PSM MENDESAK JKUASA BIPARTISAN DEWAN NEGERI SIASAT BANJIR DI KEDAH

KENYATAAN AKHBAR – 19HB. OGOS, 2021 – PARTI SOSIALIS MALAYSIA

BANJIR DI KEDAH – PSM MENDESAK JKUASA BIPARTISAN DEWAN NEGERI SIASAT

Semalam, rakyat Kedah dikejutkan dengan banjir kilat di sekitar kawasan Yan yang menyebabkan kemusnahan harta benda dan alam sekitar. Rakaman dalam media social, menunjukkan visual banjir lumpur yang deras melalui kawasan perumahan itu sangat menakutkan dan memberi impak yang teruk kepada rakyat biasa yang sedang melawan pandemik Covid-19 pada masa kini.

Kejadian tersebut nampaknya dari suatu lokasi yang ditelah ‘bersihkan’ samaada kerana aktiviti pembalakan, pembangunan ataupun kerja kuari. Arus air melimpah melepasi kawasan tadahan air tanpa kawalan dan halangan semulajadi iaitu pokok-pokok hutan rimba.

Sahabat Alam Sekitar (SAM) mensyaki banjir ini adalah punca dari pembersihan kawasan dari pokok, dikawasan hutan di Gunung Jerai. SAM dan masyarakat setempat pernah mengheret Kerajaan Negeri Kedah ke mahkamah untuk menghalang perlombongan kuari yang intensif di kawasan berkenaan beberapa tahun yang lalu tetapi mereka kalah.

Walaupun aktiviti yang merosakkan alam sekitar dan kemungkinan banjir akan berlaku pernah diutarakan oleh pihak aktivis sebelum ini, malangnya kejadian banjir ini membuktikan kegagalan apajua tindakan mengelakkan perkara ini. Akibatnya, rakyat jelata terpaksa menanggung penderitaan akibat kesan banjir teruk ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor pula pernah berkata pembalakan tidak akan dihentikan kerana Kerajaan Negeri akan kerugian berbillion ringgit. Adakah MB sedar bahawa banyak aduan SPRM terhadap pembalak-pembalak haram pernah dilaporkan ? Jabatan Alam Sekitar Negeri (DoE) sendiri mengakui bahawa tiada kelulusan EIA diberikan kepada aktiviti pembalakan di beberapa kawasan seperti Rimba Teloi dan Gunung Bongsu. Tahun lalu pula, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) menahan seorang lelaki yang melakukan aktiviti pembalakan haram di kompartmen 50 Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik, Kedah.

Adakah ini menunjukkan Kerajaan Negeri bersikap was-was membuat penguatkuasaan kerana risau hasil pembangunan, pembalakkan akan terhenti dari disalurkan ke dana Negeri jika penguatkuasaan ketat dilaksanakan?

Tetapi jika hasil kepada Negeri difikirkan, sekarang siapa yang akan tanggung kos kerosakan harta benda dan nyawa rakyat yang terjejas? Siapa yang akan tanggung, kos pembaikpulihan infrasturktur yang rosak?

MB harus menyarankan suatu penyiasatan bebas dan segera keatas trajedi ini tanpa melindungi mana-mana pihak ataupun kepentingan politik Kerajaan Negeri.

PSM mencadangkan suatu Jawatankuasa Bipartisan dibawah Dewan Negeri Kedah dianggotai oleh ADUN-ADUN Kedah harus dibentuk segera untuk menyiasat perkara ini . Selain dari kejadian di Yan ini, jawatankuasa ini harus menyiasat pembalakan dan perlombongan haram di Negeri Kedah. Jawatankuasa ini juga harus diberikan kuasa untuk mengarah mana-mana pihak berkuasa Negeri dan syarikat swasta berkaitan untuk menjawab didepan panel inkuiri khas ini. Hasil penyiasatannya harus dijadikan laporan umum kepada rakyat Kedah.

Sumber Alam adalah harta warisan keseluruhan rakyat Kedah dan tidak dipunyai oleh mana-mana Kerajaan yang memerintah. Kerajaan hanyalah bertugas sebagai pemegang amanah yang menjaga warisan alam ini bagi pihak rakyat, dan dilarang mengondol kekayaan sumber alam untuk kepentingan segelintir.

Sdr. R. Karthiges
Penyelaras Zon Utara PSM (Kedah)
Ahli JKuasa Pusat PSM

URGENT NEED TO END POLITICKING

PRESS STATEMENT – PARTI SOSIALIS MALAYSIA- 7TH AUGUST 2021


I wish to clarify my tweet that was questioned by friends and critics on why did I say PH should make a deal with PN  to stop politicking and focus on pandemic relieve measures for the rakyat. I am afraid the brief tweet failed to capture fully what I wanted to express in relation to Tony Pua’s comment.


In essence my thoughts are that we face the most serious health crisis of its existence and thousands more are at risk of losing their lives to the Covid 19 virus, the political elite of the country remain engrossed in political scheming.


It is my believe that no Government has a convincing majority to ensure stability and the only way forward is for an interim unity Government as our statement on the 4th August. My tweet in no way is an endorsement for Mahiaddin that he continue to stay in power but merely a suggestion that PH should talk to PN to form an interim unity government until we can return to election for a fresh mandate from the rakyat.


As clearly stated in our PSM earlier statement, we want the vote of Confidence in Parliament to be done now not September. If Mahiaddin fails to secure support, new PM needs to take over to form a interim unity government. We also suggested for a date be fixed for election possibly year from now.


The rakyat should observe closely how the political elite conduct themselves in this crucial period. Are they able to put aside their political games and focus on the well-being of the people? We are in solidarity with the many who put the peoples interest first and we are committed in building a political movement that is grassroots based and can put forward leaders who truly represent the interests of the ordinary citizens.


Dr Jeyakumar (Dr Kumar)
Parti Sosialis Malaysia Chairperson.

PRESS STATEMENT IN RESPONSE PM TAN SRI MUHYIDDINS PUBLIC ADDRESS TODAY

PRESS STATEMENT IN RESPONSE PM TAN SRI MUHYIDDINS PUBLIC ADDRESS TODAY

PARTI SOSIALIS MALAYSIA – 4TH AUGUST, 2021 – PRESS STATEMENT IN RESPONSE PM TAN SRI MUHYIDDIN’S PUBLIC ADDRESS TODAY

4TH AUGUST, 2021

The most enlightening thing about the Prime Minister’s address was that he is willing to test his majority in Parliament when it sits in September, 2021. This would finally put to rest who has the majority once and for all in the open and not is secrecy.

In the next one month PSM feels that the PM will use all his power to buy support, destabilize UMNO through Registrar of Societies (ROS), since it is under the PN government‘s ‘control’. It would also enable pro-PN UMNO camp Hishamuddin and Ismail Sabri team to consolidate their power within UMNO. Whatever done, the rakyat is only interested that Covid 19 cases drop and people are able to resume their livelihood. This perhaps would the biggest challenge the current Government faces.

Most Malaysians are actually fed-up with the current political crisis. They want the Pandemic to be controlled and they feel that Mahiaddin’s failure was in handling the Pandemic rather than his questionable ability to get majority support in Parliament. Covid would ultimately decide the faith of this Government as it has done in to many other Governments in the world.

In these times of uncertainty PSM calls for all Public Institutions and Civil service like the PDRM, MACC and DG of KKM to remain professional and avoid being used by the political elite for them to remain in power and assist the Government by suppressing freedom of expression and protest. Democracy and freedom are always compromised when the ruling party is in crisis.

S. Arutchelvan
Deputy Chairperson
Parti Sosialis Malaysia

Siri 30 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 30 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 30 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011)– Ulangtahun ke 10.

#HariIniDalamSejarah

29 Julai 2011

Dr Kumar memulakan mogok laparnya pagi ini. Persatuan Doktor , Malaysian Medical Association mengeluarkan sebuah kenyataan media menyatakan kerisauan mereka terhadap kesihatan Dr Kumar yang memulakan mogok lapar. MMA juga mengingatkan pihak berkuasa bahawa mereka dilarang mengagalkan aksi mogok lapar ini dengan memberikan makanan secara paksa.

 “ In this regard, the MMA calls upon the authorities to respect international human rights law and not to resort to force-feeding as a means of ending Dr Jeyakumar’s protest. The World Medical Association (WMA) – the body that establishes ethical guidance for doctors around the world – states that force-feeding by any means is considered as unethical and cruel, inhuman and degrading treatment”

“ In accordance with the principles of the Declaration of Malta, the MMA urges the authorities to appoint one of our MMA members as the physician involved in the management of Dr Jeyakumar during his fast, so that we can be assured of his health and welfare and can communicate this with his family and friends on a regular basis, and can intervene medically if and when appropriate, while respecting Dr Jeyakumar’s autonomy and right to carry out this form of non-violent protest”

Pada hari juga suatu memorandum diserahkan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu United Nations , menyeru agar badan antarabangsa itu turut mendesak penmbebasan PSM EO6. Walaupun dihalang oleh polis , tetapi akhirnya kami berjaya menghantar memorandum tersebut.

Pada jam lebih kurang 1pm, Setiausaha Agung PSM, Arul mendapat maklumat dari Pejabat Menteri Hishamuddin Hussein Onn yang PSM EO6 akan dibebaskan. Demi merekodkan maklumat ini, dan untuk mengunakannya jika mereka tidak ikuti janji tersebut, maka beliau menghantar suatu email pada jam 1.35pm.

“ Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengalu-alukan pengumuman Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara atas pembebasan enam orang pemimpin PSM tanpa syarat dan kemungkinan mereka akan dihadapkan ke mahkamah kelak. Ini merupakan apa yang diminta oleh kami dari dulu iaitu – mereka dibebaskan atau didakwa di mahkamah.

Kami berterimakasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam membolehkan 6 tahanan ini dibebaskan dan kami bergembira mereka dapat kembali ke keluarga masing-masing.

PSM memberi syor bahawa PSM akan meneruskan perjuangan politik berdasarkan lunas-lunas Perlembagaan Negara kita

Sekian terima Kasih 

Yang Benar,

S.Arutchelvan

Setiausaha Agung”

29 Julai, 2011 – 1.35pm.

Pada jam lebih kurang 3.42pm – pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan mendesak Kerajaan memberitahu siapakah yang mencipta tohmahan palsu terhadap PSM EO6 itu. Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata

“Malaysians are entitled to ask who are the officers or politicians who had been so ‘creative’ as to concoct the heinous charge under Section 122 of the Penal Code against the PSM activists in the first instance,”

I will ask in the next Parliament session who are the officers who concocted such charges and who are their police superiors who gave the approval, and whether the advice of the attorney-general or his officers had been sought”

Pada jam lebih kurang 4pm lebih, kami diminta untuk hadir ke Balai Polis Jinjang untuk menerima komrad2 PSM EO6 yang akan dibebaskan. Pada masa itu, kami masih ragu-ragu jika makluman itu benar, ataupun mereka akan dibebaskan dan ditahan semula sepertimana yang berlaku pada 2 Julai , 2011 di Kepala Batas Pulau Pinang. Maka kami tidak mengumumkan lagi berita tersebut kepada media ataupun komrad-komrad PSM yang lain.

Pada jam lebih kurang 5.30pm, akhirnya kami berjumpa dengan PSM EO6 dibalai Jinjang dan membawa mereka keluar. Suatu himpunan segera dianjurkan di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall KLSCAH pada malam itu juga memgumumkan kejayaan kuasa rakyat yang dapat membebaskan PSM EO6. 

 



Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Ini merupakan hantaran terakhir dalam siri ini.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis

BEBAS AKTIVIS SARAH IRDINA, HENTIKAN INTIMIDASI TERHADAP AKTIVIS

Parti Sosialis Malaysia mengecam tindakan polis baru baru ini yang jelas ingin mensenyapkan hak bersuara rakyat yang terjamin dalam Perlembagaan Malaysia.

 
 
Dalam masa seminggu ini sahaja para aktivis yang menyuarakan suara agar PM letak jawatan melalui aksi #Lawan di intimidasi dan siasat berulang kali. 
 
 
Kini kami difahamkan aktivis muda Sarah Irdina dari Misi Solidarity  ditahan polis dan akan berada dlm lokap Balai Jinjang sepanjang malam ini.
 
 
Jika apa yg di nyatakan oleh aktivis #Lawan iaitu supaya Perdana Menteri letak jawatan ini menyebabkan tangkapan dan siasatan dibawah Akta Hasutan, maka kenyataan yg sama di sahut berulang kali di Parliament pagi ini apabila dibongkarkan bagaimana Kerajaan PN salahpandu Parliament mengenai isu Ordinan Darurat. Ianya terbongkar dengan kenyataan jelas dari Istana hari ini. 
 
 
Selain dari tangkapan Sarah Irdina hari ini, beberapa doktor juga disoalsiasat dan di intimidasi atas aksi Hartal Doktor. 
 
 
Maka seperti mana yg diseru oleh bekas Ketua Polis, Dato Hamid Bador, polis harus berintegriti dan tidak di gunakan untuk kepentingan politik pemerintah. 
 
 
Maka, PSM mendesak agar Sarah Irdina dibebaskan segera, dan polis harus menghentikan segera tangkapan dan intimidasi terhadap aktivis dan rakyat yang mengkrtitik Kerajaan dan menyuarakan tuntutan dalam ruang demokrasi. 
 
 

Sivarajan Arumugam

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia 
6pm 29hb Julai 2021.
Siri 29 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 29 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 29 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke10

#HariIniDalamSejarah
28 Julai 2011

Mogok Lapar Untuk Keadilan

Pada hari ini, Dr Kumar membuat keputusan untuk melancarkan mogok lapar membantah penahanan tanpa sebab yang berterusan terhadap beliau dan lima lagi kepimpinan PSM. Berikut adalah kenyataan komrad Rani yang telah berjumpa dengan Dr Jeyakumar;

“Apabila saya jumpa suami saya Dr Jeyakumar pada 11 pagi semalam, 27 Julai 2011, beliau suarakan perasaannya yang sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam aktivis PSM yang ditahan di bawah EO sejak 2 Julai 2011.  

Menurutnya, polis enggan berganjak dari posisi asal mereka walaupun PSM 6 telah bekerjasama penuh dan menjawab kesemua soalan yang ditanya semasa soalsiasat dijalankan. Walaupun polis tidak dapat sebarang bukti untuk menjustifikasikan pertahanan lanjutan, namun beliau pasti tempoh tahanan mereka akan dilanjutkan sebab polis dan kerajaan ada agenda sendiri  dan mempunyai tujuan untuk memangsakan PSM6 .

Maka Dr Jeyakumar telah memberitahu saya bahawa beliau akan mulakan mogok lapar pada 28/7/11 untuk mendapatkan keadilan. Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga kesemua PSM6 dibebaskan atau dituduh dimahkamah. Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar kerana berpendapat

 

  1.      Walaupun tuduhan keatas mereka adalah hanya pengerak BERSIH dan ini dinafikan oleh 6 orang tetapi polis sengaja mahu kaitkan mereka dengan tuduhan ini

 

  1.      Walaupun sudah berkali-kali dikatakan PSM tidak ada kaitan dengan PKM dan PSM tiada niat untuk kembangkan fahaman komunis dan selama ini semua aktiviti PSM adalah terbuka dan transparen, tetapi polis cuba memaksa, mereka (frame up) tuduhan-tuduhan palsu keatas PSM 6

 

  1.      Tuduhan menghidupkan komunisme ini hanya berdasarkan beberapa t-shirt dan kebelakangan ini polis sedang bergiat “frame-up” tuduhan baru dan menurutnya ini berdasarkan lawatan-lawatan pemimpim PSM ke luar negara atas jemputan parti sosialis lain di dunia dan cuba bertokoh tambah bahawa PSM ada hubungan rahsia dengan PKM di Thailand.

 

Dr. Jeyakumar menafikan semua tuduhan palsu ini, semua soalan polis menjurus untuk mengeluarkan satu cerita karut untuk melanjutkan tempoh tahanan.

Dr Jeyakumar memberitahu polis dan kerajaan supaya bersikap jujur dan review kerja-kerja dan aktiviti PSM dalam 13 tahun sejak ia ditubuhkan. Di mana semua aktiviti PSM adalah terbuka dan dan jika PSM mengkritik kerajaan BN, itu adalah hak demokratiknya.

Menurut Dr Jeyakumar, beliau telah memberi kerjasama penuh sejak direman di mana beliau telah menandatangani 3 laporan termasuk laporan 45 muka surat di Pulau Pinang. Sekarang SB telah sediakan report dengan 80 mukasurat tetapi Dr Jeyakumar buat keputusan beliau tidak akan tandatanganinya kerana beliau melihat kesemua siasatan sebagai sia-sia sahaja. Polis masih ‘menembak secara liar’ (shooting wildly).

Oleh itu, Dr Jeyakumar telah hilang kepercayaan kepada polis untuk melaksanakan isu ini secara adil. Beliau menuntut supaya Menteri Dalam Negeri mainkan peranan untuk membebaskan atau hadap mereka ke mahkamah. Sehingga hari itu beliau akan buat mogok lapar”

Ketua parti MIC, Dato G Palanivel juga meluahkan rasa ketidakpuashatian terhadap kepimpinan Najib yang terus menahan kepimpinan PSM. Beliau menyeru agar mereka dibebaskan segera.

 

 

Ahli Parlimen Dr. Mujahid Rawa, Ahli Parliament Parit Buntar mengecam penahanan PSM EO6, berikut adalah kenyataan beliau,

Saya begitu simpati dengan dengan penahanan enam anggota PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat atau Emergency Ordinance (EO) di atas kesalahan “menentang Yang di-Pertuan Agung” kononnya menghidupkan fahaman Komunis! Saya yakin saya tidak keseorangan menyatakan simpati terhadap mereka dan keluarga mereka yang ditahan, seluroh rakyat yang cintakan keadilan pasti “meluat” dengan lagak regim yang sedang nazak sekarang terkial-kial cuba mempertahankan keabsahannya dengan cara yang menjijikkan.

Apatah lagi dalam suasana simpati ini, saya mengenali YB Jeyakumar, seorang komrade yang gigih memperjuangkan hak rakyat marhaein. YB Sungei Siput ini terkenal sebagai seorang sosialis dalam makna yang positif dan memperjuangkan suaranya melalui saluran resmi PSM dan dirinya sebagai Ahli Parlimen. Penangkapan mereka di ambang 9 July di Pulau Pinang adalah satu yang malang bagi hak kebebasan rakyat untuk berkumpul dan menyatakan pendirian mereka. Penangkapan mereka memutarkan jam ke belakang untuk rakyat Malaysia yang sudah 59 tahun merdeka.”

Pada ketika itu, PSM bersama dengan Suaram juga telah membuat  keputusan untuk melancarkan suatu protes candle light vigil, bermalam .’overnight’ pada 31hb Julai sempena lengkap 30 hari PSM EO6 ditahan. Dirancang bahawa protes semalam itu akan berakhir di Bukit Aman pada pagi 31 Julai, 2011.

Dari desakan berterusan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengeluarkan kenyataan bahawa tahanan EO6 sebenarnya ‘dilayan dengan baik’. Beliau enggan memberikan apajua jaminan yang mereka akan dibebaskan dengan alasan penyiasatan beterusan.

SUHAKAM juga mengecam tindakan polis yang mengunakan alat pengesan pembohongan yang digunakan terhadap tahanan Letchumanan dan Sarasvathy. SUHAKAM menuntut suatu pertemuan dengan Ketua Polis Negara susulan berita bahawa tahanan telah dipaksa untuk mengambil ujian tersebut.

Suatu protest candlelight vigil juga diadakan di Pulau Pinang, sekitar Kompleks Penyayang.


Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis

 

Siri 28 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 28 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah 
27 Julai 2011

Pada hari selepas desakan dan surat kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein Onn, maka pihak polis membenarkan keluarga tahanan berjumpa dengan PSM EO6 di enam balai yang berlainan.

Suatu sidang akhbar juga diadakan bersama wakil keluarga tahanan masing-masing, selepas mereka telah berjumpa dengan PSM EO6.  

Dalam sidang media ini juga dibongkarkan bahawa komrad Sarasvathy dipaksa untuk mengambil ujian pembohongan ‘lie test’. Setiausaha Agung PSM S. Arutchelvan membuat aduan polis bahawa M. Sarasvathy dipaksa menandatangani dokumen keterangan 62 mukasurat tanpa kerelaan beliau. Suatu mesin polygraph disambung kepada badannya kononnya untuk mengesan samaada beliau bohong ataupun tidak.

Akibat dari tekanan tersebut, Saras mengalami sakit dada dan dibawa ke Hospital.

PSM juga mencabar Ketua Polis Negara untuk membuktikan dengan dokumen klip video jika benar-benar PSM bergerak sebagai kumpulan Al Maunah dan mengumpulkan senjata untuk menumbangkan Kerajaan. Sejak PSM melancarkan kempen “Udah lah tu Bersaralah BN” pasukan polis merekod keseluruhan pergerakan kami dengan video. Maka dimana buktinya?

Dato Dr. Subramaniam

Seorang lagi Menteri dalam kabinet Najib Razak menyuarakan ketidakpuashatian terhadap penahanan beterusan itu. Dato Dr. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia mengatakan seperti berikut.

The IGP and Home Ministry should review the continual arrest of Dr (Michael) Jeyakumar and five others under the Emergency Ordinance. To date the police have not shown any convincing evidence that they were involved in an armed struggle to overthrow the government. There are also confusing signals that they were arrested because of their involvement in Bersih. They were, however, arrested much earlier than the Bersih event. Moreover many others involved in Bersih have not been arrested and those arrested have been released.

Pada hari ini, juga suatu protes membotakkan kepala diadakan di Penang membantah penahanan beterusan PSM EO6. Protes ini diambil bahagian oleh, Soh Sook Hwa, ADUN, YB Teh Yee Cheu di pasar Bayan Baru.

Dr Kumar juga memaklumkan bahawa beliau akan memulakan protes mogok lapar dalam tahanan membantah tahanan tanpa sebab ini. Mogok lapar akan bermula besok 28 Julai, 2011.


Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis

Siri 26 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah 
25 Julai 2011

PSM buat aduan polis kerana risau tahanan PSM EO6 didera dan kesihatan mereka terancam. Polis enggan memberikan lawatan keluarga walaupun selepas 10 hari sejak lawatan terakhir.

Sebuah lagi organisasi hak sasi manusia anatarabangsa , Forum Asia juga mengecam penangguhan pendengaran kes Habeas Corpus ke 12 Ogos, 2011.

We believe the postponement of the habeas corpus hearing violates the six PSM leaders’ right to a fair trial, and denies them the right access to justice as well as their right to liberty. Article 9 of the Universal Declaration of Human Rights stipulates that “nobody shall be subjected to arbitrary arrest, detention or exile”, yet, the Emergency Ordinance (EO) allows for indefinite detention without trial

 

Pada malam hari seperti setiap malam, kami mengadakan protes candle light di hadapan Bukit Aman. Kali ini polis lebih kejam dan membawa arahan yang baru bahawa kami tidak boleh mengadakan protes tersebut dan kami harus bersurai.


Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis

Siri 24 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah 
23 Julai 2011

23 Julai – Pada hari ini kita menjejaki semula kebangkitan rakyat di Malaysia dan juga diluar negara yang telah mengecam penahanan PSM EO6 dan mendesak mereka dibebaskan segera. Diantara kenyataan tersebut adalah seperti berikut;

Dari Barisan Nasional

Khairy Jamaluddin , Ketua Pemuda UMNO: “Penahanan enam aktivis PSM oleh pihak polis adalah berdasarkan informasi yang tidak tepat , dan saya akan sendiri menyatakannya kepada Perdana Menteri bila beliau balik dari lawatan luar negaranya.  Kerajaan telah bertindak berdasarkan informasi yang salah. Saya pernah mendengar banyak ucapan Dr. Jeyakumar di parlimen. Ucapan beliau sangat intelektual dan bukannya subversif”

Kementerian Dalam Negeri menjanjikan bahawa sekiranya penahanan EO6 adalah berunsur politik, maka mereka akan dibebaskan dengan serta-merta. Kepastian ini diberi oleh Datuk Markiman Kobiran, Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri.

Gan Peng Siu, AJK Pusat MCA : “Saya berpendapat tidak siapa pun akan percaya yang PSM 6 hendak melancarkan perang terhadap negara. Penerusan penahanan mereka ini akan memberi kesan buruk terhadap kredibiliti polis”

Datuk Chang Ko Youn, Timbalan Presiden, Parti Gerakan : “PSM 6 harus dibebaskan tanpa syarat sekiranya mereka tidak membuat apa-apa jenayah. Kalau jenayah telah dibuat, maka mereka harus didakwa di mahkamah. Ini adalah kerana penahanan PSM 6 ini tanpa bicara akan menurunkan imej negara di mata dunia

Pakatan (Pakatan Rakyat pada masa itu)

Datuk Seri Anwar Ibrahim,Ketua Pembangkang : “Penahanan PSM 6 ini adalah tidak sah dan mereka harus dibebaskan dengan segera. Penahanan seorang ahli Parlimen adalah penghinaan kepada pengalaman demokrasi”

YB Lim Kit Siang , Penasihat DAP: “Sesiapa yang telah membuat tudahan yang tidak berasas dan menyebabkan penahanan 6 aktivis PSM mesti dibongkarkan dan kerajaan mesti memberi penjelasan untuk penahanan dibawah Akta Darurat ini. Penahanan PSM 6 adalah penghinaan kepada undang-undang”

Yb Salahudin Ayub, AJK Pusat PAS (pada masa itu) : “Apa rasional terus menahan 6 aktivis PSM? Kalau BERSIH adalah isunya, perhimpunan BERSIH sudah tamat. Maka kenapa mereka tidak dilepaskan

Selain dari ahli politik pelbagai kumpulan juga telah mengecam penahanan EO 6 ini seperti berikut

  • Persatuan Perubatan Dunia (World Medical Association)
  • Malaysia Medical Association (MMA)
  • 176 doktor perubatan dari MMA cawangan Perak
  • Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia
  • Persatuan Perubatan Swasta Kedah dan Perlis
  • Persatuan Pengamal Perubatan Pulau Pinang
  • Persatuan Pengamal Perubatan Perak
  • Persatuan Pengamal Perubatan Selangor dan Kuala Lumpur
  • Persatuan Pengamal Perubatan Pahang
  • Persatuan Pengamal Perubatan Sarawak
  • Majlis Peguam Malaysia

Lebih 90 badan bukan kerajaan juga membantah penahanan EO6 ini dan menuntut mereka dilepaskan dengan segera!

  1. ALIRAN KESEDARAN NEGARA (ALIRAN)
  2. Center for Orang Asli Concerns
  3. Centre for Independent Journalism Malaysia
  4. Civil Right committee, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall
  5. Civil Society Committee of LLG Cultural Development Centre
  6. Community Action Network (CAN)
  7. Community Development Centre
  8. Democratic Action Party (DAP)
  9. Friends of Kota Damansara
  10. Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK)
  11. Generation 709
  12. Gindol Initiative for Civil Society Borneo
  13. Health Equity Initiatives
  14. Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
  15. Jaringan Rakyat Tertindas ( JERIT)
  16. Lawyers for Liberty
  17. MADPET (Malaysians Against Death Penalty and Torture)
  18. Malaysia Youth and Students Democratic Movement(DEMA)
  19. Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  20. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
  21. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  22. Parti Islam Semalaysia (PAS)
  23. Persatuan Alumni Kolej New Era
  24. Persatuan Alumni PBTUSM Selangor & Kuala Lumpur
  25. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
  26. PERSATUAN MASYARAKAT SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (PERMAS)
  27. Persatuan Prihatin Komuniti Kuala Lumpur & Selangor (Prihatin)
  28. PUSAT KOMAS (KOMAS)
  29. Saya  Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  30. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
  31. Student Progressive Front New Era College
  32. Student Progressive Front UPM
  33. Student Progressive Front USM
  34. Student Progressive Front UUM
  35. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  36. Tenaganita
  37. Women’sAid Organisation (WAO)
  38. Youth for change (Y4C)
  39. Bersih 2.0 UK chapter
  40. Gabungan Mansuhkan ISA
  41. Gabungan Mansuhkan ISA UK Chapter
  42. PERAK WOMEN FOR WOMEN SOCIETY (PWW)
  43. Young Buddhist Association of Malaysia
  44. Dewan Perhimpunan China Negeri Sembilan
  45. Persatuan Kwang Tung Negeri Sembilan
  46. Persatuan Eng Choon Negeri Sembilan
  47. Persatuan Teo Chew Negeri Sembilan
  48. Persatuan Keturunan Lai Negeri Sembilan
  49. LLG Cultural Development Foundation, Negeri Sembilan State Laision Commitee
  50. Persatuan Kawan Karib Negeri Sembilan
  51. Methodist Chinese Church Seremban
  52. Pemuda Dewan Perhimpunan China Negeri Sembilan
  53. Pemuda Kwang Tung Negeri Sembilan
  54. Pemuda Kwang Si Negeri Sembilan
  55. Pemuda HaiNan Negeri Sembilan
  56. Pemuda Teo Chew Negeri Sembilan
  57. Pemuda Siong Kong Negeri Sembilan
  58. Persatuan Belia Prihatin Malaysia cawangan Negeri Sembilan
  59. Xiang Lian Qing Negeri Sembilan
  60. Kelab Sukan dan Rekreasi Taman Layang-layang Seremban
  61. Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK)
  62. Semparuthi Tholargal
  63. Peguam : Amer Hamzah Arshad
  64. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
  65. Pertubuhan Wartawan & Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang(PEWAJU)
  66. Pertubuhaan Kebajikaan Baitul Fiqh
  67. People Living With Hiv and AIDS
  68. Malaysia Hindu Sangam (inclusive of 1761 Hindu Temples)
  69. Malaysian Hindu Youth Council
  70. Yayasan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Tamil Malaysia (Tamil Foundation)
  71. Education and Research Association of Consumer, Malaysia
  72. Malaysian Dravidian Association
  73. Group of Concerned Citizens
  74. Child Information, Learning and Development Centre
  75. Nationwide Human Development And Research Centre
  76. Malaysian Indian Youth Development Foundation
  77. Klang Consumer Association
  78. Divine Life Society PJ
  79. World Tamil Federation – Malaysian Chapter
  80. Child Development Initiative
  81. Tamil Forum Malaysia
  82. Semparuthi Iyakkam Selangor
  83. Centre for Tamil Studies
  84. MyOverseasVote
  85. BERSIH 2.0 Australia
  86. Persatuan Bahasa Tionghua USM
  87. Jamaah Islah Malaysia (JIM)
  88. Malaysia Christian Youth Association (MCYA)
  89. Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia(GBBM), cawangan Negeri Sembilan
  90. Methodist Chinese Church Seremban, Young Adult Fellowship

Tambahannya juga kumpulan antarabangsa telah mengecam tindakan kerajaan Malaysia menahan tanpa bicara enam aktivis PSM ini : Organisasi tersebut ialah ;

  1. Amnesty International (AI), UK
  2. Freedom House, US
  3. Forum Asia, Bangkok
  4. Human Rights Watch (HRW), US
  5. Front line Defender, Ireland
  6. World Organisation against torture (OMCT), Geneva
  7. International Federation for Human Rights (FIDH), France
  8. International Court of Justice (ICJ)
  9. KONTRAS (Indonesia)
  10. SDMA (Solidarity for Democratization Movements in Asia), Korea
  11. Socialist Alliance (Australia),
  12. Working People Association – Reorganisaton Committee (KPO-PRP Indonesia),
  13. Resistance (Australia),
  14. Labour Party Pakistan (LPP),
  15. Party of Labouring Masses (PLM, Philippines), 
  16. Socialist Aotearoa (NZ),
  17. Solidarity (Australia),
  18. Peoples Democratic Party (PRD Indonesia),
  19. Political Committee of the Poor-People’s Democratic Party (Indonesia),
  20. All Pakistan Federation of United Trade Unions,Radical Socialists (India)
  21. All Together (South Korea),
  22. Nava Sama SamajaParty (NSSP, Sri Lanka),
  23. Revolutionary Socialist Party (RSP, Australia),
  24. Australia Asia Worker Links,
  25. Vi Pham (Vietnam),
  26. Swedish Left Party,
  27. Partido ng Manggagawa (Philippine),
  28. Herlounge (Indonesia),
  29. Empower Foundation (Thailand),
  30. Confederation Congress of Indonesia Union Alliance (KASBI),
  31. Partido Obrero Revolucionario (Spain),
  32. Vipar Daomanee (Thailand),
  33. Socialist Alternative (Australia),
  34. Union de Militantes por el Socialismo (UMS, Argentina).

 

Laporan polis & Petisyen Pembebasan

15,000 orang telah menandatangani petisyen menyokong pembebasan EO6 ini. Dalam petisyen online pula dapat 10,000 orang yang membantah penahanan EO6 ini. 530 individu juga telah membuat laporan polis di seluruh negara membantah penahanan EO6 dan menuntut pembebasan 6 orang aktivis PSM ini.

Di Hong Kong, suatu protest telah diadakan menuntut pembebasan PSM EO6