#HariIniDalamSejarah
5hb Julai 2011
5hb Julai – Suasana politik Negara pada itu nampak reda, selepas beberapa hari yang penuh dengan ketegangan dan penangkapan aktivis. Kami juga dapat tahu bahawa Pengerusi BERSIH Dato’ Ambiga Seenivasan akan berjumpa dengan Yang Dipertuan Agong dimana ada desakan untuk mengalihkan perhimpunan BERSIH dari jalanraya ke Stadium.
Tetapi tekanan kepada PSM tidak dihentikan. Kami dikejutkan apabila mengetahui bahawa Pejabat PSM Jelapang Perak, iaitu pejabat komrad Sarasvathy sedang dimasuki dan digeladah oleh polis. Lebih seratus komrad dan penyokong PSM berhimpun di Pejabat PSM Jelapang pada masa itu. Rakyat Jelapang menjadi saksi bagaimana kekejaman pemerintah menindas aktivis PSM dan hak bersuara rakyat dengan begitu teruk apabila komrad Saras digari dan diheret ke dalam pejabat PSM Jelapang!
Imej komrad Saras mengangkat tangan yang digari telah menjadi symbol penentang dan perlawanan yang popular dan juga diterjemahkan sebagai T Shirt dan sebagainya.
Pelbagai organisasi antarabangsa juga mengecam penahanan aktivis PSM EO6 dan penindasan atas kebebasan bersuara dalam Negara. Organisasi seperti Human Rights Watch, World Organisations Against Torture dan FIDH juga mendesak Kerajaan Malaysia.
Pada hari ini SUARAM bersama dengan ahli keluarga komrad2 PSM EO6 memberi memorandum kepada SUHAKAM mendesak pembebasan. Pada hari itu juga, demi mendesak pemerintah membebaskan 6 komrad EO6 tersebut PSM melancarkan protes vigil (candle light vigil) setiap malam di luar Bukit Aman dan beberapa lokasi lain.
Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.
Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di t.me/partisosialis