Pada hari ini juga, 7 Julai, 2011 Ibupejabat Polis Bukit Aman mengeluarkan suatu perintah larangan terhadap 91 orang daripada memasuki Kuala Lumpur demi mengagalkan himpunan BERSIH. Yang peliknya ialah dalam senarai nama tersebut nama dua orang komrad PSM EO6 yang berada dalam tahanan iaitu Saravathy dan Chon Kai.
Siri 10 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10.
Pada 6 Julai 2011, PSM menfailkan tindakan Mahkamah Habeas Corpus menuntut pembebasan PSM EO6, namun kecewa apabila Mahkamah menetapkan pendengaran, lebih sebulan dari tarikh penfailan, iaitu 12 Ogos, 2011.
Siri 9 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10
Kami dikejutkan apabila mengetahui bahawa Pejabat PSM Jelapang Perak, iaitu pejabat komrad Sarasvathy sedang dimasuki dan digeladah oleh polis.
Siri 8 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10.
Walaupun Mahkamah memutuskan sebelum ini untuk tidak menyambung reman dan membebaskan 24 orang aktivis PSM, tetapi kami mendapat maklumat bahawa pegawai polis dari Bukit Aman berada di perkarangan Mahkamah Butterworth untuk membuat satu lagi siri tahanan dibawah Ordinan Darurat.
Siri 7 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10
#HariIniDalamSejarah
2 Julai 2021 (malam)
Aktivis PSM 6 orang yang ditahan tersebut dibawa ke Bukit Aman pada hari yang sama. Pasukan peguam yang diketuai oleh Edmond Bon dan rakan-rakanya sudahpun berada di Bukit Aman memastikan jika sebenarnya keenam-enam aktivis PSM EO6 dibawa ke Bukit Aman.
Lebih daripada 50 orang berkumpul untuk mengetahui apa yang telah berlaku kepada PSM EO6 yang telah ditahan dan sepatutnya dibawa ke Kuala Lumpur. Suaram juga menganjurkan suatu protes vigil candle light di Bukit Aman pada malam itu juga.
Rakan-rakan lain PSM masih berada di Penang, kerana 24 aktivis lain masih ditahan dan kita perlu memastikan bahawa mereka akan dibebaskan pada 4hb Julai, 2011 bila tamatnya tempoh reman.
Pada hari itu juga Suaram mengeluarkan kenyataan akhbar mengecam penahanan EO6 dan intimidasi berterusan pihak berkuasa.
Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.
#PartiSosialis
Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di t.me/partisosialis
Siri 6 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10.
#HariIniDalamSejarah
Apa berlaku pada hari ini, 2hb Julai, 2011?
Hari yang amat bersejarah dan penuh dengan pelbagai insiden. Pada hari inilah 6 komrad PSM ditahan semula selepas dibebaskan dibawah Ordinan Darurat (Emergency Ordinance) dan Kementerian Dalam Negeri mengumumkan bahawa BERSIH adalah haram!
Sejak pagi kehadiran polis begitu banyak sekali dekat Mahkamah Butterworth, seolah-olah kita berada disebuah medan peperangan. Ianya taktik kotor Kerajaan yang ingin menunjukkan kepada orang ramai bahawa Negara sedang mengalami ancaman keselamatan nasional dari BERSIH dan juga PSM. Kami dikendalikan seperti pengganas antarabangsa!
Timbalan Ketua Polis Khalis Abu Bakar, memohon lanjutan menahan reman 7 hari lagi keatas 30 aktivis PSM yang ditahan sejak 25hb Jun, 2011 itu. Ianya sengaja diminta walaupun polis langsung tidak mempunyai apajua bukti untuk menuduh kami dengan tuduhan berat Seksyen 122 Penal Code “memerangi YDPA dengan senjata” itu. Jelas dari pengalaman ini, bahawa polis boleh bertindak secara melampau demi menjaga kehendak politik pemerintah untuk kekal berkuasa.
Walaubagaimanapun peguam arif kita, Haji Sulaiman Abdullah berjaya berhujah dengan efektif dan mematahkan permohonan polis untuk menyambung reman. Mahkamah menolak permohonan reman tambahan polis dan memutuskan semua aktivis dibebaskan dalam masa 2 hari iaitu 4hb Julai, 2011.
Berita gembira bahawa komrad kami akan dibebaskan dalam masa dua hari itu menjadi muram apabila 6 orang komrad kami iaitu Dr Kumar, Sarasvathy, Choo Chon Kai, Sarathbabu, Letchumanan dan Sugumaran ditahan semula dibawah Ordinan Darurat pada hari yang sama.
Dari hari inilah bermulanya kempen intensif selama 27 hari secara beterusan menuntut pembebasan PSM EO6.
Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.
Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di t.me/partisosialis
Siri 5 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10.
Apa berlaku hari ini, 1hb Julai, 2011?
Penahanan komrad-komrad PSM tercetus apabila pemerintah tercabar dengan seruan kempen politik yang dilancarkan oleh PSM bertemakan “ Udah lah tu Bersaralah BN” . Tekanan politik bertambah apabila rakyat mula bangkit bersiap sedia untuk turun ke jalan raya pada 9hb Julai, 2011 untuk himpunan BERSIH 2. Sebagai tindakan balas menakutkan rakyat, kempen PSM dikaitkan dengan BERSIH 2 dan tohmahan palsu dilemparkan keatas kami bahawa PSM menghidupkan semula fahaman komunisme !
Tambahannya pula, apabila dua orang komrad aktivis luar Negara hadir bersama kempen kami, pemerintah dan kuncu-kuncunya, UMNO, Perkasa dan media Utusan memainkan cerita bahawa kempen ini didalangi oleh agen luar. Dua orang yang hadir bersama kami ialah Song Min Youn seorang intern dari Korea dan Romy Castillo Deputy General-Secretary dari Partido Lakas ng Masa (PLM) Filipina.
Pada 1hb.Julai, 2011, Song Min Youn dibebaskan dan dihantar balik ke Korea tanpa apajua tuduhan dan syarat. Maka ianya membuktikan bahawa naratif pemerintah dan medianya hanyalah suatu manipulasi politik memburukkan PSM dan kempen kami. Dengan bebasnya komrad dari Korea itu, maka ianya memperkuatkan desakan kami bahawa Romy Castillo juga harus dibebaskan segera tanpa syarat.
Pada 1hb Julai, 2011 juga kami mengadakan suatu sidang media bersama YB Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Prof Dr Ramasamy di pejabatnya.
Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.
Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di t.me/partisosialis
Siri 4 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10
#HariIniDalamSejarah.
Apa berlaku hari ini, 30hb Jun 2011?
Keputusan yang mengecewakan kepada permohonan semakan kehakiman oleh Hakim Zamani Abdul Rahim Mahkamah Tinggi Pulai Pinang yang memutuskan reman 7 hari di tahanan 30 aktivis PSM diteruskan.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) juga dibenarkan melawat tahanan pada hari ini. Dari lawatan tersebut, kita mendapat tahu bagaimana 30 aktivis PSM disoalsiasat ‘interrogated’ oleh pelbagai pasukan polis dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Tindakan laporan–laporan polis yang dibuat oleh kami juga mengenai kondisi tahanan dan layanan terhadap aktivis PSM, nampaknya juga berhasil apabila situasi dalam tahanan diperbaiki.
Para keluarga tahanan juga dibenarkan melawat selepas 4 hari aktivis PSM ditahan di IPD Kepala Batas, IPK Pulau Pinang dan IPD Butterworth.
Kami juga berusaha membebaskan seorang komrad dari Philippines iaitu Romy Castillo yang telah bersama kami dalam kempen Udah tu .. Bersaralah . Surat dihantar kepada Kedutaan Filipina memohon mereka mendesak Kerajaan Malaysia untuk membebaskan Romy Castillo.
Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.
Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di t.me/partisosialis
50,000 pekerja pembersihan sekolah bakal terjejas dengan pengurangan gaji
Surat terbuka
YB Menteri KPM,
Kami Parti Sosialis Malaysia kecewa dan terkejut mendengar bahawa kerajaan telah mengurangkan bayaran kepada kontraktor pembersihan sekolah berasaskan SOP PKP yang hanya membenarkan 60% pekerja di tempat kerja pada satu-satu masa.
Adakah YB sedar bahawa tindakan kerajaan akan mengurangkan gaji pekerja pembersihan sebanyak 40% ke RM660 – RM720 sebulan? Dan bahawa ia akan menjejaskan sejumlah 50,000 pekerja pembersihan di seluruh Malaysia, bandar dan luar bandar?
Kami sedar akan keengganan kerajaan melihat pekerja kontrak sebagai pekerjanya walaupun menjadi ‘paymaster’ mereka. Kami biasa dengan posisi kerajaan bahawa sebarang masalah kerja yang dihadapi pekerja kontrak adalah tanggungjawab kontraktor, dan aduan harus dibuat di Jabatan Tenaga Kerja. Tetapi kerajaan tidak boleh lari dari tanggungjawabnya terhadap hak dan kebajikan pekerja kontrak di premisnya.
Kami faham pandemic Covid telah menyebabkan tekanan kewangan yang besar kepada kerajaan yang terpaksa belanja berbilion-bilion ringgit bagi menyokong ekonomi dengan membantu perniagaan dan keluarga B40 yang terjejas.
Namun, tindakan memotong gaji bercanggah dengan niat nyata kerajaan untuk mengelakkan kemiskinan tegar dan kelaparan semasa krisis Covid. Sebab sesungguhnya, pengurangan gaji bagi lapisan pekerja ini yang kebanyakan mereka sudah pun dalam lingkungan B20 akan memiskinkan mereka lagi.
Sebilangan besar golongan ini terdiri dari ibu tunggal, atau adalah punca pendapatan tunggal yang sedang bersusah payah dengan gaji minima RM1,100 – RM1,200 untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat. Mungkin YB ada cadangan bagaimana golongan pekerja ini dapat uruskan belanja mereka dengan separuh gaji? Seperti YB sedar, golongan miskin menghabiskan semua pendapatan mereka untuk keperluan harian – makanan, perumahan dan utiliti, pengangkutan dan kesihatan. Maka kalau pendapatan dipotong 40%, keperluan asas mereka tidak dapat diperolehi.
Sebabnya, pekerja pembersihan sekolah kerajaan ini tidak ada simpanan wang yang boleh membantu mereka apabila berlaku pengurangan pendapatan. Mereka adalah antara pekerja yang amat tertindas akibat sistem kontrak yang disalahpakai oleh kerajaan kononnya untuk menjimatkan kos. YB, sistem kontrak sepatutnya digunakan untuk kerja-kerja sementara, bukan untuk kerja-kerja yang tetap seperti pembersihan sekolah. Akibat sistem ini, seorang pekerja akan sentiasa menerima gaji permulaan sahaja tidak kira 2 atau 20 tahun perkhidmatannya; caruman kepada Perkeso dan KWSP akan sentiasa dikira berasaskan gaji minima maka pada umur persaraan simpanannya hanya beberapa sahaja di KWSP.
Kami tak faham. Kerajaan amalkan SOP hanya 60% pekerja dibenarkan ditempat kerja. Adakah kerajaan potong gaji untuk kakitangannya? Untuk syarikat swasta, kerajaan sediakan skim bantuan upah. Semua ini adalah langkah-langkah yang baik untuk rakyat. Jadi mengapakah menganaktirikan pekerja pembersihan sekolah?
Menurut undang-undang kerja negara kita, majikan tidak boleh potong gaji pekerja. Tetapi kerajaan sendiri melanggar Akta Kerja!
PSM menyeru kepada Kerajaan Malaysia untuk membatalkan dengan serta merta keputusan untuk mengurangkan gaji pekerja kontrak di sekolah-sekolah kerajaan.
R. Mohanarani
Ahli J/kuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia