Siri 15 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah 
14 Julai 2011

14 Julai – PSM mengadakan sidang akhbar mendedahkan bagaimana Kerajaan merancang suatu konspirasi jahat terhadap tahanan EO6 dan PSM.  

Dalam sidang akhbar ini, kami membongkarkan soalan-soalan yang ditanya kepada 6 orang tahanan EO6 tersebut. Soalan-soalan tersebut lebih bertujuan memerangkap PSM seolah-olah kami bergerak sebagai agen Parti Komunis Malaya yang terbubar lama itu. Kami juga membongkarkan bagaimana beberapa soalan yang ditujukan kepada tahanan telah siap dengan jawapannya, membuktikan bahawa pihak polis sebenarnya bukan menyiasat tetapi ingin memerangkap kami dalam suatu konspirasi terancang. Polis benar-benar serius melaksanakan suatu konspirasi jahat terhadap PSM untuk menjustifikasikan penahanan ini.

Komrad–komrad yang dibebaskan pada 4  Julai 2011 lalu dari Kepala Batas juga tampil membuat laporan polis pengalaman mereka dalam tahanan. Soalan-soalan yang ditanya kepada mereka dan penderaan mental yang mereka lalui akibat agenda konspirasi ini terus dibongkarkan. Selepas himpunan BERSIH perjuangan kami bertukar lebih menyerang dan membongkarkan salahlaku dan konspirasi jahat ini oleh polis.

Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis

Siri 14 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 14 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah 
13 Julai 2011

13 Julai – Selepas aksi BERSIH pada 9 Julai 2011, desakan untuk membebaskan tahanan PSM EO6 bertambah kerana jelas sekali intimidasi pemerintah untuk menakutkan rakyat dengan tahanan tersebut dan pembohongan tuduhan yang dilemparkan gagal menghentikan himpunan Bersih 2011 yang berjaya itu.

Maka kenapa lagi mahu menahan mereka? BERSIH mengeluarkan kenyataan menuntut agar penahanan aktivis PSM dihentikan segera dan mereka dibebaskan.

“Rasa kesal ini juga turut dipanjangkan kepada keenam-enam ketua Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat. Berdasarkan laporan yang kami terima, layanan yang diberikan kepada mereka semasa berada dalam tahanan amatlah membimbangkan. Kami menyeru supaya mereka dibebaskan segera tanpa syarat.|”

Ahli Jawatankuasa Induk, (BERSIH 2.0) –Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

Dr. Nasir Pengerusi PSM juga merakamkan kerisauannya kerana Dr Kumar yang merupakan seorang pesakit jantung masih dalam tahanan bersama 5 aktivis PSM yang lain. Beliau membangkitkan peristiwa seorang aktivis yang bernama Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia semasa himpunan BERSIH disyaki kerana kekerasan yang digunakan oleh polis terhadap protestan.

Pada hari ini juga, satu lagi Memorandum kepada Ketua Polis mendesak pembebasan PSM EO6 bersama dengan kumpulan tandatangan. Protes harian pada malam berterusan dan semakin rancak di Bukit Aman.

Perkongsian Siri ini diakhiri dengan sajak yang dipena oleh adik Dr Kumar, Dr Prema Devaraj, yang dibacakan dalam protes candlelight vigil.

How can it be …
That rapists, murderers, drug dealers, child abductors and human traffickers
Can roam freely in the streets
Yet the PSM 6 remain in detention 

How can it be …
That fascist and racist politicians
Can continue to lie, incite, threaten and bully
Yet the PSM 6 remain in detention 

How can it be …
That unprincipled politicians, with no thought for the rakyat
Continue to plunder the country’s resources
Yet the PSM 6 remain in detention 

How can it be …
That the ridiculous claims of waging war against the King
Have come to naught
Yet the PSM 6 remain in detention 

How can it be …
That the real threats to national well-being
Still manoeuvre and plot in Putrajaya
Yet the PSM 6 remain in detention 

How can it be …
That the government of the day
Holds a seat on the Human Rights Council
Yet the PSM 6 remain in detention 

How can it be …
That while basic religious teachings promote
Service to others, help for the needy and a just world
Yet the PSM 6 remain in detention 

How can it be …
How can it be … 

Come the next General Elections, I know how I will vote. 

How will you? 

Prema Devaraj is an Aliran executive committee member

Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis

Siri 12 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011)– Ulangtahun ke-10

Siri 12 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011)– Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah
11 Julai 2011

11 Julai – Selepas kejayaan perhimpunan BERSIH yang signifikan, PSM melancarkan kempen membebaskan EO6 dengan lebih giat lagi. Hampir setiap hari selepas itu ada sahaja NGO ataupun cawangan-cawangan PSM dari seluruh negara yang menghantar petisyen menuntut pembebasan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara di Bukit Aman.

Pada hari ini juga, suatu kempen faks surat petisyen menuntut pembebasan dilancarkan kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin; Ketua Polis Ismail Omar; Perdana Menteri, Najib Razak pada dari tarikh 11 hingga 15 Julai, 2011. Pelbagai organisasi menyambut kempen ini dan menghantar faks ke pejabat-pejabat tersebut. Sokongan juga diterima dari organisasi luar Negara.  

 

Himpunan protes malam di Bukit Aman juga memperlihatkan penambahan dalam bilangan peserta, menghadiri candle light vigil. Polis mula merasa resah dengan kehadiran yang semakin bertambah mendesak pembebasan PSM EO6.

Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis

 

Siri 7 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah 
2 Julai 2021 (malam) 

Aktivis PSM 6 orang yang ditahan tersebut dibawa ke Bukit Aman pada hari yang sama. Pasukan peguam yang diketuai oleh Edmond Bon dan rakan-rakanya sudahpun berada di Bukit Aman memastikan jika sebenarnya keenam-enam aktivis PSM EO6 dibawa ke Bukit Aman. 

Lebih daripada 50 orang berkumpul untuk mengetahui apa yang telah berlaku kepada PSM EO6 yang telah ditahan dan sepatutnya dibawa ke Kuala Lumpur. Suaram juga menganjurkan suatu protes vigil candle light di Bukit Aman pada malam itu juga.

Rakan-rakan lain PSM masih berada di Penang, kerana 24 aktivis lain masih ditahan dan kita perlu memastikan bahawa mereka akan dibebaskan pada 4hb Julai, 2011 bila tamatnya tempoh reman.

Pada hari itu juga Suaram mengeluarkan kenyataan akhbar mengecam penahanan EO6 dan intimidasi berterusan pihak berkuasa.

Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis