Gabungan Marhaen

Gabungan Marhaen

Its Beginning!

Gabungan Marhaen

Marhaen Malaysia ialah satu Gerakan Rakyat untuk membuat satu mobilisasi besar iaitu mobilisasi kelas semua kawasan dan kumpulan yang umpama BERSIH MERAH. Dimana setiap kumpulan sektor mempunyai pemimpinan sendiri, aktivis dan mereka yang mempunyai tuntutan masing-masing selain daripada tuntutan nasional.

Satu himpunan besar-besaran bersama dengan semua kumpulan dan masyarakat MARHAEN telah diusulkan pada Oktober 2020 seperti Hartal tetapi pandemik COVID -19 menyebabkan rancangan ni terpaksa ditunda.

Adalah harapan dengan memperkasakan dan membina satu Gerakan rakyat Marhaen yang kuat akan membolehkan pembentukan satu kuasa ketiga yang dapat melawan sistem Kapitalis sekarang dan parti-parti kanan

MARHAEN merupakan suatu evolusi pergerakkan rakyat yang dicetuskan oleh aksi-aksi massa dan memperkasakan rakyat oleh aktivis Parti Sosialis Malaysia sejak tahun 1990an. MARHAEN mempunyai visi untuk membina kuasa rakyat untuk membawa perubahan bersama dengan suara politik PSM.