Siri 22 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 22 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah 
21 Julai 2011.

21 Julai – 24 Aktivis PSM ( selain 6 orang PSM EO6 ) yang ditahan pada 2 Jun, 2011 dan dibebaskan atas jamin pada 4 Julai, 2011 telah diminta hadir ke Mahkamah pada untuk kes tuduhan mereka.  

Edmund Bon Kredit : TheMalaysianInsider.com

Peguam PSM, Edmond Bon menyatakan bahawa dalam kesemua affidavit balasan dari Peguam Negara terhadap permohonan Harbeas Corpus yang difailkan oleh PSM, Kerajaan langsung tidak menyebut bahawa aktivis PSM ditahan kerana membangkitkan ideologi komunis. Peguam Negara hanya menyatakan bahawa mereka ditahan kerana menjadi penggerak kepada BERSIH 2011. Maka jelas bahawa propaganda Kerajaan selama ini adalah tohmahan palsu dan tidak berasas.

Lanjutan dari pendedahan kandungan affidavit tersebut, Karpal Singh terus mengecam Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana kenyataan yang palsu itu bertentangan dengan affidavit bersumpah pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Kamarul Zaman was in an authoritative position to make a sworn statement that the six were detained under EO for their alleged roles in Bersih 2.0 and not for activities related to communism, although the police grounds for the detention were baseless in the first place”. It reflects serious mala fides on the part of the police in relation to the arrest and detention of the PSM six under the EO,” 

Maka Karpal Singh mendesak agar Menteri Hishammuddin Hussein mengarahkan polis untuk menarik balik affidavit jawapan tersebut dan terus membebaskan PSM EO6 itu.

MP Rembau Kredit : BH Online

Pada hari ini juga, anehnya seorang Ahli Parlimen UMNO, MP Rembau, Khairy Jamaluddin, sendiri tidak setuju dengan naratif UMNO itu dan berkata bahawa Kerajaan telah disalahpandu untuk menbuat penahanan itu. Beliau berkata bahawa beliau sendiri menjadi saksi kepada perdebatan Dr Kumar dalam Parlimen, dan ianya bersifat intelektual dan tiada elemen subversif. Maka Khairy Jamaluddin berjanji akan membawa isu utk membebaskan EO6 kepada Najib Razak sebaik sahaja beliau balik dari luar negara.  

Timbalan Presiden Majlis Peguam Christopher Leong berkata dalam Forum EO6 yang diadakan bahawa “EO is another form of ISA political tool of the government, hence, if the government uses something that is under amendment, it will receive further criticism. I think by using the EO, the government is seen to pass the buck to the police by saying the detention was done by them, not by the government”

EO is another form of ISA political tool of the government, hence, if the government uses something that is under amendment, it will receive further criticism. I think by using the EO, the government is seen to pass the buck to the police by saying the detention was done by them, not by the government”

Kami juga menerima surat bantahan dari Belgian Section of the Committee for a Workers’ International, membantah penahanan PSM EO6 yang dihantar kepada Perdana Menteri Malaysia.

PSM juga dimaklumkan bahawa Sarasvathy telah dibawa ke Hospital kerana mengalami sakit dada. Saudara keluarga Sarasvathy menimbulkan rasa kekecewaan mereka terhadap polis kerana gagal memberikan maklumat yang jelas mengenai keadaan kesihatan Saras.

Video peguam Yudistra dan Edmond Bon yang failkan permohonan Harbeas Corpus di Mahkamah. Peguam yang dapat berjumpa dengan tahanan Sugumaran dan Sarasvathy membongkarkan pengalaman dan soalsiasat yang lalui oleh kedua-dua mereka itu.

Protes candle light vigil berterusan pada malam hari di Bukit Aman.

 

 

 

NGO2 wanita adakan sidang akhbar menuntut pembebasan PSM EO6.

 

 


Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di 👉 t.me/partisosialis