PSM merupakan parti politik yang julung-julung menyuarakan menentang segala cubaan Kerajaan untuk menswastakan khidmat asas rakyat. Malaysia dibawah kepimpinan Perdana Menteri ke-4, Mahathir Mohamad telah menjadi pendokong ideologi yang dibawa Margaret Thatcher di Britian iaitu ideologi neoliberalisma. Thatcher membawa pandangan bahawa, tugas dan peranan Kerajaan harus dijadikan minima dan membiarkan pihak swasta memguruskan segala aspek ekonomi termasuk tanggungjawab menyediakan kemudahan khidmat asas kepada rakyat. Justeru itu kesemua khidmat asas seperti bekalan air, tenaga elektrik, pembetungan, lebuhraya , khidmat kesihatan , pendidikan dan sebagainya harus diswastakan .

Mahathir pula mencapai motifnya untuik membina sebuah kelas elit peniaga Melayu melalui fahaman neoliberlisme ini, apabila khidmat asas elektrik , air, komunikasi telekom , lebuhraya diswastakan golongan peniaga kaum Melayu, menjadikan mereka jutawan dengan serta merta.

PSM menentang dasar neoliberalisma ini, dan menuntut agar khidmat asas haruslah berada dikawalam Kerajaan, agar kosnya kepada rakyat dapat dikawal . Salah satu cubaan oleh Kerajaan untuk menswastakan khidmat Farmasi di Hospital –hospital Kerajaan dapat dihalang melalui kempen PSM dan protes di Kementerian Kesihatan di Putrajaya.

Kempen-kempen membantah penswastaan khidmat kesihatan digerakkan bersama Gabungan Membantah  Penswastaan  Khidmat Kesihatan ( GMPKK). Maklumat lanjut gabungan ini boleh dibaca di https://aliran.com/category/coalitions/coalition-against-health-care-privatisation/.

PSM juga menjadi pemangkin dan pengerak utama dalam Kesatuan Nasional Pekerja-Pekerja Pembersihan dan Sokongan Hospital . Para pekerja pembersih dan sokongan juga merupakan mangsa arus penswastaan sekitar tahun 1997, apabila kesemua khidmat pembersihan, kawalan keselamatan dan penyelengaraan di Hospital Kerajaan dan juga di sekolah-sekolah Kerajaan diswastakan kepada kontraktor-kontraktor kecil.