Bawani KS

Bawani KS

Bawani merupakan Timbalan Setiausaha Agung dalam parti. Beliau adalah seorang aktivis pelajar yang aktif dan beliau juga aktif dalam gerakan mahasiswa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/I di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kemudian beliau juga terlibat dalam pengorganisasian masyarakat akar umbi bersama Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC). Beliau juga mengetuai sayap pemuda parti yang dikenali Pemuda PSM dan beliau juga memainkan peranan yang penting dalam kempen Pendidikan Percuma dengan kewujudkan Gabungan Menuntut Pendidikan Percuma bersama dengan gerakan mahasiswa lain untuk kempen Pendidikan Percuma. Beliau lebih dikenali apabila viralnya video LISTEN,LISTEN,LISTEN. Dimana video ini tersebar luas dengan keberanian beliau mempersoalkan fasilitator semasa sesi soal jawab dalam program membasmi pelajar universiti untuk membenci pembangkang dan politik kiri di negara ini. Sekarang beliau adalah seorang peguam dan sedang berkhidmat di kampung halamannya Kampar, Perak. Beliau juga adalah calon parti yang bertanding dalam PRU14 di DUN Malim Nawar, Perak pada tahun 2018.

More Staff

Chong Yee Shan

Chong Yee Shan

SIVARANJANI

SIVARANJANI

Soh Sook Hwa

Soh Sook Hwa

ARULCHELVAN

ARULCHELVAN