Siri 13 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011)– Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah
12 Julai 2011  

12 Julai – Pada 11 pagi hari itu, PSM dengan menyerahkan lebih 4000 tandatangan petisyen mendesak agar para aktivis yang ditahan itu dibebaskan, kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pada hari yang sama, jam 3 petang, satu rombongan rakyat dari Perak seramai 50 orang telah menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara di Bukit Aman menuntut pembebaskan segera PSM EO6. ASP Ramli, PRO telah menerima memorandum ini selepas beberapa insiden ketegangan dengan delegasi yang hadir.

Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis