerajui satu kajian mengenai golongan ibu tunggal bagi lebih memahami isu-isu utama, pendirian serta arah polisi advokasi yang diambil dalam hal ini dan juga untuk memulakan konsultasi bersama kumpulan-kumpulan lain yang menjalankan kerja dalam hal ini.

Jemputan untuk menyertai inisiatif ini dihantar kepeda beberapa badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan komuniti gereja dan kumpulan hak wanita bagi mewakili pola masyarakat berbilang kita untuk perbincangan berkaitan kajian yang dijalankan PSM. Wakil-wakil daripada 8 kumpulan bergabung bersama menghadiri beberapa mesyuarat dan juga menjalankan konsultasi dalaman bagi berbincang tentang kajian tersebut.

Satu memorandum telah dihantar pada 25hb Februari 2015 yang diikuti perbincangan bersama Timbalan Menteri YB Chew Mei Fun pada bulan Julai. Kemudian pada 2016, satu mesyuarat dijalankan bersama Jawatankuasa Parlimentari Wanita. Ketiadaan sebarang tindak balas melainkan sepucuk surat daripada segala perjumpaan di atas telah mendorong Jaringan Rakan Ibu Tunggal bagi mendapatkan mesyuarat bersama YB Hannah Yeoh pada 22hb Oktober 2018, usaha ini telah membuka kepada lebih banyak peluang perbincangan.

Pada 11hb Disember 2018,  mesyuarat penyusulan yang dirancang bersama Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Unit Perancangan Strategik, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah berakhir dengan kesimpulan yang positif bagi membolehkan kumpulan-kumpulan NGO yang bekerja rapat dengan ibu-ibu tunggal untuk bekerjasama rapat dengan badan-badan kerajaan yang berkaitan. Perjumpaan ini telah diputuskan sebagai mesyuarat sehari sepenuhnya bagi sesi dialog yang efektif.

BACAAN LANJUT:
4 Perkara untuk Menambahbaikkan Bantuan Ibu Tunggal (22 Oktober 2018) [PDF]

Maklumat (Slideshow) Mengenai Ibu Tunggal [PDF]

Fakta-Fakta (Slideshow) Ibu Tunggal [PDF]

So Why All the Fuss about Single Mothers [PDF]

Memo kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (25 Februari 2015) [PDF]