Teguh bersolidariti bukan mendiskriminasi

Teguh bersolidariti bukan mendiskriminasi

(Daripada Sosialis.Net)

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan yang menghakimi Seksyen 28 di bawah Enakmen Syariah Negeri Selangor berkenaan kesalahan melakukan persetubuhan di luar tabii adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 28 telah digunakan sebagai satu alat yang menindas dan untuk menjenayahkan orientasi seksual komuniti LGBT di Malaysia oleh pihak kerajaan negeri.

PSM bangga dengan perjuangan komuniti LGBT Malaysia dalam mendapatkan hak asasi mereka untuk tidak dihukum hanyalah kerana perbezaan seksualiti dan gender. Perjuangan komuniti LGBT sekaligus akan memastikan wujudnya kesaksamaan hak asasi, keadilan dan kebebasan kepada semua rakyat Malaysia yang sepatutnya hidup di dalam negara yang merdeka.

Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut telah mengingatkan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang kita, untuk menghentikan penjenayahan dan menghapuskan diskriminasi terhadap masyarakat LGBT. PSM ingin mengingatkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berperlembagaan, dan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai orang yang berbagai budaya, agama, seksualiti dan jantina.

Apa-apa tindakan atau undang-undang yang sedia ada tidak boleh mendiskriminasi ataupun menindas sesiapapun. Undang-undang tidak kira Syariah ataupun Sivil perlulah melindungi hak ekpresi orientasi seksual. Perjuangan komuniti LGBT di Malaysia untuk kesaksamaan hak asasi dan penerimaan masih jauh, namun sokongan PSM tetap teguh dan kami akan terus bersolidariti bersama komuniti LGBT.

Biro Gender
Parti Sosialis Malaysia

Jangan tunggu lagi, bertindak sekarang juga

Jangan tunggu lagi, bertindak sekarang juga

(Kenyataan PSM bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2021)
oleh Chong Yee Shan

Sudah pun setahun sejak Perikatan Nasional (PN) menubuhkan kerajaan. Di bawah pentadbiran PN, kita menyaksikan beberapa kementerian gagal dalam menyediakan dasar-dasar yang bersesuaian dan penguatkuasaan undang-undang dalam banyak isu, khususnya berkaitan dengan gender. Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa, Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin menyeru, “Jangan tunggu lagi, bertindak sekarang juga!”

PSM mengemukakan cadangan-cadangan yang berikut:

Gubal Akta Gangguan Seksual

Dengan kesedaran masyarakat yang semakin meningkat mengenai gangguan seksual, sama ada secara lisan, visual, fizikal ataupun dikomunikasikan melalui penulisan atau secara elektronik, undang-undang dan dasar-dasar yang wujud sekarang ini untuk melindungi wanita dan golongan minoriti seksual adalah tidak mencukupi. Peruntukan undang-undang mengenai gangguan seksual yang sedia ada, seperti yang terkandung dalam Akta Pekerjaan, tidak dikuatkuasakan dengan baik dan gagal mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat untuk wanita dan golongan minoriti yang lain. Oleh itu, adalah penting untuk menyediakan latihan yang lebih sensitif-gender bagi semua pihak berkuasa, pihak berkepentingan dan pengamal perubatan supaya memastikan penguatkuasaan yang tegas dengan mensasarkan sistem patriarki dan kesannya ke atas kedua-dua lelaki dan wanita. Hakikat mengenai pemeliharaan kekuasaan dan keistimewaan oleh kumpulan dominan perlu diketengahkan supaya wujudnya kerjasama antara kuasa-kuasa untuk menghapuskan sistem yang membiak ketidaksamarataan gender. Akta Gangguan Seksual adalah diperlukan untuk melindungi semua gender dan minoriti seksual di samping memastikan kebertanggungjawaban pihak-pihak yang berkenaan.

Hapuskan perkahwinan kanak-kanak

Kajian menunjukkan bahawa perkahwinan kanak-kanak berkaitan rapat dengan kemiskinan dan paling biasa berlaku di negara-negara termiskin di dunia. Walaupun negara Malaysia merupakan sebuah negara sedang membangun, kewujudan perkahwinan kanak-kanak menunjukkan kekurangan perhatian yang diberikan kepada kesan status sosio-ekonomi yang rendah terhadap isu-isu sosial. Kekurangan pendidikan seks, kekurangan kesedaran kanak-kanak dalam memberi persetujuan dan tanggapan tertentu dalam sesuatu sistem kebudayaan, merupakan sebahagian daripada contoh yang menyebabkan isu perkahwinan kanak-kanak masih wujud dan tertanam kuat dalam jurang perbezaan tahap sosio-ekonomi yang lebar. Apabila sumber kewangan adalah terhad dalam sesebuah keluarga, perkahwinan kanak-kanak dianggap sebagai satu cara untuk anak perempuan dijaga oleh sebuah keluarga yang lain. Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa perempuan yang berkahwin muda adalah lebih cenderung menjadi miskin dan kekal berstatus rendah, khususnya apabila terpaksa mengekalkan peranan gender yang tradisional. Negara Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), yang bertujuan untuk melindungi kanak-kanak dan kanak-kanak perempuan daripada perkahwinan kanak-kanak. Kerajaan harus membangunkan dasar-dasar di Malaysia untuk mematuhi garis panduan CEDAW dan CRC.

Pendapatan Asas Sejagat (UBI)

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada ramai wanita B40, khususnya ibu-ibu tunggal yang merupakan pencari nafkah tunggal dalam keluarga. Kekurangan sokongan kerajaan ditunjukkan dalam kisah-kisah ramai orang yang menghadapi kesusahan kerana kehilangan punca pendapatan.

Kerajaan PN telah membelanjakan wang dalam usaha untuk merangsang ekonomi. Namun, masih kurangnya perhatian kepada golongan yang terkesan teruk secara ekonomi. Isu ini dapat ditangani dengan respon kerajaan yang menyediakan skim Pendapatan Asas Sejagat (UBI) yang diubahsuai kepada sesiapa yang tidak mempunyai punca pendapatan pada masa kini. Ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap orang di dalam negara kita dapat memperoleh makanan asas dan semua keperluan asas. Wanita dan kanak-kanak perempuan juga harus dilibatkan dalam sebarang proses membuat keputusan berkenaan dengan semua dasar ekonomi pada masa hadapan. Dalam jangka masa panjang, kerajaan harus membawa perubahan transformatif berkenaan dengan kerja penjagaan, berbayar dan tanpa bayaran. Tambahan pula, kerajaan harus memberi tumpuan kepada wanita dan kanak-kanak perempuan semasa menangani kesan sosio-ekonomi dengan lensa gender supaya golongan wanita dapat mencapai kesamarataan dan perlindungan sosial yang lebih besar.

Hak asasi manusia bagi golongan LGBTQI

Diskriminasi, pencabulan dan pemburuan sihir terhadap golongan LGBTQI sudah menjadi semakin serius di Malaysia. Pendirian kerajaan yang anti-LGBTQI ditunjukkan dalam tindakan ahli-ahli politik mengkambinghitamkan golongan LGBTQI, kerajaan yang nampaknya longgar membiarkan kumpulan-kumpulan konservatif untuk terus menggunakan bahasa dan tindakan yang anti-LGBTQI, secara langsungnya menyebabkan peningkatan dalam pencabulan dan pengucapan kebencian terhadap golongan LGBTQI.

Dalam setahun yang lepas, pemburuan sihir terhadap komuniti LGBTQI daripada beberapa pelaku dan pihak berkuasa telah meningkat. Komuniti LGBTQI hidup dalam ketakutan, dan mereka terbiar dalam situasi yang sangat terdedah kepada ancaman. Kerajaan harus menjadi teladan, dengan menghentikan segala bentuk pengucapan kebencian dan tindakan yang mensasarkan golongan LGBTQI, di samping segera mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi sesiapa yang diancam.

Sudah terlalu lama wanita diabaikan, dan mereka yang berkuasa, yang kebanyakannya golongan lelaki, enggan melihat isu-isu dengan menggunakan lensa gender. Kami berharap bahawa perjuangan wanita untuk kesamarataan telah mencetuskan kesedaran rakyat untuk membina sebuah gerakan menuju kesamarataan gender yang lebih besar dan menghentikan stereotaip gender, seksisme serta sistem patriarki. Kita harus berjuang untuk memadamkan peranan gender tradisional daripada pandangan kerajaan negara terhadap masyarakat. Ini bukan lagi abad ke-18 untuk golongan lelaki menikmati “keistimewaan” patriarki. Ini masanya untuk berkongsi secara bersama tanggungjawab penjagaan anak dan keluarga.

==========

Chong Yee Shan ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Penyelaras Biro Gender PSM.

Konvoi kereta PSM sempena Hari Wanita Antarabangsa
Jangan tunggu lagi, bertindak sekarang juga!
Kenyataan Bersama: Solidariti bersama 1,086 #Demi1086

Kenyataan Bersama: Solidariti bersama 1,086 #Demi1086

 

1,086 kasut dan selipar. Banyak compang-camping dan koyak

Mewakili 1,086 orang Myanmar yang dicekup jauh dari kehidupan yang mereka bina untuk diri mereka di Malaysia.

ChallengerMalaysia, MISI: Solidariti, Pemuda Sosialis dengan sokongan pelbagai NGO lain bersolidariti dengan 1,086 warga Myanmar yang dihantar pulang ke Myanmar pada 23 Februari 2021, dan secara tegas mengutuk tindakan Jabatan Imigresen Malaysia atas tindakan tersebut. Penghantaran ini tetap diteruskan walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan penangguhan pelaksanaan bagi penghantaran warga-warga Myanmar pada pagi 23hb tersebut. Perbuatan ini juga tidak selari dengan prinsip non-refoulement dalam undang-undang antarabangsa.

Pada hari ini, 5 Mac 2021, organisasi yang disenaraikan di atas telah berkumpul di sini di Tasik Taman Jaya untuk meletakkan 1,086 pasang kasut ini bagi menggambarkan betapa ramai orang – lelaki, wanita, dan juga kanak-kanak di kalangan mereka seperti dilaporkan oleh Amnesty International Malaysia – mungkin telah dibinasakan oleh kerajaan Malaysia, ramai yang meninggalkan Myanmar dalam usaha mencari kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri dan keluarga mereka.

Semua nyawa ini tidak boleh dikurangkan semata-mata kepada angka, hingga terputus dari realiti, jadi kita mesti melihat ruang yang mereka mungkin berdiri sekiranya mereka di sini. Walau bagaimanapun, ini tidak dapat menangkap imej kemanusiaan individu-individu ini; kasut-kasut ini tidak boleh menggambarkan siapa mereka sebagai seorang manusia: harapan mereka, impian mereka dan aspirasi mereka yang dimiliki oleh semua individu.

Menurut laporan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), terdapat pemohon suaka dalam kumpulan tersebut yang melarikan diri daripada kezaliman dan penindasan oleh kerajaan yang ingin melaksanakan dasar pembersihan etnik di Myanmar – suatu fakta yang dinafikan secara eksplisit oleh Jabatan Imigresen apabila mereka menyatakan bahawa pemohon suaka tidak tergolong dalam 1,086 orang yang dihantar pulang. Namun begitu, pihak berkuasa Malaysia tetap menghantar mereka pulang dalam apa yang hanya boleh digambarkan sebagai tindakan xenofobia yang tidak terkawal.

Dalam semangat memperjuangkan maruah dan hak asasi manusia, kami menyenaraikan empat tuntutan:

  • Tidak berkoperasi dengan kerajaan Tamatdaw
    • Kerajaan Tamatdaw yang mengawal Myanmar kini berada di kerusi kuasa tanpa pilihan yang demokratik dengan menggunakan kekerasan. Kerajaan tersebut mengekalkan kuasa mereka melalui cara autoritarian yang melibatkan keganasan dan membawa maut. Malaysia tidak patut dilihat mengiktiraf kerajaan ini – dalam perjanjian bilateral atau kerjasama dalam sebarang bentuk- yang menunjukkan sokongan terhadap kerajaan Tamatdaw
  • Akses terbuka ke pusat tahanan imigresen diberikan kepada Suruhanjaya Tinggi Pelarian Bangsa-Bangsa bersatu (UNHCR).
    • Kerajaan mesti membenarkan UNHCR mengakses pusat tahanan imigresen, untuk memastikan golongan yang ditahan yang terdedah secara khusus kerana status mereka sebagai minoriti yang dianiaya dan memberikan mereka perlindungan yang sepatutnya diberi di bawah hak manusia antarabangsa.
  • Moratorium bagi penghantaran pulang, tamatkan penahanan migran yang arbitrari dan tidak menentu.
    • Migran hendaklah dilindungi daripada serbuan tanpa sebab, penangkapan, dan penahanan hanya atas dasar status imigresen mereka. Amalan ini bukan sahaja tidak berperikemanusiaan, malah menceroboh hak mereka sebagai individu, serta mengakibatkan mereka untuk hidup sengsara dan menahan penderaan secara fizikal dan/atau lisan.
    • Sebagai lanjutan perkara di atas, kami menegaskan tuntutan agar mahkamah Malaysia memulakan semakan kehakiman terhadap kerajaan, Ketua Pengarah Imigresen Dzaimee Daud, dan Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri atas dasar peranan mereka dalam tindakan hantar pulang ini, semasa perbicaraan yang akan berlangsung pada 9 Mac 2021.
  • Ketelusan penuh daripada Jabatan Imigresen Malaysia
    • Jabatan Imigresen mesti mengeluarkan data mengenai penahanan migran secara awam dan mudah diakses – termasuk tetapi tidak terhad kepada bilangan tahanan, diasingkan oleh jantina, kumpulan umur, dan kewarganegaraan; status pelarian; lokasi tempat di mana tahanan ditahan; tempoh masa tahanan yang dilaksanakan; sebab-sebab pelanjutan tahanan dan sebagainya.
    • Kami juga menuntut penjelasan daripada Jabatan Imigresen mengenai alasan di mana pemindahan migran dijalankan pada 23 Februari melanggar perintah mahkamah; mengapa baki 114 warga Myanmar tidak dihantar pulang, serta status semasa mereka.

Akhir kata, kami yang bersama-sama menandatangani, membangkang tindakan menghantar pulang warga Myanmar, dan menegaskan bahawa jenayah terhadap kemanusiaan ini tidak boleh diabaikan dan dilepas pandang begitu sahaja. Kita tidak boleh mengembalikan 1,086 orang, tetapi kami bertekad dan berazam untuk memastikan sejarah kezaliman ini tidak berulang lagi.

#MigranJugaManusia

Ditandatangani oleh:
Challenger Malaysia
MISI: Solidariti
Pemuda Sosialis
Demokrat Kebangsaan
Suaram
North South Initiative
Parti Sosialis Malaysia
Refuge for the Refugees
Beyond Borders
Tenaganita
Liberasi
Al-Hasan Volunteer Network

Jangan biar Lynas jadikan Malaysia tong sampahnya

Jangan biar Lynas jadikan Malaysia tong sampahnya

Kerajaan Pakatan Harapan tidak patut membiarkan syarikat Lynas menjadikan Malaysia sebagai ‘tong sampah’ dengan membenarkan penyimpanan bahan-bahan buangan radioaktif dan kimia yang dikeluarkannya di Malaysia. Begitu seruan Sharan Raj, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Penyelaras Biro Alam Sekitar PSM, dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada 11 Ogos 2019.

Kerajaan Australia telah menggunakan Konvensyen Basel untuk menghalang pemgimportan sisa radioaktif Lynas bali ke Australia Barat, iaitu tempat asalnya bahan mentah yang dibawa ke kilang Lynas di Malaysia. Setakat bulan Disember lalu, terdapat sebanyak 451,564 tan metrik sisa water leach purification (WLP) dan 1.113 juta tan metrik sisa neutralization underflow (NUF) sudah terkumpul di kilang Lynas di Gebeng, Pahang. Dijangkakan bahawa kilang lynas akan mengeluarkan lebih 1.5 juta tan WLP dan 3.7 juta tan NUF pada tahun 2032.

Sharan Raj berkata, “Jelasnya sekali Lynas sedang menganggap Malaysia seperti ‘tong sampah’ untuknya dengan meninggalkan sisa-sisa buangan mereka kepada generasi kita akan datang untuk dibimbangkan. Australia telah menolak untuk menerima sisa Lynas walaupun ia mempunyai keluasan padang pasir yang ke-4 besar di dunia. Malaysia akan dibiarkan untuk menangani 5.2 juta tan sisa radioaktif dan kimia sementara pemegang saham Lynas terus menikmati keuntungan.”

“Lynas telah membuat propaganda yang hebat untuk cuba menyakinkan rakyat bahawa sisa-sisa buangannya boleh dikomersialkan. Menggunakan sisa-sisa buangan sebagai baja telah membawa kepada peningkatan kandungan logam berat dalam hasil tanaman. Eksperimen demi eksperimen untuk mengeluarkan thorium daripada WLP telah gagal dan menjadikan upcycling WLP itu mustahil,” ulas Sharan Raj.

“Ketika kemuncak isu sampah plastik, Yeo Bee Yin selaku Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim membuat sidang akhbar yang penuh dramatik dengan mengatakan pengimport plastik sebagai pengkhianat. Pakatan Harapan akan melakukan ‘pengkhianatan pada tahap tertinggi’ dengan membenarkan 5.2 tan sisa radioaktif dan kimia disimpan di Malaysia,” tambah Sharan Raj.

PSM menggesa Kerajaan Pakatan Harapan supaya tidak memperbaharukan kebenaran untuk Lynas terus beroperasi sehingga Lynas menghantar balik semua sisanya ke Australia. Faksiliti Pembuangan Kekal untuk sisa Lynas terlalu berisiko tinggi kerana sekiranya berlaku bencana alam yang merosakkan faksiliti ini boleh mengundang akibat yang lebih teruk daripada kesan pencemaran di Pasir Gudang.

An Open Letter to Tun Dr Mahathir on MySalam

An Open Letter to Tun Dr Mahathir on MySalam

Dear Tun Dr Mahathir,

Three weeks ago, a 48 year old lorry driver with stage 4 cancer of the colon came to see me as he was in financial distress. He had been the sole breadwinner and family finances were deeply in the red ever since his diagnosis about 2 months ago. As he was a BRIM recipient in 2018, I downloaded the application forms for MySalam and filled them for him (as I had made the clinical diagnosis of Ca Colon with obstruction before referring him to Ipoh GH. Applying to the GH to fill up the forms would have taken another 6 to 8 weeks). The reply from MySalam whatsapped to him after a week was – . . dukacita dimaklumkan bahawa tuntutan penyakit kritikal anda telah ditolak disebabkan: Kemasukan hospital bukan kerajaan. Salah satu syarat tuntutan adalah penyakit mestilah didiagnos di hospital kerajaan . . .

This Tun, is the DNA of insurance companies – deny liability first and try and turn people off. This could be one of the reasons that as of 22/7/2019 just over RM 1 million had been paid out under the MySalam Scheme – comprising 108 approved claims for critical illnesses (RM 864,000) and 941 approved claims for hospitalization (RM50 per day for a maximum of 14 days). These figures are from the Ministry of Finance.

Tun, we paid Great Eastern RM 400 million to cover the B40 population for a year. Looks like Great Eastern will pay out less than RM 3 million for this year! Clearly the rakyat are not getting our money’s worth.

This is precisely why the PSM wrote to YB Lim Guan Eng in November 2018, and again in January 2019 urging him to consult other parties, do a proper actuarial study and consider other alternatives such as using Great Eastern’s payment of RM 2 billion to defray the co-payments required of patients going to government hospitals. However YB Lim, in his wisdom, didn’t engage us – didn’t even get one of his staff to meet up with us to get our views. That was when we sent a Memorandum endorsed by 40 organisations to you (20/3/2019), reiterating the same points.

Well Tun, the performance of MySalam over the past 6 months shows that the largest beneficiary is Great Eastern itself which received a payment of RM 400 million for insurance cover for the B40 population for 2019, but will likely only pay out RM 3 million or so to the Malaysian public for 2019.

We would like to urge you to set up an independent committee to look into the MySalam scheme and if necessary call it off, and channel the RM 2 billion to the Ministry of Health to help patients with their co-payments required of them in Government Hospitals. Getting the opinions of the MMA, the MOH and citizen groups working on health related issues would be a good idea too.

Thank you.

Sincerely,

Jeyakumar Devaraj,

Chairperson, Socialist Party of Malaysia (PSM)

2/8/2019

How FAMA Can Help Rubber Tappers In Difficult Times.

How FAMA Can Help Rubber Tappers In Difficult Times.

(News excerpt from Free Malaysia Today. Article by Minderjeet Kaur. News link)

PETALING JAYA: The Federal Agricultural Marketing Authority (Fama) can play a role in helping rubber tappers who are going through rough times due to low prices of rubber, says a Parti Sosialis Malaysia leader.

Dr Michael Jeyakumar Devaraj said rubber tappers should be encouraged to rear cattle and goats and plant fruit trees, and Fama could then buy the milk, mutton and fruits under a forward contract with tappers.

“Fama can enter into a contract with rubber tappers to buy certain amount of fruits at a specific rate in the future,” he told FMT.

He said Fama can also gauge the market and advise them accordingly.

                                                                                (Picture courtesy of Bernama)

“If Fama feels there are too many rambutans, then they can ask the smallholders to plant mangosteen, for instance.”

These products could then be processed, dried, turned into syrup or juice and marketed worldwide, he said.

But for this to happen, Jeyakumar said Fama needed an effective marketing team to sell the products globally.

Fama could also buy diary milk and mutton from them, he said, adding that only 15% of milk and 20% of mutton was produced locally.

“This way we increase the local production while helping our rubber tappers,” he added.

There were about 200,000 to 300,000 rubber tappers with 3 to 5 acres of rubber trees, he said, adding that some of them earned only about RM1,000 a month.

He said some tappers were keen on planting fruit trees to earn a side income.

Some had tried, as previously suggested by the government, to plant langsat or duku.

“But these fruits are seasonal fruits and produce yield at the same time, causing fruits to go bad without proper buyers,” he said.

With a “forward contract”, the tappers would know that a certain amount of their yield could be sold to Fama. This way they could also plan their future yields, he said.

 

Kerja Ringan “Light Duty” Tidak Ada Dalam Istilah Majikan. Kisah Kemenangan Seorang Pekerja Pencinta Haiwan

Kerja Ringan “Light Duty” Tidak Ada Dalam Istilah Majikan. Kisah Kemenangan Seorang Pekerja Pencinta Haiwan

Umachandran vs Sanifix(M) Sdn. Bhd.

Saya perintah Sanifix(m) Sdn. Bhd. bayar kepada pengadu Umachandran a/l Vadiveloo sejumlah wang sebanyak RM 33, 163.45 sebagai penyelesaian penuh dan muktamat bagi tuntutan Gaji ganti Notis sebanyak RM 3,500 dan faedah penamatan kerja (14 tahun dan 9 bulan) sebanyak RM 30,063.45 dalam 30 hari dari tarikh perintah ini. Bertarikh 12 Oktober 2018 – Nor Fathiyah Binti Mohd Yassin – Pejabat Tenaga Kerja Bangi.

1. Light Duty – Tiada dalam istilah majikan

Kita sering dengar apabila seorang pekerja mengalami satu kemalangan Industri ataupun satu kemalangan dan apabila Doktor yang memeriksanya berkata bahawa beliau hanya boleh membuat kerja ringan – apakah ini bermaksud?. Bagi seorang Doktor, ia bererti atas sebab kesihatan, pekerja tersebut tidak boleh menjalankan tugasan biasanya dan perlu diberikan tugasan yang lebih ringan. Bagi pihak Perkeso (SOCSO) pula, ini bererti pekerja tersebut bukan ilat dan masih boleh menjalankan tugas. Tetapi apakah istilah ini kepada seorang majikan? Dalam banyak kes yang kita kendalikan, apabila seorang pekerja diminta diberikan kerja ringan maka alamatnya adalah beliau akan dipaksa oleh majikan samada meletak jawatan kerana tiada lagi kerja ringan, dipaksa membuat kerja yang sedia ada atau beliau akan dihentikan kerja. Itulah harga dan nilai seorang pekerja yang sakit atau menjadi kurang upaya !

Kaum pekerja sering serba salah dan ada yang merasakan badan mereka tidak lagi boleh digunakan untuk bekerja dan maka mereka akan menerima alasan majikan dan berhenti kerja sebagai takdir. Ini sebenarnya bukan satu penyelesaian yang terbaik kepada pekerja tersebut kerana beliau masih mempunyai pelbagai tanggungjawab dan hutang yang lain. Solusi terbaik adalah apabila seorang pekerja sakit atau menjadi seorang kurang upaya kerana kemalangan atau sebab kesihatan, maka adalah tanggungjawab Majikan dan juga sistem yang kita ada untuk membantu beliau menghadapi situasi ini. Sistem kita seharusnya mengujudkan masyarakat prihatin,  penyayang dan berdikari. Kita sering dengar, pelbagai syarikat Koperat memderma wang atau buat CSR apabila membantu mangsa trajedi gempabumi, perang dan sebagainya di luar negara. Ini harus digalakkan tetapi tanggungjawab mereka kepada para pekerja mereka sendiri harus menjadi tanggungjawab dan kebajikan mereka.

2. Umachandran – Pekerja yang kerap kemalangan di tempat kerja

Umachandran hari ini berumur 54 tahun. Beliau adalah seorang pekerja yang rajin dan suka bekerja. Apa yang membingungkan fikiran saya ialah kekerapan beliau mengalami kemalangan tempat kerja dan semangat beliau untuk terus bekerja setiap kali sembuh dari satu kemalangan. Dalam sepuluh tahun yang lalu, beliau telah mengalami empat kemalangan di tempat kerja iaitu pada tahun 2009, 2011, 2015 dan yang terakhir tahun lalu 2017

Pada tahun 2009, beliau mengalami kemalangan motosikal apabila membuat satu kerja untuk majikannya membawa pam meter ke tempat kerjanya. Masa itu umurnya 43 tahun. Kemalangan ini menyebabkan kaki kirinya cedera dan beliau juga mengalami masalah membuang air kecil. Beliau diberikan cuti hampir satu setengah bulan dan kemudiannya diberikan sijil kerja ringan selama 3 minggu. Namun tiada kerja ringan dan beliau terus bekerja kerja yang diberikan.

Dua tahun kemudiannya pada 16 April 2011, beliau mengalami satu lagi kemalangan industria apabila jatuh dari lori semasa memindahkan barang. Lutut dan bahu kirinya cedera. Dada kananya juga sakit dan beliau mengalami masalah berjalan. Beliau diberikan cuti satu bulan dan keluar dari hospital dengan memakai clutchers atau topang ketiak. Setiap kali beliau keluar dari rawatan atau hospital, majikan akan memberitahu akan memberikan kerja ringan tetapi ini tidak pernah berlaku.  

Empat tahun selepas itu, trajedi melanda lagi. Pada 10hb. Oktober 2015, beliau sekali lagi cedera apabila objek jatuh dari forklift dan terjatih keatas kakinya. Ini menyebabkan kecederaan serius dan beliau dirawat selama 8 bulan.

Beliau menghadapi kemalangan beliau yang keempat pada 25.2.2017 iaitu satu lagi kemalangan industri di tempat kerja semasa menjalankan tugas. Akibat kemalangan terkini, beliau telah dimasukkan dalam hospital kerana kakinya mengalami kecederaan teruk. Setelah pihak klinik panel tidak boleh handle masalah beliau, maka beliau telah dimasukkan ke hospital Pantai Kuala Lumpur pada 27.2.2017 dan berada di di hospital sehingga 30.4.2017.

Saya bertanya kepadanya, mengapa kamu terus hendak kerja di tempat itu? Mengapa tak henti sahaja kerja? Mengapa tak cari kerja yang lebih selamat?

3. Terpaksa kerja untuk menjaga haiwan peliharan

Setiap kali beliau mengalami kemalangan, maka beliau akan kembali untuk bekerja. Maka beliau mengatakan bahawa beliau terpaksa bekerja untuk menjaga anak-anaknya. Tetapi beliau setahu saya tidak mempunyai anak. Maka diceritakan bahawa beliau membela 53 ekor kucing dan 9 ekor anjing. Ini adalah angka masa kini dan beliau mengatakan pernah memiliki 80 ekor kucing pada satu masa. Kesemua binatang ini adalah haiwan-haiwan yang terbiar dimana beliau dan isterinya Kalaichelvi menggunakan masa mereka untuk menjaga dan memberikan perlindungan kepada haiwan-haiwan ini yang mereka katakan kesian dan seperti anak mereka jugak. Mereka membelanjakan lebih seribu ringgit setiap bulan untuk kos memberi makanan untuk menjaga haiwan-haiwan peliharan ini.

Pada tahun 2017 semasa beliau mengalami kemalangan industri beliau yang keempat dalam 10 tahun, umurnya adalah 53 tahun. Beliau bekerja sebagai pemandu lori kepada syarikat bernama SANIFIX (M) SDN BHD sejak tahun Julai 2002. Walaupun kerjanya pemandu lori, beliau dikehendali membuat pelbagai kerja lain seperti mengangkut barang dan memindahkan barang. Beliau telah bekerja di syarikat ini selama 15 tahun dan langsung tidak mempunyai sebarang masalah disiplin terhadapnya. Pada awalnya semasa beliau mula bekerja, gajinya hanyalah RM 1,300 tetapi setelah bekerja lebih sepuluh tahun, gajinya mula naik sehingga RM 3300 termasuk elauns makanan dan  “Punctuality”.

4. Kerja Ringan dan Tuntutan SOCSO

Selepas kemalangan keempat pada 2017 dan  semasa Uma berada dalam cuti sakit, Majikan beliau telah bertanya mengenai keadaannya kepada pihak hospital dan dimaklumkan melalui surat bertarikh 19 April 2017 dimana pihak hospital  memberitahu bahawa Umachandran tidak boleh membuat kerja berat atau memandu kenderaan berat selepas ini.

Setelah habis cuti sakit, Umachandran seperti lazimnya telah balik berjumpa dengan Majikannya Encik Gerry Chin dan memaklumkan bahawa Doktor telah menasihatinya untuk diberikan “light duty” dan beliau sedia untuk bekerja.

Namun Majikanya Gerry Chin telah menyatakan bahawa dia tidak dapat menawarkan apa-apa “light duty” dan suruh beliau untuk menunggu sahaja sehingga satu penyelesaian boleh dicari untuk masalah ini. Pada masa yang sama, Majikan juga telah berkata akan membantunya untuk mendapat Pencen Ilat dari Perkeso supaya beliau tidak perlu lagi bekerja.

Beliau telah membuat beberapa perjumpaan dan niat beliau adalah mahu terus bekerja. Selain itu, ini bukan kali pertama belaiu mengalami kemalangan industri. Namun kali ini, majikan memberi pelbagai cadangan lain kecuali memberikan kerja ringan. Ada cadangan majikan seperti duduk dalam kerusi  roda dan cari makan.

Sedihnya Majikan tidak menawarkan kerja ringan seperti yang diminta Doktor manakala permohonan beliau untuk Pencen Ilat pada masa itu pula telah ditolak oleh PERKESO kerana PERKESO berpendirian beliau masih boleh buat kerja ringan. Namun kini kaki kirinya semakin serius setelah beberapa siri kemalangan di kaki kirinya. Beliau tidak lagi boleh berjalan tanpa bantuan alat. Beliau pula masih menerima rawatan Orthopedik dan fisioterapi dari Hospital Kuala Lumpur. Beliau juga mula mengalami masalah darah tinggi yang tidak stabil  dan ditambah pula dengan masalah ulser perut.

Maka kehidupannya menjadi semakin tertekan. Tiada kerja dan tiada duit dari SOCSO. Beliau tidak dapat membuat bayaran ansuran rumah dan terpaksa pergi kepada AKPK. Pelbagai hutang memburu beliau – hutang rumah, hutang kad kredit dan pinjaman lain. Selain itu, beliau mempunyai puluhan mulut untuk diberi makan. Apabila pergi ke AKPK, beliau di tanya status pekerjaannya dimana Umachandran memberitahu keadaan terumbang ambingnya. Maka ada kawan disana yang menasihatkannya untuk pergi ke Jabatan Tenaga Kerja untuk mengetahui status pekerjaannya memandangkan beliau tidak pernah dibuang kerja tetapi pada masa yang sama tidak juga diberikan kerja. Adakah beliau telah dibuang kerja?

5. Membuat Aduan di Jabatan Tenaga Kerja

Maka setelah tujuh bulan tanpa gaji, Umachandran telah pergi ke Jabatan Tenaga Kerja pada 12-12-2017. Disana apabila Pegawai JTK bertanya kepada Majikannya, maka mereka memberitahu bahawa beliau telah ditamatkan pekerjaannya. Maka Pegawai JTK meminta untuk notis pemberhentian kerja kerana itulah bukti sah seorang pekerja dibuang kerja.

Susulan daripada aduan tersebut, JTK Bangi telah memanggil satu perbincangan antara beliau dengan Majikannya. Dalam mesyuarat itu, sekali lagi Encik Gerry Chin telah memaklumkan bahawa dia tidak boleh menawarkan apa-apa “light duty”. Dalam mesyuarat tersebut, Uma terus mengatakan bahawa beliau tidak diberikan notis berhenti kerja tetapi disuruh untuk menunggu sahaja.

Sejurus selepas rundingan ini, maka beliau mendapat satu surat berhenti kerja bertarikh 12hb. Januari 2018 bertajuk Termination of employment –absence from work without notification. Surat itu mendakwa beliau dihentikan kerja kerana tidak hadir ke kerja sejak 2hb. Mei 2017 dan tidak Uma gagal memaklumkan kepada majikannya.

Umachandran amat terkejut dengan alasan dalam surat ini. Beliau kemudian datang ke Pejabat PSM Semenyih bersama isterinya. Maka kami berbincang bagaimana untuk menuntut keadilan untuknya. Mendengar ceritanya, kami sudah pasti bahawa ini adalah kes kemangsaan pekerja dan pembuangan kerja yang tidak sah. Kami menasihatkan beliau samada hendak menuntut untuk pampasan dibawah Jabatan Tenaga Kerja atau menuntut untuk pekerjaan semula dibawah Akta Perhubungan Perusahaan. Umachandran mengambil posisi untuk memilih pilihan menuntut pampasan kerana sudah berasa tidak lagi boleh bekerja dengan majikan yang sedia ada kerana keengganan memberikan  kerja ringan dan yang lebih menyedihkan adalah menipu dalam surat pemberhentian kerja. Maka setelah berbincang maka satu aduan rasmi tuntutan dibuat di di Jabatan Tenaga kerja pada 10hb. Februari 2018.

Pegawai di JTK Bangi setelah meneliti kes ini dan telah membantu beliau membuat satu tuntutan sejumlah RM 36,175.34 iaitu Gaji Ganti notis untuk dua bulan sebanyak RM 5,600 dan Faedah penamatan Kerja sebanyak RM 30,575.34.

6. Perbicaraan kes di Mahkamah Buruh

Maka kes berlaku, maka pihak PSM telah melantik seorang aktivis dan peguam Muda bernama Kohila untuk mewakili dan membela Umachandran. Kohila juga sebagai seorang aktivis yang juga telah dibuang kerja oleh Bank Negara kerana anataranya memakai tshirt GST semasa perhimpunan Hari pekerja. Maka beliau memang arif tentang isu pembuangan kerja memandangkan beliau sendiri adalah seorang mangsa.

Kes ini berjalan untuk 3 hari dan pihak majikan diwakili oleh Peguam Ahmad Danial  dari Norizan & Associates manakala Kohila sebagai wakil dari Biro Bantuan Guaman PSM.

Dalam kes ini, pihak majikan telah memberikan alasan bahawa beliau dibuang kerja kerana tidak hadir untuk lebih dua hari berturut-turut dimana dibawah  Seksyen 15 (2), Akta Kerja 1955 – seorang majikan diberi hak untuk menamatkan kontrak pekerja tanpa notis jika pekerja itu tidak hadir kerja selama lebih daripada dua hari tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada majikannya. Namun dalam kes ini, ia adalah satu kemalangan industri dan majikan sendiri tahu keadaan kesihatan pekerjaan tidak dapat hadir kerja. Selain itu, pihak hospital sendiri telah mengesahkan bahawa pekerja tersebut perlu diberikan kerja ringan. Selain itu memang ada beberapa rundingan antara pekerja dan majikan dan ini juga disahkan semasa perbicaraan yang diadakan pada bulan Julai 2018. Maka alasan majikan pekerja tidak hadir bekerja tanpa alasan adalah satu penipuan fakta.

Malah dalam perbicaraan juga, Umachandran dengan tegas berkata Majikannya telah menyuruhnya untuk tidak datang kerja kerana tiada “light duty”untuk ditawarkan kepadanya dan menyuruhnya untuk menunggu sehingga beliau akan fikirkan cara penyelesaian.

Namun semasa perbicaraan, majikan sekarang berkata bahawa mereka memang telah menawarkan light duty tetapi pekerja tidak mahu menerimanya. Hujah ini dapat dipintas dengan senang kerana majikan sehingga kini tidak ada memberi sebarang surat tawaran kerja ringan.

Kohila berhujah bahawa berdasarkan hujahan-hujahan, penamatan kerja terhadap Uma adalah tidak sah kerana penamatan dibawah Seksyen 15(2) Akta Kerja 1955 tidak boleh dilakukan sebagai satu hak mutlaK “as of right” kerana harus mengambilkira sebab-sebab yang membawa kepada ketidakhadiran pekerja.

Selain itu, majikan juga tidak mengikuti proses Penamatan Kerja yang sah seperti tiada surat amaran, tiada surat tunjuk sebab dan tiada siasatan dalaman dan ini terbukti bercanggah dengan Seksyen 14(1) Akta Kerja 1955.

 

Peguam Uma  membuat hujahan dan dengan merujuk pelbagai kes bahawa Tanpa proses penamatan kerja yang adil maka penamatan kerja seseorang pekerja pastinya tidak adil. Malah alasan ketiga Majikan iaitu kononnya Umachandran sendiri meminta surat penamatan melalui pegawai di JTK Bangi yang membawa kepada self-termination juga tidak dapat  dibuktikan semasa perbicaraan. Majikan tidak dapat membuktikan alasan ini dalam bentuk minit mesyuarat mahupun dokumentasi.

Sehubunan dengan itu, Uma membuat tuntutan Faedah Penamatan Kerja mengikut Akta Pekerjaan – Faedah Berhenti Kerja 1980 dan kegagalan bayar  Gaji Ganti Notis, iaitu lapan minggu bersamaan dengan 2 bulan gaji.

7. Keputusan Mahkamah

Maka akhirnya mahkamah membuat keputusan dan perintah KES BURUH: KBR 11004/2018/0069 (UMACHANDRAN a/l VADIVELOO DAN SANIFIX (M) SDN BHD) pada 12 October 2018. Pengerusi Mahkamah Nor Fathiyah Binti Mohd Yassin membuat perintah bahawa Sanifix(M) Sdn. Bhd. harus membayar  kepada pengadu Umachandran a/l Vadiveloo RM 33, 163.45 sebagai penyelesaian penuh dan muktamat bagi tuntutan Gaji ganti Notis dan faedah penamatan kerja untuk 14 tahun dan 9 bulan sebanyak RM 30,063.45. Jumalah tuntutan yang diperolehi hanyalah kurang satu bulan gaji sahaja dariapda jumlah yang dituntutnya.

Umachandran dan rakan hidupnya Kalai Chelvi amat gembira dengan keputusan dan kemenangan ini. Uma terus mendesak saya memberikan nombor akaun kerana mahu mendermakan sebahagian wang kepada PSM. Saya meminta beliau, untuk fokus dulu menyelesaikan segala masalah kewangan yang beliau hadapi manakala Majikan juga telah mengatakan akan membuat bayaran secara ansuran.

Kesimpulan

Ini adalah kisah seorang pekerja yang sentiasa mahu bekerja walaupun kerja itu merbahaya dan telah mengakibatkannya beliau cedera  dan sakit beberapa kali. Namun disebabkan tekanan hidup dan kewangan, mereka kena bekerja. Namun apabila seorang pekerja itu kurang berupaya kerana masalah kesihatan, maka adalah tanggungjawab majikan dan sistem untuk menghargai jasanya dan memahami keadaannya dan memberikan beliau kerja ringan untuk terus memberikannya satu pekerjaan dan satu kehidupan. Umachandran dengan pampasan ini boleh terus menjalankan kebajikan beliau kepada haiwan-haiwan peliharannya.

 

Arul PSM

27-12-2018


Forum Sosialisme 2018 anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah berlangsung dengan meriahnya pada 7-9 Disember lalu di Kuala Lumpur, dengan perbincangan yang bersemangat tentang isu-isu penting yang berkaitan dengan usaha membina rakyat dari bawah dan menangani ancaman sistem kapitalis yang berterusan dan memperjuangkan masyarakat masa depan yang lebih adil serta demokratik.

Forum Sosialisme merupakan program tahunan yang diadakan sejak tahun 2005. Forum Sosialisme tahun ini merupakan forum antarabangsa yang menghimpunkan aktivis dari dalam dan luar negara untuk membincangkan beberapa topik penting pada masa kini. Tema untuk Forum Sosialisme 2018 ialah “Keperluan Rakyat Bukan Ketamakan Korporat” (People’s Need Not Corporate Greed).

Antara aktivis kiri dari luar negara yang dijemput untuk berkongsi pandangan mereka dalam Forum Sosialisme 2018, termasuk:

  • Sue Bolton dari Australia, aktivis Socialist Alliance, ahli majlis untuk bandar Moreland (sebahagian daripada kawasan Metropolitan Melbourne).
  • Pablo Bustinduy dari Sepanyol, Ketua Sekretariat Antarabangsa untuk Podemos, wakil rakyat dalam Kongres Perwakilan Sepanyol untuk kawasan Madrid.
  • Marco Fernandes dari Brazil, anggota Gerakan Pekerja Tanpa Tanah (MST), anggota Sekretariat Antarabangsa untuk Perhimpunan Rakyat Antarabangsa.
  • Kavita Krishnan dari India, ahli Biro Politik untuk Parti Komunis India (Marxis-Leninis) Pembebasan, Setiausaha untuk Persatuan Wanita Progresif Seluruh India (AIPWA).
  • Cem Sey dari Jerman, anggota Bahagian Dasar Antarabangsa untuk parti Die Linke.
  • Prabir Purkayastha dari India, anggota Parti Komunis India (Marxis), aktivis bidang sains dan pengasas Forum Sains Delhi.

Upacara pembukaan Forum Sosialisme 2018 telah dimeriahkan dengan persembahan lagu yang menarik daripada TingTongKetz, Wolf, Ayam Hitam dan Shh… Diam!, di samping ucapan yang bersemangat daripada tetamu jemputan dan juga pemimpin PSM.

20181207_221522

Kesan kapitalisme global

Dalam sesi yang membincangkan topik “Trump dan Susunan Dunia Baru”, Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Jawatankuasa PSM, mengatakan bahawa zaman pasca Perang Dingin telah menyaksikan syarikat multinasional (MNC) bebas untuk memindahkan pengeluaran ke negara yang menawarkan gaji rendah, malah juga mendesak institusi kewangan antarabangsa dan negara-negara maju untuk mengubah peraturan mengenai pelaburan, pengaliran modal serta monopoli terhadap teknologi. Pemindahan keluar pekerjaan dari negara maju menyebabkan pekerja-pekerja di negara berkenaan kehilangan kerja dan kesatuan sekerja dilemahkan, tambahan pula dengan tindakan kerajaan mengurangkan cukai korporat dan memotong peruntukan untuk sistem negara kebajikan, rakyat biasa di negara maju semakin gusar dan mengalihkan sokongan mereka kepada golongan kanan seperti Trump yang mempermainkan sentimen perkauman dan xenofobia untuk meraih sokongan.

Dalam sesi yang bertajuk “Imigrasi, satu krisis global?”, para ahli panel telah mengupas bagaimana sistem kapitalis global mengeksloitasi pekerja migran. Adrian Pereira daripada North South Initiative mengatakan bahawa sistem kapitalis global telah mewujudkan superstruktur eksploitasi yang bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan melalui rantai pembekalan buruh sedunia. Adrian telah mengemukakan 3 cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi pekerja migran: 1.mengorganisasi semua pekerja secara bersama, tanpa mengira pekerja tempatan, migran atau pelarian, dan semua migran dilayan secara samarata; 2. Melitarpendekkan sistem kapitalis dengan membina gerakan pengguna yang kuat; 3. Membangunkan model ekonomi politik alternatif yang berbeza daripada sistem kapitalis.

Sue Bolton daripada Sosialist Alliance Australia berkongsi tentang situasi di Australia di mana negera tersebut mempunyai sejarah rasisme yang berpanjangan, dan wujudkan banyak pencabulan hak terhadap pelarian atau pencari suaka. Pelarian yang hidup di Australia menghadapi pelbagai masalah seperti dinafikan hak untuk mendapat pendidikan dan kerja, pendapatan yang rendah, penindasan di tempat kerja dan dasar kerajaan Australia yang menutup pintunya untuk orang pelarian yang datang menggunakan bot.

Cem Sey daripada Die linke berkongsi tentang perdebatan yang berlaku dalam partinya berkenaan dengan isu pelarian. Die Linke mendukung dasar sempadan terbuka untuk pelarian.

20181208_092604

Cabaran untuk kiri sedunia

Dalam sesi yang membincangkan “Cabaran kepada golongan kiri antarabangsa, kejayaan dan kegagalan”, Prabir Purkayastha daripada CPI(M) India menerangkan tentang monopoli digital dalam era perkembangan teknologi yang hebat pada hari ini. Monopoli digital memerah surplus daripada informasi yang wujud di dunia maya. Bentuk ekonomi kapitalis terbaru wujud dalam bentuk kapitalisme pengawasan, ekonomi gig dan syarikat korporat menjadi orang tengah antara mereka yang menghasilkan surplus dengan pelanggan. Teknologi sebagai pedang bermata dua boleh mencipta kekayaan untuk semua ataupun hanya mewujudkan golongan mahakaya, maka golongan kiri pada abad ke-21 perlu menyesuaikan diri dengan bentuk perjuangan dan medan perjuangan yang baru.

“Sains dan teknologi, ataupun kuasa-kuasa produktif tidak akan membina sosialisme secara automatic. Namun, tiadanya masyarakat sosialis dapat dibina tanpa sains dan teknologi. Ini adalah cabaran di depan gerakan kelas pekerja hari ini,” ujar Prabir.

Marco Fernandes daripada MST Brazil mengatakan bahawa kemunculan rejim pelampau kanan di banyak tempat seluruh dunia berkait rapat dengan perkembangan ekonomi neoliberal. Marco juga berkongsi tentang bagaimana golongan pelampau kanan di Brazil dan India menggunakan taktik seperti penyebaran berita palsu untuk mempengaruhi kecenderungan politik rakyat biasa.

Pablo Bustinduy daripada Podemos Sepanyol pula berkongsi tentang bagaimana krisis ekonomi di Sepanyol yang membawa kepada kewujudan peluang untuk perubahan sosial. Podemos ditubuhkan oleh kumpulan anak muda yang terlibat dalam protes besar-besaran menentang dasar penjimatan kerajaan Sepanyol, dan berkembang dengan pesatnya sehingga meraih undi sebanyak 21% dalam pilihanraya tahun 2015 dan 2016. Pablo juga mengatakan bahawa kuasa besar Eropah telah bertungkus lumus untuk menghancurkan kemungkinan bagi Greece membina contoh alternatif kiri supaya pengalaman untuk alternatif kiri tidak dapat diwujudkan dalam situasi menangani krisis ekonomi yang disebabkan oleh sistem kapitalis antarabangsa; namun pada masa yang sama golongan elit pemerintah di Eropah tidak melakukan apa-apa untuk menghalang kebangkitan golongan pelampau kanan yang membawa agenda berdasarkan diskriminasi dan penindasan terhadap golongan monoriti.

Dalam sesi yang membincangkan sumbangan dan kerelevanan Marx sempena 200 tahun kelahiran Karl Marx, Dr. Khairil Izamin Ahmad daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menerangkan tentang kerelevanan konsep kelas yang bertahan lama dan cabaran pada masa kini seperti kemunculan autoritariansme neoliberal dan kemaraan pelampau kanan.

Peranan golongan kiri dalam Malaysia Baru

Dalam sesi bertajuk “Peranan Kiri dalam Malaysia Baru”, Imran Rashid daripada Imagine Malaysia mengatakan golongan kiri di Malaysia perlu menyemak diri sendiri kenapa politik kiri tidak jadi popular pada masa kini. Imran berpandangan bahawa golongan kiri perlu adanya pelan rangka tindak berjangkamasa panjang untuk mengambilalih kuasa, di samping mencari jalan untuk menyampaikan mesej politik kiri secara efektif kepada rakyat jelata.

S. Arutchelvan daripada PSM menegaskan tentang keperluan untuk membina alternatif baru yang berlandaskan prinsip politik kiri. Arutchelvan mengatakan bahawa PSM bertekad untuk membina gerakan kelas pekerja yang baru melalui pembentukan jaringan rakyat marhaen, membina kuasa politik yang anti-rasisme, dan bekerjasama dengan kuasa-kuasa progresif untuk memperjuangkan masyarakat yang lebih baik.

Lengkapkan diri dengan pengetahuan demi memajukan perjuangan

Perbincangan dan perbahasan dalam setiap sesi Forum Sosialisme tahun ini memang hangat. Banyak persoalan telah dibangkitkan dan dibincangkan. PSM sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan alternatif yang lebih baik untuk rakyat biasa, sentiasa mempertingkatkan pemahaman tentang teori-teori masyarakat yang sentiasa berkembang di samping melakukan kerja-kerja akar umni di lapangan. Perbincangan berbentuk ilmiah di ruang diskusi seperti Forum Sosialisme membolehkan ahli-ahli PSM dan orang awam membuka minda dengan pengetahuan yang lebih meluas tentang dunia kita hari ini.

Kita perlu sentiasa melengkapkan diri kita dengan pengetahuan tentang masyarakat terkini, untuk membolehkan kita menggerakkan perjuangan rakyat ke tahap yang lebih tinggi.

48194105_2476392552387339_5390601083703787520_n

Leave a Reply

How FAMA Can Help Rubber Tappers In Difficult Times.

How FAMA Can Help Rubber Tappers In Difficult Times.

(News excerpt from Free Malaysia Today. Article by Minderjeet Kaur. News link)

PETALING JAYA: The Federal Agricultural Marketing Authority (Fama) can play a role in helping rubber tappers who are going through rough times due to low prices of rubber, says a Parti Sosialis Malaysia leader.

Dr Michael Jeyakumar Devaraj said rubber tappers should be encouraged to rear cattle and goats and plant fruit trees, and Fama could then buy the milk, mutton and fruits under a forward contract with tappers.

“Fama can enter into a contract with rubber tappers to buy certain amount of fruits at a specific rate in the future,” he told FMT.

He said Fama can also gauge the market and advise them accordingly.

“If Fama feels there are too many rambutans, then they can ask the smallholders to plant mangosteen, for instance.”

These products could then be processed, dried, turned into syrup or juice and marketed worldwide, he said.

But for this to happen, Jeyakumar said Fama needed an effective marketing team to sell the products globally.

Fama could also buy diary milk and mutton from them, he said, adding that only 15% of milk and 20% of mutton was produced locally.

“This way we increase the local production while helping our rubber tappers,” he added.

There were about 200,000 to 300,000 rubber tappers with 3 to 5 acres of rubber trees, he said, adding that some of them earned only about RM1,000 a month.

He said some tappers were keen on planting fruit trees to earn a side income.

Some had tried, as previously suggested by the government, to plant langsat or duku.

“But these fruits are seasonal fruits and produce yield at the same time, causing fruits to go bad without proper buyers,” he said.

With a “forward contract”, the tappers would know that a certain amount of their yield could be sold to Fama. This way they could also plan their future yields, he said.