Pendidikan sebagai Hak - Parti Sosialis Malaysia

Polisi Pendidikan berpandang jauh dan adil

Pendidikan masih dianggap sebagai satu-satunya cara mencapai kejayaan ekonomik.

Tetapi dengan produktiviti serta penekanan terhadap robotik yang semakin meningkat, model sosio-ekonomi ini tidak mampan. Kita perlu bergerak terhadap suatu ekonomi yang dapat pastikan semua orang ada pekerjaan dengan mengurangkan jumlah masa yang seseorang itu bekerja dan keperluan asas seperti perumahan, kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan air disubsidi.

Dalam keadaan ini, pendidikan menjadi peluang membuka minda dan perkembangan potensi manusia yang lengkap. Kita ingin pendidikan rendah, menengah dan tertiari yang percuma bagi setiap warga Malaysia. Patutnya peluang untuk belajar harus wujud tanpa diskriminasi dalam pendaftaran kepada institusi pengajian tertiari. Selain membina sekolah kebangsaan mengguna bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sekolah mengguna bahasa ibunda untuk pelbagai kumpulan etnik perlu dibina dalam kemudahan berkongsi presint pendidikan untuk menggalakkan integrasi, memastikan peruntukan kewangan yang berpatutan dan melatih jumlah guru yang cukup untuk sekolah-sekolah ini.

Kami inginkan;

  1. Mempromosi pendidikan holistik berkualiti, peluang sama rata, kreativiti serta ilmu sains dan teknologi yang diperlukan untuk penyelidikan dan pembangunan;
  2. Pastikan pendidikan awam sekular dan bebas daripada campur tangan politik dan agama;
  3. Tiada diskriminasi dalam pendaftaran kepada institusi pendidikan tertiari awam. Lebih banyak pelaburan untuk membina serta mengembang universiti awam;
  4. Selain membina sekolah kebangsaan mengguna bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sekolah mengguna bahasa ibunda untuk pelbagai kumpulan etnik perlu dibina dalam kemudahan berkongsi presint pendidikan untuk menggalakkan integrasi, memastikan peruntukan kewangan yang berpatutan dan melatih jumlah guru yang cukup untuk sekolah-sekolah ini;
  5. Pendidikan rendah, menengah dan tertiari yang percuma untuk semua warga Malaysia;
  6. Kebebasan akademik untuk universiti, bebas daripada campur tangan kerajaan;
  7. Menyepadukan seni, muzik dan teater dalam silibus sekolah rendah dan memengah;
  8. Mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan untuk latihan vokasional dan perantisan yang disesuaikan untuk ekonomi hijau dan kreatif pada masa hadapan;
  9. Menghapuskan ‘sekolah elit’ dan polisi pembiayaan yang mendiskriminasi – semua sekolah kebangsaan perlu dibiayai secara sama rata dengan insentif untuk guru yang baik mengajar di sekolah berprestasi rendah dan sekolah luar bandar;
  10. Semua sekolah kebangsaan, bukan sahaja sesetengah sekolah berprestij, patut disediakan kemudahan sukan dan seni untuk menggalakkan kecemerlangan atletik dan kebudayaan;
  11. Pelaburan dan insentif sosial yang lebih tinggi untuk gaji guru-guru dan kepuasan dalam kerja, untuk transformasikan pekerjaan ini kepada yang amat dihormati dan kerjaya yang dikehendaki untuk golongan muda yang berkebolehan tinggi.