Siri 28 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 28 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah 
27 Julai 2011

Pada hari selepas desakan dan surat kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein Onn, maka pihak polis membenarkan keluarga tahanan berjumpa dengan PSM EO6 di enam balai yang berlainan.

Suatu sidang akhbar juga diadakan bersama wakil keluarga tahanan masing-masing, selepas mereka telah berjumpa dengan PSM EO6.  

Dalam sidang media ini juga dibongkarkan bahawa komrad Sarasvathy dipaksa untuk mengambil ujian pembohongan ‘lie test’. Setiausaha Agung PSM S. Arutchelvan membuat aduan polis bahawa M. Sarasvathy dipaksa menandatangani dokumen keterangan 62 mukasurat tanpa kerelaan beliau. Suatu mesin polygraph disambung kepada badannya kononnya untuk mengesan samaada beliau bohong ataupun tidak.

Akibat dari tekanan tersebut, Saras mengalami sakit dada dan dibawa ke Hospital.

PSM juga mencabar Ketua Polis Negara untuk membuktikan dengan dokumen klip video jika benar-benar PSM bergerak sebagai kumpulan Al Maunah dan mengumpulkan senjata untuk menumbangkan Kerajaan. Sejak PSM melancarkan kempen “Udah lah tu Bersaralah BN” pasukan polis merekod keseluruhan pergerakan kami dengan video. Maka dimana buktinya?

Dato Dr. Subramaniam

Seorang lagi Menteri dalam kabinet Najib Razak menyuarakan ketidakpuashatian terhadap penahanan beterusan itu. Dato Dr. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia mengatakan seperti berikut.

The IGP and Home Ministry should review the continual arrest of Dr (Michael) Jeyakumar and five others under the Emergency Ordinance. To date the police have not shown any convincing evidence that they were involved in an armed struggle to overthrow the government. There are also confusing signals that they were arrested because of their involvement in Bersih. They were, however, arrested much earlier than the Bersih event. Moreover many others involved in Bersih have not been arrested and those arrested have been released.

Pada hari ini, juga suatu protes membotakkan kepala diadakan di Penang membantah penahanan beterusan PSM EO6. Protes ini diambil bahagian oleh, Soh Sook Hwa, ADUN, YB Teh Yee Cheu di pasar Bayan Baru.

Dr Kumar juga memaklumkan bahawa beliau akan memulakan protes mogok lapar dalam tahanan membantah tahanan tanpa sebab ini. Mogok lapar akan bermula besok 28 Julai, 2011.


Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis

Siri 19 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 19 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah
18 Julai 2011

18 Julai – Perjuangan pembebasan aktivis PSM EO6, diteruskan dan lebih ramai lagi individu dan organisasi turut mengeluarkan kenyataan mengkritik Kerajaan yang menahan PSM EO6 secara berterusan.

Organisasi Promotion of Human Rights (Proham) mengatakan bahawa mereka ragu Kerajaan BN akan melepaskan tahanan EO6. Pengerusinya, Simon Sipaun berkata “ Personally, I doubt it,” . Datuk Dr. Denison Jayasooria dari Proham juga berkata “There must be stronger justification to detain (people under the EO)… These times do not seem to indicate that we are in a state of emergency,

Tan Sri Simon Sipaun
Tan Sri Simon Sipaun
Datuk Dr. Denison Jayasooria
Datuk Dr. Denison Jayasooria

“There must be stronger justification to detain (people under the EO)… These times do not seem to indicate that we are in a state of emergency,

Datuk Dr. Denison Jayasooria 

Ahli Proham dan bekas Hakim KC Vohrah juga mengeluarkan kenyataan tegas mengenai Ordinan Darurat. Beliau berkata “ The trouble with the EO is transparency. We do not know what the offence is. If they (detainees) are charged in court, then the public will know,” he said, adding that due process would be given to the detainees. But now it is kept under wraps. We don’t know what is happening. Do we listen to what the police are saying or what the politicians are saying?”

Kepimpinan PSM Dr Nasir Pengerusi PSM, Arulchelvan SUA dan Bendahari PSM Sivarajan hadir diri di KDN menawarkan diri untuk disiasat oleh KDN. Setiausaha kepada Menteri Dalam Negeri pada ketika itu Hishamuddin Hussien Onn, Datuk Markiman Kobiran menghubungi PSM dan memberitahu bahawa tahanan EO6 akan dibebaskan jika ianya tahanan politik . Beliau juga berjanji dengan PSM akan menyampaikan hasrat PSM mengadakan pertemuan terus dengan Hishamuddin.

 

Setakat 18hb.Julai, laporan polis terhadap Ketua Polis , Timb Ketua Polis dan Menteri telah meningkat ke 486 laporan oleh rakyat dari pelbagai latar belakang dari seluruh Negara.

Organisasi pelajar DEMA dan juga Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga menyampaikan memorandum mendesak pembebasan PSM EO6 pada hari ini juga. 

 


Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis

 

 

Siri 18 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

Siri 18 – Memperingati Perjuangan Pembebasan Aktivis PSM EO6 (2011) – Ulangtahun ke-10

#HariIniDalamSejarah
17 Julai 2011.

17 Julai – 4 organisasi penting mendesak Setiausaha Negara Amerika State Secretary, Hillary Clinton untuk mengkritik Kerajaan Malaysia menindas himpunan BERSIH 2 dan juga tahanan PSM EO6.

Dalam surat yang dihantar oleh 4 organisasi hak asasi manusia antarabangsa iaitu Amnesty International USA, Human Rights Watch, Freedom House and Physicians for Human Rights. Dalam surat tersebut mereka mendesak ..

The US should immediately demand a full and impartial investigation into use of excessive violence by the police, end preventive detention of the six Parti Sosialis Malaysia (PSM) leaders, and un-ban Bersih so that discussions can go forward on badly-needed electoral reforms.”

 “We want the US government to publicly call on the Malaysian government to immediately end all use of preventive detention to hold Bersih, PSM supporters, and other groups that advocate peacefully and stop using laws that provide for preventive detention for political reasons,”

 

Sehingga 17 Julai, 2011, sebanyak 424 laporan polis terhadap Ketua Polis Negara,  Timb Ketua Polis dan Menteri Dalam Negeri telah dibuat mengecam tuduhan palsu dan tahanan berterusan tanpa asas terhadap PSM EO6.

Sekumpulan anak muda yang mengelar diri sebagai generasi 709, ‘Generation 709’ menyambut ulangtahun seminggu sejak himpunan BERSIH memperingati kematian seorang protestan BERSIH, Baharuddin Ahmad. Diketuai oleh Lee Khai Loon seramai 30 orang membuat perarakan singkat dari Taman KLCC Park ke to Avenue K seberang jalan. Generasi 709 juga , mendesak agar aktivis PSM EO6 dibebaskan segera.

Generation 709
Generation 709

Pada hari ini juga, seramai 176 doktor dari organisasi Malaysian Medical Association (MMA) cawangan Perak dan Perak Medical Practitioners Society mengeluarkan kenyataan bersama mendesak agar Dr Kumar dibebaskan segera.

Dalam kenyataan bersama mereka , para doktor mendesak berikut;

We urge the immediate release of our colleague, who is also the Member of Parliament Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj.

Dr Jeyakumar and five other Socialist Party of Malaysia (PSM) members were ‘illegally’ detained under the Emergency Ordinance recently. They have been placed in a cruel and unjust situation. They were first accused of waging war against the King and now of being a threat to national security, allegedly trying to revive communist ideology. They are subjected to interrogation and solitary confinement, denied proper visitation rights with their lawyers and close family members. This is of course unacceptable in a civil and democratic society. 

Protes juga diadakan di Speaker Corner di Pulau Pinang.

Pada 17 Julai juga, protes candle light vigil di Kajang diadakan pada malam hari. Ramai turun dari kawasan Kajang memberikan solidariti. Protest diadakan didepan Jalan Besar Kajang di pusat Bandar Kajang.  


Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.

#PartiSosialis

ℹ️ Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di ? t.me/partisosialis

Tiada penjelasan mengenai isu utama dalam kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor tentang perobohan kedai-kedai di Kampung Manickam

Tiada penjelasan mengenai isu utama dalam kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor tentang perobohan kedai-kedai di Kampung Manickam

Respon kepada kenyataan Kerajaan Negeri Selangor mengenai isu perobohan kedai-kedai dan gerai-gerai di Kampung Manickam, Bangi Lama

oleh S. Arutchelvan, 9 April 2021

Saya berasa simpati dan lucu melihat “kawalan kerosakan” (damage control) yang cuba dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor, melalui kenyataan bertarikh 8 April 2021 oleh YB Ng Sze Han selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, mengenai isu perobohan gerai-gerai dan kedai-kedai di Kampung Manickam Bangi Lama dan kawasan sekitarnya pada 6 April 2021. Kami juga cukup sedar bahawa kenyataan ini dibuat dalam tempoh 48 jam selepas kritikan-kritikan teruk yang dilontarkan oleh pelbagai pihak mengenai cara Kerajaan Negeri Selangor menangani isu pengusiran pada masa COVID-19. Namun, kenyataan Exco Kerajaan Negeri ini langsung tidak menyentuh perkara pokok dalam isu ini.

Isu utama di sini adalah:

  1. Mengapa pengusiran dijalankan semasa rakyat menghadapi tekanan ekonomi pada ketika pandemik COVID-19?
  2. Mengapa gerai alternatif tidak diberikan sebelum dirobohkan? YB Mazwan, ADUN Sungai Ramal, dalam kenyataannya dalam Malaysiakini, mengatakan bahawa tidak ada kesegeraan (urgency) untuk membuat perobohan pada masa itu.
  3. ADUN Sungai Ramal memberitahu kepada peniaga-peniaga terbabit dan saya bahawa Menteri Besar telah memberitahunya operasi perobohan tidak akan dilakukan pada hari Selasa lalu dan hanya akan dilakukan selepas penempatan alternatif diberikan, manakala Pegawai Daerah (DO) pula mengatakan bahawa Menteri Besar meminta supaya operasi diteruskan setelah mendengar pandangan semua pihak. Maka siapa yang bercakap benar – Menteri Besar, Pegawai Daerah atau ADUN Sungai Ramal?
  4. YB Ronnie Liu (ADUN Sungai Pelek) mengatakan bahawa perobohan pada hari Selasa yang lalu itu melanggar dua dasar Kerajaan Pakatan Harapan (PH), iaitu yang pertama, memberikan tempat alternatif terlebih dahulu baru menjalankan perobohan; dan yang keduanya adalah tidak menyusahkan rakyat semasa Pandemik COVID-19.

Selain itu, kenyataan damage control oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor tersebut cuba memberikan penekanan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menjunjung tinggi keluhuran undang-undang dan menghormati proses-prosesnya.

Namun pandangan ini tercalar kerana timbul persoalan-persoalan berikut:

  1. Bagaimanakah seorang peniaga yang kaya di Kampung Manickam telah membina kedai-kedai untuk lebih 20 tahun di atas tanah rizab kerajaan dan juga mengutip sewa daripada peniaga-peniaga kecil, tetapi tidak ada sebarang tindakan penguatkuasaaan diambil terhadapnya?
  2. Ada gambar video yang menunjukkan peniaga kaya tersebut telah membawa dua orang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dalam keretanya, di mana aduan berkenaan telah dibuat oleh peniaga-peniaga kecil Kampung Manickam melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) pada 29 Januari 2021 (ID tiket: SEL.073112)
  3. Salah seorang peniaga gerai makanan juga telah mengadu bahawa pada bulan Januari lalu, adanya satu cadangan bahawa dia membayar duit sewa kepada Koperasi MPKj secara bulanan tetapi tawaran itu terbatal apabila mendapat satu notis lagi pada hari keesokannya.
  4. Sebelum ini, peniaga kaya itu (pemilik lot tanah yang bersebelahan dengan tanah rizab kerajaan) juga telah membawa samseng upahan untuk membantu TNB dalam memotong bekalan elektrik kepada gerai-gerai yang dibina di atas tanah rizab kerajaan di Kampung Manickam? Satu aduan polis juga telah dibuat oleh pekedai-pekedai Kampung Manickam pada 8 Ogos 2020.

Akhir kata, ini adalah masa untuk mengambil tanggungjawab dan mengubati kecederaan. Saya difahamkan bahawa semua pengusaha gerai dan kedai yang dirobohkan masih belum mendapat sebarang tawaran sehingga hari ini, dan saya juga dimaklumkan bahawa kerja-kerja perancangan untuk tempat alternatif masih belum disiapkan. Ada banyak kerja lain yang harus dilaksanakan sebelum tempat alternatif ini dapat siap. Selain itu, saya masih memikirkan bagaimana bengkel mekanik boleh dimasukkan dalam kawasan tempat alternatif di Pasar Bangi Lama yang dicadangkan?

 

S. Arutchelvan
Timbalan Pengerusi
Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Hutang isi rumah dan penurunan gaji lepasan siswazah

Hutang isi rumah dan penurunan gaji lepasan siswazah

1. Pemuda Sosialis memandang serius hutang isi rumah yang telah meningkat ke 93.3% dan penurunan gaji lepasan siswazah yang telah mencecah gaji minima negara. Pemuda Sosialis amat kecewa dengan tindakan kerajaan yang langsung tidak mengendahkan isu ini.

2. Pemuda Sosialis berpendapat bahawa kedua-kedua situasi ini berlaku bukan sahaja akibat pandemik, malah ia adalah kesan kegagalan polis-polisi kerajaan selama lebih 20 tahun. Dasar penswastaan yang berleluasa dan polisi-polisi yang berpihak kepada keuntungan besar syarikat-syarikat swasta dan sistem perbankan telah membawa negara kita ke situasi dan ekonomi yang rapuh hari ini.

3. Walaupun masalah tunjangnya adalah akibat sistem ekonomi kapitalisme neoliberal, Pemuda Sosialis dan Parti Sosialis Malaysia telah mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk membantu rakyat terutamanya sepanjang pandemik ini.

4. Pemuda Sosialis menggesa kerajaan untuk laksanakan moratorium automatik terutamanya kepada golongan B40 sehingga ekonomi menjadi stabil. Moratorium automatik akan memastikan rakyat mempunyai sedikit sebanyak duit untuk mereka memenuhi keperluan harian mereka dan memastikan ekonomi lokal berjalan sedikit lancar. Pemuda Sosialis tidak memahami keperluan kerajaan untuk meneruskan pembayaran balik apabila pihak bank masih mencatat keuntungan berjuta-juta/berbillion semasa moratorium fasa pertama.

5. Pemuda Sosialis berpendapat bahawa pendekatan-pendekatan yang diambil untuk “upskilling” dan melatih semula siswazah sebagai usaha menurun pengangguran tidak efektif langsung. Insentif-insentif kepada syarikat swasta langsung tidak masuk akal dalam usaha menangani pengangguran. Pemuda Sosialis ingin menekan kerajaan untuk membuka luas sektor kerajaan melalui Skim Jaminan Pekerjaan sebagai satu usaha mewujudkan peluang pekerjaan. Pekerjaan-pekerjaan yang diwujudkan dalam skim ini harus diberikan gaji kehidupan wajar yang berpatutan berdasarkan jangka masa tertentu.

6. Kerajaan boleh fokus untuk merancakkan penyelidikan dan pengindustrialisasi teknologi yang melibatkan tenaga hijau, melebihkan pekerja-pekerja sosial yang boleh membantu rakyat miskin dan mengutip data untuk kerajaan dan melebihkan tenaga pekerjaan di sektor kesihatan dan pendidikan. Pekerjaan yang diwujudkan melalui Skim Jaminan Pekerjaan akan menjadi satu anjakan paradigma yang efektif dalam menangani masalah pengangguran di negara kita. Pekerjaan-pekerjaan yang terjamin dengan gaji kehidupan wajar ini juga akan menekan majikan-majikan swasta yang menggunakan kesempatan kemelesetan ekonomi untuk mengurangkan tawaran gaji.Soalannya di sini, adakah kerajaan ini atau yang akan datang mempunyai keinginan politik untuk melaksanakannya?

7. Pemuda Sosialis juga berpendapat bahawa satu skim UBI yang diubah suai dilancarkan supaya dapat membantu golongan miskin dan juga kepada pekerja-pekerja berpendapatn rendah yang telah kehilangan kerja. Kehilangan kerja dalam jangka masa ini bukanlah salah rakyat atau golongan pekerja. Ia adalah disebabkan kegagalan polisi dalam mewujudkan pekerjaan dan disebabkan pandemik.

8. Pemuda Sosialis kecewa dengan respons menteri-menteri kerajaan Perikatan Nasional yang menasihati lepasan graduan untuk menerima kerja yang mencecah paras gaji minima. Alasan bahawa mempunyai kerja dalam jangka masa ini lebih baik daripada menganggur adalah jawapan yang angkuh dan tidak bijak daripada Menteri-menteri tertentu.

9. Pemuda Sosialis berpendapat bahawa selagi kita bergantung kepada pelaburan asing untuk mewujudkan pekerjaan tanpa membuka luas sektor kerajaan, masalah pengangguran tidak akan diselesaikan langsung. Pendekatan seperti memberi elauns kepada para majikan yang mengambil lepasan graduan, pelepasan cukai dan lain-lain yang hanya fokus untuk menggembirakan para majikan tidak akan selesaikan masalah ini. Kegagalan pendekatan dapat kita lihat dari pentadbiran Pakatan Harapan lagi yang gagal melibat terus dalam proses mewujudkan pekerjaan.

oleh;

Gandipan Nantha Gopalan,
Setiausaha Pemuda Sosialis
(7/4/2021)

Teruknya Pakatan Harapan! – Komen Arul mengenai perobohan kedai di Kampung Manikam

Teruknya Pakatan Harapan! – Komen Arul mengenai perobohan kedai di Kampung Manikam

(asalnya dipaparkan di Sosialis.Net)

oleh S. Arutchelvan
Bangi Lama, 6 April 2021

Walaupun kadangkala ada perkara yang saya tidak bersependapat dengan Ketua Pakatan Harapan (PH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saudara Anwar Ibrahim; tetapi dalam bab membela rakyat berpendapatan rendah, marhaen dan sebagainya, saya cukup kagum dengan pendirian DSAI yang sentiasa konsisten dan berjiwa rakyat.

Hari ini harapan ini kecundang, bukan kerana Anwar Ibrahim tetapi bagaimana Kerajaan PH Selangor menangani isu kedai-kedai dan gerai-gerai golongan berpendapatan rendah. Di sini, saya tidak mahu salahkan Pejabat Tanah atau Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kerana mereka hanyalah pelaksana polisi. Namun cara ahli politik PH mengendalikan isu hari ini cukup mendukacitakan, zalim dan angkuh.

Menteri Besar dari PKR, ADUN dari Parti Amanah dan Ahli Parlimen dari DAP. Ini bukan kawasan pembangkang. Rakyat yang kedai dan gerai diroboh hari ini ialah peniaga kecil seperti penjual bunga, penjahit pakaian, pengusaha kedai makan, mekanik dan sebagainya. Gerai dan kedai mereka walaupun di atas tanah rizab kerajaan tetapi ia adalah kecil, tidak mengganggu lalu lintas, tidak menghalang pembangunan dan tidak pula menimbulkan pencemaran sungai dan sebagainya. Kedai-kedai dan gerai-gerai ini sudah lama di sini dan ada yang berusia lebih 40 tahun dan merupakan sebahagian landskap Pekan Bangi Lama. Hari ini keharmonian dan ketenteraman ini dihancurkan oleh mesin-mesin jentolak yang datang merobohkan sebanyak 12 buah gerai dan kedai di sana. Orang ramai terperanjat melihat gerai-gerai kunjungan harian mereka diratakan begitu sahaja.

Walaupun gerai-gerai ini sudah lama diberi notis, tetapi mereka telah mencuba banyak perkara. Mereka disuruh membuat permohonan ini dan itu di Pejabat Tanah dan MPKj, mereka memang mencuba. Mereka disuruh tulis surat rayuan, mereka telah tulis. Mereka diminta isi borang itu dan ini, mereka juga isi. Mereka melakukan semua itu dan akhirnya mendapat surat penolakan. Kadangkala saya rasa, adakah ini hanya taktik untuk memberikan harapan palsu demi harapan palsu tanpa penyelesaian.

Pada hari kelmarin, ADUN tempat mereka, YB Mazwan memberitahu saya bahawa beliau sedang merancang tempat ganti untuk mereka di Pasar Bangi dan memberi jaminan bahawa kedai/gerai ini tidak akan diroboh. Malah mereka akan dibenarkan beroperasi sehingga tempat alternatif siap. Begitu juga berita daripada Ahli Parlimen di situ. Kedua-dua orang wakil rakyat ini semalam nampak macam setuju bahawa ini zaman COVID-19 dan krisis ekonomi, bukan masa untuk menghukum rakyat biasa. Semalam ADUN pula bercakap kepada pemilik kedai dan gerai bahawa tiada operasi perobohan pada hari ini dan beliau berjaya bercakap dengan MB dan dapat selesaikan masalah sehingga tempat alternatif disediakan.

Namun hari ini, operasi perobohan tetap dijalankan juga. Janji ADUN tidak ditepati. Pegawai Daerah (DO) berkata, siapa cakap operasi ini tidak akan dilaksanakan? Yang amat sedih bagi saya adalah, semasa rakyat biasa menunggu, termasuk pegawai penguatkuasa turut menunggu untuk ADUN datang memberi pencerahan, tetapi ADUN yang menaburkan janji semalam, tidak mahu mengambil telefon atau menjawab mesej teks. Tidak mahu turun bersama apabila rakyat bersusah. Jika Mat Sabu di depan saya, saya akan tanya, inikah kualiti ADUN Parti Amanah? Ahli Parlimen dari DAP pula tidak mahu turun dan berkata beliau boleh lawat tempat ini pada hari Ahad nanti. Inikah cara rakyat akan dilayan? Inikah kualiti ADUN dan Ahli Parlimen PH?

Sekarang saya dengar cerita bahawa ADUN AMANAH merasakan beliau disabotaj oleh Menteri Besar dari PKR. Apabila saya dengar alasan macam ini, tertanya-tanya saya, begitu terukkah PH sehingga tidak dapat merasai keperitan rakyat? Setiap orang ada jari untuk dituding.

Saya kecewa kerana tidak dapat selamatkan rumah orang miskin hari ini tetapi saya masih berasa bertanggungjawab apabila rakyat telefon saya. Jika begini cara PH layan orang biasa di sebuah pekan yang tidak banyak aktiviti ekonomi, kasihanlah rakyat Malaysia.

S. Arutchelvan
Timbalan Pengerusi
Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Empangan Nenggiri: Tarif Elektrik Akan Naik, Bukan Turun

Empangan Nenggiri: Tarif Elektrik Akan Naik, Bukan Turun

Kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah bahawa Empangan Nenggiri akan menurunkan tarif elektrik ialah kenyataan yang mengelirukan rakyat kerana pada hakikatnya tarif elektrik akan naik.

Menurut laporan oleh UKM Pakarunding Sdn Bhd selaku perunding projek, Empangan Nenggiri hanya akan beroperasi kurang daripada 4 jam sehari. Maka, jumlah waktu operasi Empangan Nenggiri adalah kurang daripada 2 bulan setahun.

Kenapa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) membina empangan yang hanya akan digunakan selama 2 bulan setahun?

Menurut laporan Suruhanjaya Tenaga (ST), jumlah kapasiti stesen janakuasa berlebihan yang dikenali sebagai kadar rizab margin elektrik akan mencapai 43% pada tahun 2027 apabila Empangan Nenggiri mula beroperasi. Kadar rizab margin elektrik optimum yang disyorkan untuk Semenanjung Malaysia adalah 15%; manakala kadar rizab margin elektrik yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan untuk tempoh tahun 2025-2029 adalah 25%.

Kenapa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) melanggar dasar tenaga elektrik sendiri?

Memiliki kadar rizab margin elektrik yang tinggi akan meningkat tarif elektrik kerana pemegang saham stesen janakuasa akan menerima bayaran tetap walaupun stesen janakuasa tidak digunakan.

Rentetan itu, tarif elektrik akan naik dan ini akan memiskinkan rakyat demi memperkayakan kapitalis kroni.

Kenapa pemimpin PAS mengelirukan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa tarif elektrik akan menurun? 

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada kerajaan untuk membatalkan projek pembinaan Empangan Nenggiri yang memperkayakan kapitalis kroni tetapi membebankan rakyat dan memusnahkan kehidupan komuniti Orang Asli.

Dikeluarkan oleh:
SHARAN RAJ
Koordinator Nasional,
Biro Alam Sekitar & Krisis Iklim,
Parti Sosialis Malaysia (PSM)