Siri 12 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011)– Ulangtahun ke-10

Siri 12 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011)– Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah
11 Julai 2011

11 Julai – Selepas kejayaan perhimpunan BERSIH yang signifikan, PSM melancarkan kempen membebaskan EO6 dengan lebih giat lagi. Hampir setiap hari selepas itu ada sahaja NGO ataupun cawangan-cawangan PSM dari seluruh negara yang menghantar petisyen menuntut pembebasan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara di Bukit Aman.

Pada hari ini juga, suatu kempen faks surat petisyen menuntut pembebasan dilancarkan kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin; Ketua Polis Ismail Omar; Perdana Menteri, Najib Razak pada dari tarikh 11 hingga 15 Julai, 2011. Pelbagai organisasi menyambut kempen ini dan menghantar faks ke pejabat-pejabat tersebut. Sokongan juga diterima dari organisasi luar Negara.  

 

Himpunan protes malam di Bukit Aman juga memperlihatkan penambahan dalam bilangan peserta, menghadiri candle light vigil. Polis mula merasa resah dengan kehadiran yang semakin bertambah mendesak pembebasan PSM EO6.

Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis