50,000 pekerja pembersihan sekolah bakal terjejas dengan pengurangan gaji

Surat terbuka

YB Menteri KPM,

Kami Parti Sosialis Malaysia kecewa dan terkejut mendengar bahawa kerajaan telah mengurangkan bayaran kepada kontraktor pembersihan sekolah berasaskan SOP PKP yang hanya membenarkan 60% pekerja di tempat kerja pada satu-satu masa.

Adakah YB sedar bahawa tindakan kerajaan akan mengurangkan gaji pekerja pembersihan sebanyak 40% ke RM660 – RM720 sebulan? Dan bahawa ia akan menjejaskan sejumlah 50,000 pekerja pembersihan di seluruh Malaysia, bandar dan luar bandar?

Kami sedar akan keengganan kerajaan melihat pekerja kontrak sebagai pekerjanya walaupun menjadi ‘paymaster’ mereka. Kami biasa dengan posisi kerajaan bahawa sebarang masalah kerja yang dihadapi pekerja kontrak adalah tanggungjawab kontraktor, dan aduan harus dibuat di Jabatan Tenaga Kerja. Tetapi kerajaan tidak boleh lari dari tanggungjawabnya terhadap hak dan kebajikan pekerja kontrak di premisnya.

Kami faham pandemic Covid telah menyebabkan tekanan kewangan yang besar kepada kerajaan yang terpaksa belanja berbilion-bilion ringgit bagi menyokong ekonomi dengan membantu perniagaan dan keluarga B40 yang terjejas.

Namun, tindakan memotong gaji bercanggah dengan niat nyata kerajaan untuk mengelakkan kemiskinan tegar dan kelaparan semasa krisis Covid. Sebab sesungguhnya, pengurangan gaji bagi lapisan pekerja ini yang kebanyakan mereka sudah pun dalam lingkungan B20 akan memiskinkan mereka lagi.

Sebilangan besar golongan ini terdiri dari ibu tunggal, atau adalah punca pendapatan tunggal yang sedang bersusah payah dengan gaji minima RM1,100 – RM1,200 untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat. Mungkin YB ada cadangan bagaimana golongan pekerja ini dapat uruskan belanja mereka dengan separuh gaji? Seperti YB sedar, golongan miskin menghabiskan semua pendapatan mereka untuk keperluan harian – makanan, perumahan dan utiliti, pengangkutan dan kesihatan. Maka kalau pendapatan dipotong 40%, keperluan asas mereka tidak dapat diperolehi.

Sebabnya, pekerja pembersihan sekolah kerajaan ini tidak ada simpanan wang yang boleh membantu mereka apabila berlaku pengurangan pendapatan. Mereka adalah antara pekerja yang amat tertindas akibat sistem kontrak yang disalahpakai oleh kerajaan kononnya untuk menjimatkan kos. YB, sistem kontrak sepatutnya digunakan untuk kerja-kerja sementara, bukan untuk kerja-kerja yang tetap seperti pembersihan sekolah. Akibat sistem ini, seorang pekerja akan sentiasa menerima gaji permulaan sahaja tidak kira 2 atau 20 tahun perkhidmatannya; caruman kepada Perkeso dan KWSP akan sentiasa dikira berasaskan gaji minima maka pada umur persaraan simpanannya hanya beberapa sahaja di KWSP.

Kami tak faham. Kerajaan amalkan SOP hanya 60% pekerja dibenarkan ditempat kerja. Adakah kerajaan potong gaji untuk kakitangannya? Untuk syarikat swasta, kerajaan sediakan skim bantuan upah. Semua ini adalah langkah-langkah yang baik untuk rakyat. Jadi mengapakah menganaktirikan pekerja pembersihan sekolah?

Menurut undang-undang kerja negara kita, majikan tidak boleh potong gaji pekerja. Tetapi kerajaan sendiri melanggar Akta Kerja!

PSM menyeru kepada Kerajaan Malaysia untuk membatalkan dengan serta merta keputusan untuk mengurangkan gaji pekerja kontrak di sekolah-sekolah kerajaan.

R. Mohanarani
Ahli J/kuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia

SIRI 2 Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

SIRI 2 Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Kesemua keluarga 30 aktivis PSM yang ditahan apabila dalam perjalanan kempen Udahlah tu Bersaralah BN, membuat laporan polis di balai polis Seberang Prai Utara Pulau Pinang, memberikan desakan agar aktivis dibebaskan.

Pada malam itu, kami di ’serang’ oleh sekumpulan besar samseng UMNO dan Pekida yang bertindak mengintimidasi kami apabila kami berkumpul untuk membuat laporan polis.

Ianya seolah–olah dirancang bersama PDRM, supaya kami berasa takut dan beredar dari perkarangan balai polis itu. Pada ketika itu, kami bernasib baik bila ahli-ahli PAS Kepala Batas membantu kami dan memberikan kami tempat berteduh di markas mereka dan memastikan samseng–samseng UMNO tidak mengacau kami.

Pada pagi tersebut juga kami membuat laporan polis terhadap suratkhabar Utusan Malaysia dan Pekida yang menyebarkan tohmahan palsu bahawa kempen aktivis PSM didalangi oleh agen luar Negara.

HENTIKAN OPERASI PENANGKAPAN WARGA ASING TANPA DOKUMEN, FOKUS KEPADA MATLAMAT MENGAWAL PENULARAN WABAK COVID-19

HENTIKAN OPERASI PENANGKAPAN WARGA ASING TANPA DOKUMEN, FOKUS KEPADA MATLAMAT MENGAWAL PENULARAN WABAK COVID-19

Kenyataan akhbar oleh YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri pada 29/5/2021 dan 3/6/2021 telah mewujudkan persepsi di kalangan ramai bahawa kerajaan telah buat keputusan melancarkan rancangan untuk menangkap dan menahan warga asing tanpa dokumen (ataupun pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam lingo kerajaan) pada skala besar-besaran dalam masa yang singkat.

Kami dari pelbagai organisasi yang menandatangani petisyen ini berpendapat bahawa pendekatan menangkap dan menahan warga asing tanpa dokumen pada masa ini akan merumitkan lagi usaha melawan pandemik di kalangan rakyat Malaysia, kerana:

1. Operasi sebegini akan menakutkan kaum pekerja asing sama ada antara mereka yang berdokumen ataupun tidak berdokumen. Malahan, tindakan sedemikian akan menyebabkan mereka menjauhi mana-mana wakil pentadbiran kerajaan. Justeru, ini akan mengalahkan usaha kerajaan untuk mewujudkan imuniti kelompok (herd immunity) di Malaysia. Imuniti kelompok memerlukan penyuntikan vaksin bagi 80% penduduk Malaysia, termasuk komuniti warga asing. Kegagalan mencapai tahap vaksinasi 80% penduduk akan melewatkan pemulihan ekonomi negara dan melanjutkan penderitaan rakyat kita.

2. Ada kemungkinan besar bahawa penangkapan dan penahanan PATI pada masa ini akan menyebabkan kluster-kluster baru Covid 19 di pusat-pusat tahanan imigresen. Ini akan meningkatkan penularan wabak Covid 19 di kalangan PATI dan juga akan menjangkiti pegawai imigresen, anggota polis dan kakitangan mahkamah (yang terlibat dalam pengendalian reman) serta ahli-ahli keluarga mereka. Kebarangkalian ini boleh dan harus dielakkan.

3. Jabatan imigresen tiada kapasiti untuk menangkap dan menghantar balik 2 hingga 3 juta PATI yang berada di Malaysia. Menurut Suhakam, anggaran pada 1 Julai 2020 menunjukkan bahawa pusat-pusat tahanan imigresen yang hanya boleh menanggung 12,530 orang tahanan sahaja telah melebihi kemampuannya dengan dipenuhi seramai 15,163 orang tahanan. Selain itu, lebih daripada 95% orang PATI sedang bekerja dan menyumbang kepada ekonomi negara. Bahkan, aktiviti ekonomi negara kita juga memerlukan perkhidmatan mereka.

Mungkin YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin percaya ketegasan beliau dalam hal ini akan membantu dalam mengatasi masalah wabak Covid. Tetapi beliau harus mengingati bahawa setiap pelan tindakan yang diambil mestilah berasaskan analisa saintifik yang jelas, objektif dan munasabah. Pada masa ini pendekatan menangkap dan menahan PATI akan memudaratkan usaha kerajaan mengawal penularan wabak Covid-19 di negara kita.

Kami amat berharap YAB akan membawa isu ini ke persidangan Majlis Keselamatan Negara supaya satu pendekatan yang lebih sesuai dan bersepadu dapat digubal bagi pengendalian warga asing tanpa dokumen semasa wabak Covid-19 merebak. Pada ketika ini, kita harus fokus kepada matlamat mengawal penularan wabak Covid-19 di negara kita. Matlamat-matlamat lain adalah sekunder dan harus ditangguhkan jika ia bercanggah dengan matlamat utama iaitu mengawal dan mengatasi penularan wabak Covid-19.

Terima kasih.

Yang benar,


Ditandatangani oleh:
Forum Kesihatan Rakyat (People’s Health Forum)
Citizens’ Health Initiative
Third World Network
Agora Society Malaysia
Health Equity Initiatives
Parti Sosialis Malaysia
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Projek Wawasan Rakyat (POWR)
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
Aliran
Centre for Independent Journalism (CIJ)
Pusat Komas
Sahabat Alam Malaysia
Family Frontiers
Tindak Malaysia
IMAN Research
Jaringan kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia
North South Initiative
PERTUBUHAN JARINGAN ORANG ASLI JOHOR (JPOAJ)
Malaysian United Democratic Alliance (MUDA)
Consumers Association of Penang (CAP)
Geutanyoe Foundation
ALTSEAN-Burma
Islamic Renaissance Front
Our Journey
Malaysia Hindu Sangam
NESA
Persatuan Kebajikan Komuniti Dan Dialog

Pemuda Sosialis: Ringankan beban rakyat semasa PKP

Pemuda Sosialis: Ringankan beban rakyat semasa PKP

Pemuda Sosialis mengalu-alukan keputusan kerajaan di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh diumumkan walaupun kami berpendapat bahawa keputusan seharusnya diambil lebih awal dahulu. Beberapa pendekatan harus diambil oleh pihak kerajaan supaya perintah kawalan ini tidak membebankan rakyat negara kita.

  1. Pemuda Sosialis telah lama menyarankan dan menggesa kerajaan untuk melaksanakan moratorium hutang automatik kepada golongan yang berpendapatan rendah (B40 dan M40). Pelanjutan moratorium ini akan membantu golongan pekerja dan pemilik perniagaan kecil/sederhana untuk mengharungi pandemik COVID-19. Adakah kerajaan akan memberi keutamaan untuk keuntungan bank atau kebajikan rakyat? Pilihan di tangan kerajaan.

  2. Pemuda Sosialis menjangka PKP ini akan dilanjutkan pada masa hadapan apabila kapasiti hospital-hospital tertentu sedang dan telah mencapai tahap maksimum. Dalam situasi sebegini, kerajaan harus melaksanakan program Pendapatan Asas Sejagat Diubahsuai (Modified UBI) supaya rakyat tidak mengalami kesulitan dalam memperolehi keperluan asas seperti makanan dan minuman.

  3. Pemuda Sosialis berpendapat bahawa kerajaan harus melaksanakan moratorium ke atas kutipan sewa tempat tinggal sepanjang pelaksanaan PKP. Moratorium ke atas kutipan sewa ini amat penting supaya rakyat yang terjejas akibat pandemik ini tidak kehilangan tempat tinggal. Satu pendekatan melalui kerangka undang-undang diperlukan supaya dapat melaksanakan moratorium kutipan sewa.

  4. Kerajaan harus menyerap penganggur belia sebagai pekerja sosial kerajaan sepanjang tempoh masa pandemik ini. Kita memerlukan ramai pekerja sosial di kawasan-kawasan tertentu supaya bantuan kerajaan dapat sampai kepada rakyat dan keperluan rakyat dapat dikemukakan kepada pihak kerajaan. Tanpa pekerja-pekerja sosial yang efektif, memang mempunyai kemungkinan besar kepentingan rakyat dibiarkan tanpa diberi perhatian dalam tempoh masa ini.

  5. Pengumuman SOP baru dan senarai sektor ekonomi dan perkhidmatan perlulah diumumkan serta merta dan secara jelas supaya rakyat dapat bersedia PKP yang menyeluruh kali ini. Kerajaan seharusnya tidak mengulangi kesilapan yang akhirnya menyusahkan rakyat.

Gandipan Nantha Gopalan
Setiausaha Pemuda Sosialis
28/5/2021

Instagram : PEMUDA SOSIALIS
Facebook : Pemuda Sosialis
Twitter : Pemuda Sosialis

Stop Israeli genocidal war on the Palestinian people and End the Nakba!

Stop Israeli genocidal war on the Palestinian people and End the Nakba!

Socialist Party of Malaysia (PSM) condemns in strongest possible terms the continuous brutal military assault by the Israeli armed forces against the Palestinian people.

Gaza Strip which was under siege all this while is currently under attack again by Israel, since 10 May 2021 following the vicious attacks on the Palestinians in occupied East Jerusalem, including a plan to forcibly evict Palestinian families from Sheikh Jarrah and the storming of Al-Aqsa Mosque. As of 14 May, at least 126 people, including children, have been killed in the Israeli attacks on Gaza. There are also a number of Palestinian killed in West Bank in the latest episode of violence committed by Israeli forces.

The systemic ethnic cleansing against the Palestinian people has been going on since the Nakba, the Catastrophe, 73 years ago. From the day one until today, the Zionist state of Israel is built on the racism, land grabbing, occupation, repression, apartheid, colonialism and state terrorism against the Palestinian people, with the support from the US imperialism. The repressive Israel’s machinery of genocidal war against the Palestinian people is powered by billions dollar of annual grants from the US government.

The militarized state of Israel has turned Gaza Strip into the largest open-air prison in the world with over 2 million population live in a situation of permanent siege and blockade besides military attacks from the Israeli forces from time to time; while Palestinians who live under dire conditions in the occupied East Jerusalem and West Bank cannot travel without having to pass through military checkpoints daily. Palestinian villages and neighborhoods are also facing increasing attacks by Israeli settler who are protected by Israeli armed forces and fueled by far-right Zionist ideology. Tens of thousand of Palestinians has lost their lives because of the atrocities committed by the racist Israeli state since the Nakba, and millions still live as refugees today. We shall not forget the very fact that Israel is the root cause of the violence in the Question of Palestine all this while.

We are deeply concern over the latest round of military attack against the Palestinian people. The latest atrocities of Israeli racist war machine is a reminder to the people of the world that the Nakba has far from ended yet after 73 years.

We call for:

  • An immediate end of Israeli military attack on Gaza;
  • An end to the Israeli occupation in West Bank and Jerusalem;
  • Lifting all blockade on Gaza;
  • International sanction against Israel for its crime against humanity.

There can no lasting peace as long as the racist state of Israel continue its occupation in the Palestinian land.

We express our solidarity with the Palestinian people who are still fighting for their liberation and dignity. The struggle of the Palestinian people for liberation is a struggle against racism, colonialism and imperialism. Their struggle deserves the support and solidarity from everyone who committed to anti-racism, anti-colonialism and anti-imperialism.

FREE PALESTINE! END THE NAKBA NOW!

Choo Chon Kai
International Bureau PSM

Pakistani Worker’s Death Due to Non Payment of Wages. Murder or Suicide?

A young man ended his life. He didn’t die because of natural causes; he didn’t die in an accident, and he wasn’t killed by Covid-19. He died because he was not paid his wages. He made this very clear in his video in which he showed very clearly who his employer was. The video showed the contrast and class contradiction of the two worlds, the worker’s and his bosses’. We are told that the employer has now paid up the backdated wages and sent the body back with some so-called ‘goodwill money’ no doubt to keep them silent and maintain the peace. Should the story end here?

Can we keep silent? Non-payment of wages is a violation of the right to livelihood – under Article 5 of the Federal Constitution. In this case, a life has been lost due to criminal violation. Serious action must be taken by the authorities.

Pakistani worker Shahzad Ahmad hanged himself because his employer Landseal Sdn Bhd hadn’t paid his wages for five months. Earlier, the worker had released a surreal video of himself making known his decision to end his life as a way out of his desperate financial situation.

There are many questions that demand answers from the government.

Migrant workers are here to earn a living to support their families back home and pay up debts incurred, much of it due to greedy middlemen along their journey here. With low income, there are no savings to fall back on even for a month. Imagine the stress on a worker who has to go without pay for five months at a stretch. No amount of counseling persuading him to live on nothing could have helped this worker: only his wages would have saved him.

How is it possible for an employer who is not a slave master to get away without paying his worker for so many months? Non-payment of wages is a rampant occurrence even when the government is the paymaster, as in the case of school contract workers. But despite it being frequently highlighted, it hasn’t got the serious attention it needs. At most employers get away with a slap on the wrist, resulting in them getting away and then repeating the offence. Now that a life has been lost due to poor enforcement by human resources agencies, will the Ministry of Human Resources take it more seriously?

A common reaction to this incident will be why the worker had to resort to such an extreme measure instead of filing a complaint at the labour office. Do workers have the right to take their complaints to the labour office? Sadly, this right exists only on paper; in reality those who complain face victimization and dismissal. This young Pakistani worker is a victim of this unprotected avenue to justice. The government in its bid to maintain its pro-business stand cannot allow workers to be trampled on in a situation where enforcement is lax, and workers cannot air their grievances.

This tragic incident marks a new low in the way our migrant workers are managed in Malaysia. This will not get better unless the government adopts the recommendations proposed in reports such as that of the Independent Committee on the Management of Foreign Workers, and the MWR2R report, Towards a Comprehensive National Policy on Labour Migration in Malaysia. It is not acceptable that the government continues to leave this sector unregulated and up to the whims and discretion of employers. Despite the strident demands for migrant workers to prevent their businesses from collapsing, due respect for the rights of the migrant workforce, is sorely lacking among employers.

The PSM demands that the government takes serious and immediate action to stop the non-payment of wages, without giving the excuse of a shortage of labour inspectors. The PSM also demands that investigation papers be opened on the employer for contributing to and abetting the suicide by the Pakistani worker.

Mohanarani Rasiah
Coordinator Migrant Desk PSM
27/4/2021

 

Tiada penjelasan mengenai isu utama dalam kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor tentang perobohan kedai-kedai di Kampung Manickam

Tiada penjelasan mengenai isu utama dalam kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor tentang perobohan kedai-kedai di Kampung Manickam

Respon kepada kenyataan Kerajaan Negeri Selangor mengenai isu perobohan kedai-kedai dan gerai-gerai di Kampung Manickam, Bangi Lama

oleh S. Arutchelvan, 9 April 2021

Saya berasa simpati dan lucu melihat “kawalan kerosakan” (damage control) yang cuba dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor, melalui kenyataan bertarikh 8 April 2021 oleh YB Ng Sze Han selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, mengenai isu perobohan gerai-gerai dan kedai-kedai di Kampung Manickam Bangi Lama dan kawasan sekitarnya pada 6 April 2021. Kami juga cukup sedar bahawa kenyataan ini dibuat dalam tempoh 48 jam selepas kritikan-kritikan teruk yang dilontarkan oleh pelbagai pihak mengenai cara Kerajaan Negeri Selangor menangani isu pengusiran pada masa COVID-19. Namun, kenyataan Exco Kerajaan Negeri ini langsung tidak menyentuh perkara pokok dalam isu ini.

Isu utama di sini adalah:

  1. Mengapa pengusiran dijalankan semasa rakyat menghadapi tekanan ekonomi pada ketika pandemik COVID-19?
  2. Mengapa gerai alternatif tidak diberikan sebelum dirobohkan? YB Mazwan, ADUN Sungai Ramal, dalam kenyataannya dalam Malaysiakini, mengatakan bahawa tidak ada kesegeraan (urgency) untuk membuat perobohan pada masa itu.
  3. ADUN Sungai Ramal memberitahu kepada peniaga-peniaga terbabit dan saya bahawa Menteri Besar telah memberitahunya operasi perobohan tidak akan dilakukan pada hari Selasa lalu dan hanya akan dilakukan selepas penempatan alternatif diberikan, manakala Pegawai Daerah (DO) pula mengatakan bahawa Menteri Besar meminta supaya operasi diteruskan setelah mendengar pandangan semua pihak. Maka siapa yang bercakap benar – Menteri Besar, Pegawai Daerah atau ADUN Sungai Ramal?
  4. YB Ronnie Liu (ADUN Sungai Pelek) mengatakan bahawa perobohan pada hari Selasa yang lalu itu melanggar dua dasar Kerajaan Pakatan Harapan (PH), iaitu yang pertama, memberikan tempat alternatif terlebih dahulu baru menjalankan perobohan; dan yang keduanya adalah tidak menyusahkan rakyat semasa Pandemik COVID-19.

Selain itu, kenyataan damage control oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor tersebut cuba memberikan penekanan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menjunjung tinggi keluhuran undang-undang dan menghormati proses-prosesnya.

Namun pandangan ini tercalar kerana timbul persoalan-persoalan berikut:

  1. Bagaimanakah seorang peniaga yang kaya di Kampung Manickam telah membina kedai-kedai untuk lebih 20 tahun di atas tanah rizab kerajaan dan juga mengutip sewa daripada peniaga-peniaga kecil, tetapi tidak ada sebarang tindakan penguatkuasaaan diambil terhadapnya?
  2. Ada gambar video yang menunjukkan peniaga kaya tersebut telah membawa dua orang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dalam keretanya, di mana aduan berkenaan telah dibuat oleh peniaga-peniaga kecil Kampung Manickam melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) pada 29 Januari 2021 (ID tiket: SEL.073112)
  3. Salah seorang peniaga gerai makanan juga telah mengadu bahawa pada bulan Januari lalu, adanya satu cadangan bahawa dia membayar duit sewa kepada Koperasi MPKj secara bulanan tetapi tawaran itu terbatal apabila mendapat satu notis lagi pada hari keesokannya.
  4. Sebelum ini, peniaga kaya itu (pemilik lot tanah yang bersebelahan dengan tanah rizab kerajaan) juga telah membawa samseng upahan untuk membantu TNB dalam memotong bekalan elektrik kepada gerai-gerai yang dibina di atas tanah rizab kerajaan di Kampung Manickam? Satu aduan polis juga telah dibuat oleh pekedai-pekedai Kampung Manickam pada 8 Ogos 2020.

Akhir kata, ini adalah masa untuk mengambil tanggungjawab dan mengubati kecederaan. Saya difahamkan bahawa semua pengusaha gerai dan kedai yang dirobohkan masih belum mendapat sebarang tawaran sehingga hari ini, dan saya juga dimaklumkan bahawa kerja-kerja perancangan untuk tempat alternatif masih belum disiapkan. Ada banyak kerja lain yang harus dilaksanakan sebelum tempat alternatif ini dapat siap. Selain itu, saya masih memikirkan bagaimana bengkel mekanik boleh dimasukkan dalam kawasan tempat alternatif di Pasar Bangi Lama yang dicadangkan?

 

S. Arutchelvan
Timbalan Pengerusi
Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Hutang isi rumah dan penurunan gaji lepasan siswazah

Hutang isi rumah dan penurunan gaji lepasan siswazah

1. Pemuda Sosialis memandang serius hutang isi rumah yang telah meningkat ke 93.3% dan penurunan gaji lepasan siswazah yang telah mencecah gaji minima negara. Pemuda Sosialis amat kecewa dengan tindakan kerajaan yang langsung tidak mengendahkan isu ini.

2. Pemuda Sosialis berpendapat bahawa kedua-kedua situasi ini berlaku bukan sahaja akibat pandemik, malah ia adalah kesan kegagalan polis-polisi kerajaan selama lebih 20 tahun. Dasar penswastaan yang berleluasa dan polisi-polisi yang berpihak kepada keuntungan besar syarikat-syarikat swasta dan sistem perbankan telah membawa negara kita ke situasi dan ekonomi yang rapuh hari ini.

3. Walaupun masalah tunjangnya adalah akibat sistem ekonomi kapitalisme neoliberal, Pemuda Sosialis dan Parti Sosialis Malaysia telah mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk membantu rakyat terutamanya sepanjang pandemik ini.

4. Pemuda Sosialis menggesa kerajaan untuk laksanakan moratorium automatik terutamanya kepada golongan B40 sehingga ekonomi menjadi stabil. Moratorium automatik akan memastikan rakyat mempunyai sedikit sebanyak duit untuk mereka memenuhi keperluan harian mereka dan memastikan ekonomi lokal berjalan sedikit lancar. Pemuda Sosialis tidak memahami keperluan kerajaan untuk meneruskan pembayaran balik apabila pihak bank masih mencatat keuntungan berjuta-juta/berbillion semasa moratorium fasa pertama.

5. Pemuda Sosialis berpendapat bahawa pendekatan-pendekatan yang diambil untuk “upskilling” dan melatih semula siswazah sebagai usaha menurun pengangguran tidak efektif langsung. Insentif-insentif kepada syarikat swasta langsung tidak masuk akal dalam usaha menangani pengangguran. Pemuda Sosialis ingin menekan kerajaan untuk membuka luas sektor kerajaan melalui Skim Jaminan Pekerjaan sebagai satu usaha mewujudkan peluang pekerjaan. Pekerjaan-pekerjaan yang diwujudkan dalam skim ini harus diberikan gaji kehidupan wajar yang berpatutan berdasarkan jangka masa tertentu.

6. Kerajaan boleh fokus untuk merancakkan penyelidikan dan pengindustrialisasi teknologi yang melibatkan tenaga hijau, melebihkan pekerja-pekerja sosial yang boleh membantu rakyat miskin dan mengutip data untuk kerajaan dan melebihkan tenaga pekerjaan di sektor kesihatan dan pendidikan. Pekerjaan yang diwujudkan melalui Skim Jaminan Pekerjaan akan menjadi satu anjakan paradigma yang efektif dalam menangani masalah pengangguran di negara kita. Pekerjaan-pekerjaan yang terjamin dengan gaji kehidupan wajar ini juga akan menekan majikan-majikan swasta yang menggunakan kesempatan kemelesetan ekonomi untuk mengurangkan tawaran gaji.Soalannya di sini, adakah kerajaan ini atau yang akan datang mempunyai keinginan politik untuk melaksanakannya?

7. Pemuda Sosialis juga berpendapat bahawa satu skim UBI yang diubah suai dilancarkan supaya dapat membantu golongan miskin dan juga kepada pekerja-pekerja berpendapatn rendah yang telah kehilangan kerja. Kehilangan kerja dalam jangka masa ini bukanlah salah rakyat atau golongan pekerja. Ia adalah disebabkan kegagalan polisi dalam mewujudkan pekerjaan dan disebabkan pandemik.

8. Pemuda Sosialis kecewa dengan respons menteri-menteri kerajaan Perikatan Nasional yang menasihati lepasan graduan untuk menerima kerja yang mencecah paras gaji minima. Alasan bahawa mempunyai kerja dalam jangka masa ini lebih baik daripada menganggur adalah jawapan yang angkuh dan tidak bijak daripada Menteri-menteri tertentu.

9. Pemuda Sosialis berpendapat bahawa selagi kita bergantung kepada pelaburan asing untuk mewujudkan pekerjaan tanpa membuka luas sektor kerajaan, masalah pengangguran tidak akan diselesaikan langsung. Pendekatan seperti memberi elauns kepada para majikan yang mengambil lepasan graduan, pelepasan cukai dan lain-lain yang hanya fokus untuk menggembirakan para majikan tidak akan selesaikan masalah ini. Kegagalan pendekatan dapat kita lihat dari pentadbiran Pakatan Harapan lagi yang gagal melibat terus dalam proses mewujudkan pekerjaan.

oleh;

Gandipan Nantha Gopalan,
Setiausaha Pemuda Sosialis
(7/4/2021)