Siri 10 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10.

Siri 10 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10.

#HariIniDalamSejarah 
6 Julai 2011

6 Julai – PSM menfailkan tindakan Mahkamah Habeas Corpus menuntut pembebasan PSM EO6. Kami kecewa apabila Mahkamah menetapkan pendengaran begitu lewat, lebih sebulan dari tarikh penfailan iaitu 12 Ogos, 2011.  

Para peguam memfailkan permohonan habeas corpus supaya 6 tahanan dibebaskan dengan segera di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Raj, Ong & Co dengan menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Peguam mewakili PSM – Yudistra dan Edmond Bon.

Pada hari tersebut juga, pihak berkuasa Bukit Aman membenarkan para peguam untuk berjumpa dengan 6 tahanan pada keesokkan harinya (7 Julai, 2011).

Sebagai strategi kempen membebaskan PSM EO6, kami melancarkan aksi desakan protes candlelight vigil setiap malam di depan Ibupejabat PDRM Bukit Aman dan juga dipelbagai lokasi lain.

Tindakan ini membuat polis gelisah apabila melihat bilangan orang yang menyertai protes aman ini bertambah setiap hari mendesak agar komrad-komrad dibebaskan.

Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis