Siri 11 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 11 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah 
7 Julai 2011

7 Julai – Tidak berpuashati dengan tarikh pendengaran yang diberikan oleh Mahkamah kepada permohonan Habeas Corpus kami. Peguam kami membuat rayuan ke atas tarikh tersebut dan suatu tarikh pendengaran baru yang lebih awal iaitu 22 Julai 2011 diberikan.

Pada hari ini juga, 7 Julai, 2011 Ibupejabat Polis Bukit Aman mengeluarkan suatu perintah larangan terhadap 91 orang daripada memasuki Kuala Lumpur demi mengagalkan himpunan BERSIH. Yang peliknya ialah dalam senarai nama tersebut nama dua orang komrad PSM EO6 yang berada dalam tahanan iaitu Saravathy dan Chon Kai.

Keluarga-keluarga tahanan juga dapat berjumpa PSM EO6 pada hari ini. Dari lawatan tersebut oleh ahli keluarga, kami dapati bahawa komrad-komrad kami sebenarnya dilayan seperti tahanan ISA. Tahanan Ordinan Darurat biasanya ditahan di balai-balai polis daerah, manakala komrad PSM EO6 ditahan di Pusat Tahanan Polis Berpusat dan tambahnanya pula mereka di tutup mata, dan dipanggil bukan mengikut nama tetapi mengikut nombor tahanan yang diberikan kepada setiap satu. PSM membongkarkan perkara ini kepada media, menuduh polis menipu dengan mengatakan bahawa komrad-komrad kami ditahan dibawah Ordinan Darurat tetapi dilayan seperti tahanan ISA! Tahanan juga ditahan secara persendirian dan dipaksa menjalani ujian poligraf (ujian pengesanan penyataan palsu) dan pelbagai tekanan mental.

Dr Kumar yang berada dalam tahanan juga menyampaikan mesejnya melalui keluarga yang berjaya melawatnya pada hari ini. Mesej ringkasnya seperti berikut;

MESSAGE FROM DR. JEYAKUMAR FROM DETENTION

I would like to thank everyone who is supporting us by the hours, prayers, urgent appeals etc. The 6 of us have not broken any laws and our crime is that we are socialists and we are attempting to put the issues affecting the poorer 60% of Malaysians in the national agenda. eg. Hospital privatization, minimum wage and decent wages.

Our detention is totally unwarranted and we are working within the democratic framework. “Udahlah bersaralah“ campaign which involves pamphlet distribution and awareness calls for people to think properly for the General Election. The action and activity is totally within the democratic space allowed by Constitution. Sad to see, higher ups in police unable to differentiate national and constitutional rights from the political party in power.

Stand up for democratic rights and let us not allow this kind of intimidation hold us back

Dr. Jeyakumar

7 July 2011

Elemen dari luar Negara yang di war-warkan dalam media tidak berasas lagi apabila rakan dari parti PLM Filipina Romeo Castillo di bebaskan dan dihantar pulang tanpa sebarang tuduhan.

Romy Castillo Deputy General-Secretary of Partido Lakas ng Masa (PLM)

Kami juga menyerahkan Memorandum kepada Ketua Polis Negara IGP menuntut agar bebaskan segera 6 aktivis PSM yang ditahan dibawah Ordinan Darurat tersebut.

Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis