SOLIDARITI ADUAN POLIS- Bekas pekerja ladang Padang Meha, Kedah perlukan solidariti anda!

SOLIDARITI ADUAN POLIS- Bekas pekerja ladang Padang Meha, Kedah perlukan solidariti anda!

Bekas pekerja ini menghadapi pengusiran dan perobohon rumah. Aduan polis ini dibuat terhadap pihak pemaju iaitu Vintage Developers Sdn Bhd dan MBf Holdings yang terlibat dalam perobohan rumah-rumah bekas pekerja Ladang Padang Meha, Kedah pada 18/12/2023. Tindakan perobohan ini telah mengancam keselamatan dan kesihatan pekerja di sana. Oleh itu, kami berharap pihak polis bertindak dan membantu mereka.

  1. Anda boleh membuat aduan polis di kawasan berhampiran anda.
  2. Tolong ambil gambar anda semasa membuat atau selepas membuat aduan polis.
  3. Tolong hantarkan salinan aduan polis anda kepada Nalini di nombpr 01136535927.
  4. Sekiranya polis mahu ambil kenyataan (ini untuk kawasan luar dari Kulim) anda boleh katakan bahawa ini adalah aduan polis solidariti. Jika polis masih mahu ambil kenyataan boleh hubungi Nalini.
  5. Sila buat aduan polis ini sebelum hari Rabu, 11 Malam.