Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) merupakan sebuah gerakan yang diterajui oleh anak muda, belia, mahasiswa/i serta individu-individu yang berpegang teguh kepada prinsip bahawa pendidikan tidak seharusnya dikomersialkan atas motif pihak swasta untuk mengaut keuntungan yang bakal membawa lebih banyak masalah. Kerajaan persekutuan lebih menekankan perkembangan pendidikan swasta dari prasekolah sehingga ke pendidikan tinggi yang kini, mula menunjukkan kesan negatif dalam jangka masa yang pendek.  

Pemberian pendidikan percuma tidak seharusnya berkisar hal ehwal yuran sahaja tetapi juga akses kepada pendidikan khususnya dalam kalangan golongan berisiko tinggi seperti pelajar luar bandar.  

Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) menuntut akses pendidikan diberikan dengan percuma tanpa prejudis dan diskriminasi kepada semua lapisan masyarakat kerana pendidikan merupakan mobiliti sosial yang sangat efektif. Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) menubuhkan sebuah pasukan penyelidikan yang telah melaksanakan penyelidikan selama 18 bulan untuk memahami kaitan akses  dan prestasi pendidikan pelajar dengan kos pendidikan. Laporan Pendidikan Percuma di Malaysia telah dilancarkan pada Januari 2018.

Bacaan Lanjut:

Pendidikan Percuma di Malaysia (2018) [PDF]

Penswastaan Pendidikan [PDF]