Siri 3 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10.

Pada 29hb Jun, PSM telah mencuba untuk membuat semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk membatalkan arahan reman seminggu kepada 30 aktivis PSM yang ditahan pada 25hb Jun, 2011 itu. Malangnya, Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan untuk mengekalkan tempoh reman tersebut tanpa pengurangan.

Pada hari yang sama kami menghantar surat ke Ibupejabat Polis Pulau Pinang

Suatu memorandum oleh organisasi sivil (NGO) Pulau Pinang juga dihantar kepada Ketua Polis Pulau Pinang. Delegasi ini diketuai oleh Datuk Toh Kin Woon, bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis