Manifesto PSM desak kembalikan projek rumah kos rendah

Manifesto PSM desak kembalikan projek rumah kos rendah

Sumber: Utusan

HULU LANGAT 18 Feb. – Mendesak supaya projek rumah kos rendah di kembalikan semula di Semenyih merupakan perkara yang ditawarkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menerusi manifesto mereka untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Calon PSM, Nik Aziz Afiq Abdul berkata, Semenyih telah pesat membangun dan semakin banyak perumahan baharu dibuka  namun malangnga ia ditawarkan dengan harga yang tidak masuk akal.

“Lambakan perumahan mewah dengan harga tidak masuk akal, masih tak terjual bertahun-tahun. Generasi muda di Semenyih tidak mampu untuk membeli rumah dengan harga RM300,000 ke RM600,000 ini.

“Oleh itu, sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat dan sekali gus sebagai penggubal polisi, kami akan menggesa pihak berwajib mengawal harga rumah dengan memperketatkan syarat buat pemaju sebelum projek dimulakan,” katanya.

Nik Aziz Afiq berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan manifesto PSM untuk PRK Semenyih di pejabat parti itu di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S. Arutchelvan.

Tambah Nik Aziz Afiq, tawaran pembangunan terancang yang berpihak kepada rakyat tempatan merupakan satu daripada tujuh perkara yang  diberikan perhatian PSM menerusi manifesto tersebut.

“Selain itu, manifesto kami turut menyentuh bagi meningkatkan kemudahan kesihatan seiring pertambahan penduduk di Semenyih serta bagi menambahkan pengangkutan awam terutamanya kemudahan bas.

“Turut terkandung dalam manifesto ini adalah mengenai pendidikan buat generasi masa hadapan, pilihan raya majlis, kampung dan taman selain memberi penekanan bagi melindungi kawasan alam sekitar dan rekreasi seperti Bukit Broga,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Manifesto PSM untuk PRK Semenyih (Video Manifesto Disertakan)

Manifesto PSM untuk PRK Semenyih (Video Manifesto Disertakan)

SEMENYIH, SELANGOR – 18 FEBRUARI 2019: Nik Aziz Afiq, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih, telah membentangkan Manifesto PSM untuk PRK Semenyih dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan pada hari ini.

Walaupun Mahathir pernah mengatakan manifesto itu bukan kitab suci, tetapi PSM amat memandang serius tentang manifesto, kerana ia merupakan janji atau komitmen yang diberikan oleh parti politik yang bertanding dalam pilihanraya untuk dinilai oleh pengundi-pengundi supaya dapat memilih tawaran politik yang dipersetujui mereka. Manifesto merupakan dokumen yang penting untuk calon atau parti politik yang ingin merayu undi supaya dipilih ke dalam dewan perundangan. Jadi, golongan politikus yang tidak memandang serius terhadap manifesto hanyalah sekadar memancing undi sokongan untuk dirinya sendiri ataupun sekutunya berkuasa.

PSM telah menggariskan 7 perkara penting yang akan diperjuangkan untuk pengundi Semenyih.

52262048_400254443874044_1078905830683705344_n.jpg

Perumahan Mampu Milik – Bukan Mampus Milik!

Generasi muda dan rakyat biasa Semenyih tidak mampu untuk membeli rumah-rumah mewah dengan harga mencecah tahap yang tidak masuk akal, iaitu RM 300,000 ke RM 600,000.

Oleh itu, PSM menggesa pihak berwajib untuk mengawal harga rumah dengan mengetatkan syarat kepada pemaju sebelum sesuatu projek dimulakan.

PSM juga menyarakan supaya diperkenalkan had kuota rumah mewah untuk satu kawasan.

PSM bertekad untuk menganjurkan satu kempen mendesak projek rumah kos rendah dikembalikan semula, setiap perumahan mesti memiliki satu fasa untuk rumah kos rendah dan sederhana.

Naiktaraf Klinik Kesihatan Semenyih ke status hospital 

Sehingga kini rakyat Semenyih tidak mempunyai hospital sendiri dan masih bergantung kepada Hospital Kajang, Hospital Serdang dan Hospital Seremban bagi mendapatkan rawatan. Namun, berlakunya kesesakan serius di Hospital Kajang, Serdang dan Seremban hingga mengambil masa begitu lama bagi mendapatkan rawatan.

Lokasi hospital sedia ada yang agak jauh menyukarkan bantuan kecemasan untuk diberikan segera. Oleh itu, PSM menuntut supaya mewujudkan pangkalan ambulans di kawasan Semenyih bagi mempercepatkan perjalanan kes kecemasan dan pengangkutan kereta percuma bagi warga emas untuk mendapatkan rawatan berkala.

Tambah pengangkutan awam – Tolak tol yang membebankan

Rata-rata penduduk Semenyih bekerja di luar kawasan Semenyih terutamanya di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Malangnya sebaik keluar dari Semenyih, mahu tak mahu terpaksa membayar tol demi tol. Oleh yang demikian, PSM mendesak untuk pemansuhan satu tol (Silk highway / Lekas Kajang Batu 3 / Plus Putra Mahkota).

PSM menyeru supaya memulihkan perkhidmatan bas dari Semenyih ke Seremban, Beranang ke Putrajaya, dan Bukit Mahkota/Sri Putra ke Kajang, di samping mendesak penyediaan bas perantara MRT supaya dapat dinikmati oleh penduduk Semenyih dan Beranang.

Oleh sebab mempunyai penduduk yang pesat, pengangkutan awam seperti komuter dan MRT patut dibina di Semenyih. Kerajaan juga perlu memastikan supaya perkhidmatan bas yang berkesan dan memuaskan dapat disediakan.

Pilihanraya majlis tempatan, kampung dan taman untuk tangani salahguna kuasa dan rasuah

PSM mendesak untuk mewujudkan pilihanraya di semua taman, pangsapuri dan kampung untuk melantik ketua masing-masing supaya meningkatkan penyertaan penduduk dalam pentadbiran DUN Semenyih, termasuk dalam isu menyelaras taman permainan masing-masing dan memantau kontrak pembersihan penduduk tempatan.

Setiap kawasan perumahan harus mempunyai kuota 30% pemilikan lesen perniagaan untuk orang tempatan.

Rumah pangsa kos rendah 

PSM akan menggerakkan satu kempen untuk membatalkan bayaran penyelenggaraan (maintenance) bulanan pangsapuri kos rendah dan digantikan dengan cukai pintu setahun sekali.

Isu pendidikan

PSM akan mendesak supaya kelas tingkatan 6 di sekolah-sekolah Semenyih dibuka kembali. PSM juga menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan untuk mengawal kos-kos yuran yang tinggi di kolej swasta dan kerajaan, termasuk institusi pengajian milik Kerajaan Negeri Selangor.

Kehidupan yang hijau dan sihat

PSM mendesak kerajaan supaya melindungi Bukit Broga sebagai kawasan alam sekitar dan kawasan rekreasi dan mengawal pembangunan di sana. Mempromosi kawasan pelancongan dan melindungi kawasan rekreasi hijau dan sihat seperti aktiviti mendaki gunung dan kolam air panas.

Nik Aziz berikrar tolak politik perkauman

Nik Aziz berikrar tolak politik perkauman

 

SEMENYIH, SELANGOR – 17 FEBRUARI 2019: Selain mengisytiharkan harta pada hari ini, Nik Aziz Afiq, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih, turut melafazkan Ikrar Anti-Rasisme di hadapan wartawan-wartawan dan pengundi-pengundi Semenyih.

Nik Aziz mengatakan bahawa diskriminasi perkauman dan politik perkauman bagai satu penyakit kronik yang menghancurkan rakyat Malaysia pada masa kini.

Dalam Ikrar Anti-Rasisme yang dilafazkan oleh Nik Aziz, beliau berjanji sebagai seorang pendukung perjuangan menentang perkauman bahawa:

  1. Tidak akan mempermainkan apa jua isu politik perkauman untuk meraih undi atau sokongan daripada rakyat.
  2. Menjauhi daripada menggunakan apa jua unsur perkauman dalam semua aktiviti kempen pilihanraya, termasuk ceramah, komen, kenyataan akhbar, tulisan media sosial, risalah, sepanduk atau apa-apa bahan kempen yang akan mendiskriminasi atau mewujudkan kebencian terhadap suatu kaum yang lain atau warga migran.
  3. Memastikan bahawa semua aktiviti dan perjuangan PSM adalah berdasarkan kepada kelas masyarakat dan bukannya berdasarkan warna kulit atau kaum. Kumpulan sasar dan perjuangan PSM adalah berdasarkan kaum tertindas tanpa mengira warna kulit.
Semenyih by-election: PSM candidate declares assets

Semenyih by-election: PSM candidate declares assets

Source: The Sun Daily

SEMENYIH
: The Parti Sosialis Malaysia (PSM) candidate for the Semenyih state assembly by-election has declared his assets and hoped his three opponents will do the same.

Nik Aziz Afiq Abdul said he was single and stayed with his parents and declared that his nett asset worth was RM15,750.

Nik Aziz Afiq, who runs a masseuse business, disclosed that his assets comprised savings of RM1,000 in a local bank and a Perodua Axia car purchased in 2017.

The 25-year-old also declared that he has a RM19,250 outstanding debt with the National Higher Education Fund (PTPTN).

Meanwhile, Nik Aziz Afiq said he was willing to declare his assets every year if he won the Semenyih by-election on March 2.

“It is part of PSM’s commitment to zero tolerance for corruption and misuse of position for personal gain,” he told reporters after reading the declaration, before starting his campaign at the Semenyih morning market here, today.

Meanwhile, the community activist said he agreed to participate in a debate between the candidates to be organised by Bersih 2.0.

“On the day I was announced as PSM’s candidate, I was contacted by representatives from Bersih 2.0 asking whether I was willing to participate in a debate organised by them and on the nomination day yesterday, I received a written invitation from them (Bersih 2.0), and my answer is that I am ready to take part in the debate,” he said.

According to Nik Aziz Afiq, the debate will be held on Feb 25 at the University of Nottingham Malaysia Semenyih Campus, located about 4km from Semenyih town and it is hoped that all the candidates who are contesting will participate in the debate.

Semenyih state seat by-election will see a four-cornered fight between Nik Aziz Afiq, Pakatan Harapan’s Muhammad Aiman Zainali, Barisan Nasional’s Zakaria Hanafi and Independent candidate Kuan Chee Heng.

The by-election is being held following the death of its incumbent, Bakhtiar Mohd Nor from Bersatu representing Pakatan Harapan, on Jan 11 after a heart attack. — Bernama

Why Parti Sosialis Malaysia should lift Semenyih: A reply to Rais Hussin — Arveent Kathirtchelvan

Why Parti Sosialis Malaysia should lift Semenyih: A reply to Rais Hussin — Arveent Kathirtchelvan

Source: Malay Mail Online

JANUARY 16 — I read with some interest the recent article written by Dr Rais Hussin on the upcoming Semenyih by-election. His cleverly titled article shifts the focus on the election to be somewhat of a straight fight between Pakatan Harapan (PH) and the PAS-Barisan Nasional (BN) contingent, calling it a D-Day. He goes on to defend Pakatan Harapan as a much better political coalition than PAS-BN, pointing out the latter’s association with kleptocracy, Israel and Goldman Sachs. It intrigued me to read about how Dr Rais views the central ideology of his opponents, Islam, as something more universal and finds it to don a key role in the statecraft of Malaysia.

His analysis is sound, but his conclusion is flawed due to his affiliation with PH, since he calls on Semenyih voters to cast their ballots for PH in spite of their imperfections to reject the baiting of Malays by PAS-BN through racial and religious verbiage. I echo his call for Semenyih to be a decisive election, not only to reject racial and religious extremism, but also to reject the false dichotomy that is inherent in Malaysian politics. Semenyih should fall not to PH or PAS-BN but PSM.

How is PSM Different?

Why do I say this? Well, from the outset I must admit my affiliation with PSM being a factor, whether I consciously admit to it or not. But even before I was a supporter of the PSM, I had promoted the diversification of Malaysian politics from a two-horse race to a multi-party system. A third-force is absolutely necessary. We can see this in the lack of differences between PH and BN-PAS.

BN, when it was holding the federal government, acted in an extremely neoliberal manner. The GDP growth was over-emphasised and the real impact on common people was not taken into consideration. Do we see a difference in this mentality in PH? Well, when the human resources minister and prime minister oppose any rise in the minimum wage, listening seemingly only to the Malaysian Employers’ Federation, we do not see a change in attitude to be more pro-worker. When the health and finance ministers announced the MySalam health insurance scheme with minimal to no stakeholder engagement, we don’t see a difference in the championing of private healthcare at the expense of public healthcare. When the state government in Penang held by PH is building houses named affordable but are, in reality, out of the price range of most people in Malaysia.

All of this shows PH is cut from the same cloth as BN. Are we really voting for an alternative if we vote the former to reject the latter? Yet it is PSM which is bringing forward new ideas that balance the need to secure statecraft and take care of the welfare of the rakyat. One can read these in our policy ideas for an alternative approach to healthcare, where we slow down the growth of private healthcare to build public healthcare that treats 70 per cent of the rakyat. Or one may read our view on how to make sure Multi-National Companies that do business in the Asean region do not exploit our cheap labour, by standing together and demanding for a better share of wealth for our people collectively. Or one can refer to our multi-pronged approach to dealing with affordable housing by taking people’s first homes out of the market and emphasizing on council houses a-la the United Kingdom and many other countries around the world.

Even more important is the way candidates are chosen to run in a certain constituency. PSM makes it mandatory that any aspiring candidate is firstly chosen by the local branch, has served the people in that constituency for at least two years and promises to not use a racial narrative in campaigning. Can we say the same about both PH and BN? Dato Seri Anwar Ibrahim certainly didn’t seem to have anything to do with Port Dickson and Wan Saiful Wan Jan seemed out of place in the hinterlands of Pendang, Kedah.

PSM’s strength lies in the strengthening of the rakyat. The emphasis is on removing the vulnerability of the people and uplifting Malaysians such that the lower class are not exploited by the upper class. PSM does this by organising marginalised workers, residents living in squalor due to mismanagement of their living space and the general masses to provide a strong narrative of the rakyat to the powers that be. PSM is on the ground not for race and religion, but for the people of Malaysia to articulate their grouses and take what is rightfully theirs. PSM, unlike BN or PH, rejects neoliberalism and is committed to the welfare of the rakyat as the central philosophy driving its decision-making.

On top of that, PSM is committed to the development of local candidates articulating the needs of locals in a constituency. In the Cameron Highlands by-election, one may be impressed by PAS-BN’s choice of candidate being an Orang Asli, but it is PSM who put forth an Orang Asli candidate in the Jelai State Constituency under Cameron Highlands in the last election. PSM Semenyih’s activists and leaders are people that have been working in Semenyih for decades, taking up cases forgotten by the mainstream political forces and navigating through an unequal Malaysia to uplift the marginalised classes without once capitalising on divisive racial narratives.

PSM’s Work In Semenyih

Focusing on Semenyih now, can any candidate, hand-on-heart, say they have done a similar amount of work PSM has? One only has to go to the branch itself, an unassuming first floor of a shop lot, to see the over 2,000 casef iles PSM Semenyih has solved. They are neatly arranged in hard-cased folders on a burgeoning bookshelf. In it are a variety of cases, ranging from land disputes to unlawful expulsion from work and even personal cases involving familial disputes. Even now, one can find new cases stacked-up on the table of the branch coordinator, Arutchelvam (commonly known as Arul) and notice the steady stream of people at their wits end looking up PSM Semenyih’s address as they know that if they come to this branch, they have a good chance in winning their case.

And how many cases have they won? Workers in multiple plantations have been helped to attain low-cost houses that they were promised by the plantation owners before slyly being cheated out of them. Just ask their families in Ladang Sg Rinching, Ladang Denudin and Ladang Semenyih. In Kampung Broga, 159 residents were helped to get land grants stretching for 99 years by PSM Semenyih. Workers in dispute with their employers were assisted to organise and fight for their rights in the Industrial Relations Department or the Labour Court by PSM Semenyih.

So, varied is PSM Semenyih’s repertoire that they even managed to win some land that was being used as a cemetery which was threatened to be eradicated by profit-minded developers. Are we to deny these?

What would a PSM victory in Semenyih mean for politics in Malaysia? One, it would break the hegemony of the two-party system in Malaysia which has produced governments and oppositions that are no different from each other fundamentally.

Two, it will solidify the need for a new narrative in Malaysian politics other than neoliberal policies and shift the focus to more sustainable, people-driven politics. Three, it will signal the end of parachute candidates and raise the bar across the board for all future candidates to have actually worked for a significant amount of time in a constituency. Four, it will toss the spectre of race and religion from politics completely rather than simply give it a new face with PH more and more concerned with how voters perceive them through these categories. Fifth, it will ensure the inclusion of a member of the Legislative Assembly in Selangor who not only has the people’s welfare at heart but also access to a huge wealth of experience in handling the issues of the people. The latter also ensures this member would have access to the resources necessary in building robust systems that would ensure these very problems are eradicated at the source and not just superficially.

This is why the people of Semenyih should reject PH and BN in favour of the only party putting their welfare in the forefront of its struggle. It is Parti Sosialis Malaysia who should lift Semenyih into a new narrative for national politics. Long live the people of Malaysia, long live the struggle.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of Malay Mail.

“Ini bukan calon Nik Aziz, tapi calon rakyat!” – Perlawanan 4 penjuru di PRK Semenyih

“Ini bukan calon Nik Aziz, tapi calon rakyat!” – Perlawanan 4 penjuru di PRK Semenyih

“Ini bukan calon Nik Aziz, tapi calon rakyat!” – Perlawanan 4 penjuru di PRK Semenyih

 

20190216085217__MG_1377-01-01.jpeg

KAJANG, SELANGOR – 16 Februari 2019: Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN N24 Semenyih akan menyaksikan pertembungan 4 penjuru, dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengambil bahagian dalam pilihanraya kecil untuk kali pertama, walaupun ini merupakan kali ke-4 PSM meletakkan calon untuk bertanding di kawasan DUN Semenyih.

Proses penamaan untuk PRK Semenyih berlangsung di Dewan Seri Cempaka MPKJ pada hari ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima 4 pencalonan. 4 calon yang akan bertanding ialah:

  1. Muhammad Aiman bin Zainali (Pakatan Harapan – BERSATU)
  2. Zakaria bin Haji Hanafi (Barisan Nasional – UMNO)
  3. Kuan Chee Heng (Bebas)
  4. Nik Aziz Afiq bin Abdul (Parti Sosialis Malaysia)

Penyokong-penyokong PSM telah mengiringi calon PSM Nik Aziz Afiq ke pusat penamaan calon dengan perarakan yang penuh bersemangat. Turut hadir bersama pada hari ini termasuk Dr. Nasir Hashim (Pengerusi PSM), A. Sivarajan (Setiausaha Agung PSM), S. Arutchelvan (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM yang pernah bertanding di Semenyih untuk 3 Pilihanraya Umum yang lepas), Soh Sook Hwa (Bendahari PSM) dan Dr. Kua Kia Soong (aktivis sosial). Keluarga Nik Aziz termasuk ibu dan bapanya juga hadir untuk memberi sokongan kepada anak kesayangan mereka. Laungan slogan “Hidup Rakyat!”, “Hidup Sosialisme!” dan nyanyian lagu “Pembebasan” telah memeriahkan suasana di luar pusat penamaan calon.

52590122_1304426199716634_9075631329445412864_n.jpg

Setelah selesai proses pencalonan, Nik Aziz Afiq berucap di hadapan penyokong-penyokong, “Ini bukannya calon Nik Aziz, tapi calon sosialis, calon rakyat!”

Nik Aziz berkata, “Saya nasihatkan rakan-rakan sekalian supaya berkempen dengan penuh rendah diri, dengan penuh rasa sederhana, dan tidak memburuk-burukkan parti lawan. Kita akan tunjukkan apa yang kita buat (untuk membantu rakyat) dan apa yang kita mampu lakukan.”

“Menang kami berkhidmat, kalah pun kami berkhidmat. Memang ini cara politik PSM, tetap berkhidmat untuk rakyat!” begitu katanya Nik Aziz.

Dengan ini, bermulah kempen PSM untuk PRK Semenyih. Walaupun PSM menghadapi cabaran yang amat hebat dalam PRK Semenyih, khususnya berdepan dengan dua gergasi politik (Pakatan Harapan dan Barisan Nasional), namun dengan semangat melawan arus dan meraikan demokrasi, PSM akan berusaha sebaik mungkin untuk menawarkan alternatif politik baru yang bernafas segar kepada pengundi Semenyih. PSM sedia menawarkan semak-dan-imbang yang sebenar dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dengan halatuju dasar yang berdasarkan kesejahteraan rakyat terbanyak.

Latar belakang PRK Semenyih

Kerusi DUN Semenyih di Selangor dikosongkan selepas penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia pada 11 Januari 2019. Pakatan Harapan menang kerusi DUN Semenyih dalam PRU-14 pada 9 Mei 2018 dengan memperolehi 23,428 undi (50.76%) dalam pertandingan 4 penjuru yang melibatkan calon daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Menurut SPR, daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRK ini mengandungi 54,503 orang pemilih berdaftar. SPR mensasarkan 70% pengundi akan keluar mengundi.

PSM pernah meletakkan calon untuk bertanding di kawasan DUN Semenyih untuk 3 PRU sebelum ini, iaitu pada tahun 2008, 2013 dan 2018. Calon PSM untuk kerusi DUN Semenyih dalam PRU-14, S. Arutchelvan, hanya mendapat undi sebanyak 1,293 undi (2.8% daripada jumlah undi). Oleh itu, PRK kali ini memang satu pertandingan yang amat mencabar untuk PSM.

**************************************************

Kebetulan yang menarik

PRK Semenyih kali ini merupakan kali yang ke-4 PSM bertanding di kawasan DUN N24 ini, dengan menyaksikan pertandingan 4 penjuru. PRK Semenyih merupakan pilihanraya kecil yang ke-4  untuk negeri Selangor sejak PRU-14. Calon PSM merupakan calon nombor 4 dalam kertas undi. Nampak adanya jodoh antara PSM Semenyih dengan nombor 4.

Dalam satu “pendedahan” dalam laman Facebook Nik Aziz, calon Pakatan Harapan untuk PRK Semenyih kali ini, Aiman Zainali, ialah pencadang bagi Allahyarham Bakhtiar dalam PRU-14 di kawasan DUN Semenyih, sementara Nik Aziz sendiri ialah pencadang untuk calon PSM S. Arutchelvan dalam PRU-14. “Tak sangka kami bertemu sekali lagi di dewan sama tetapi kali ini sebagai calon,” kata Nik Aziz.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang perkembangan PRK N.24 Semenyih

Facebook: https://www.facebook.com/NikAzizAfiq/
Twitter : https://twitter.com/NikAzizAfiq
Insta : https://www.instagram.com/nikazizafiq/

Nik Aziz Afiq calon PSM untuk PRK Semenyih

Nik Aziz Afiq calon PSM untuk PRK Semenyih

20190213 - nik.jpg

SEMENYIH, SELANGOR – 13 FEBRUARI 2019: Nik Aziz Afiq dinamakan sebagai calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih yang akan datang.

Pengumuman ini dibuat dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di pejabat PSM Semenyih pada hari ini.

Nik Aziz Afiq yang berumur 25 tahun, ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda PSM. Beliau merupakan seorang aktivis muda yang aktif dalam kerja-kerja amal membantu masyarakat miskin dan juga giat dalam perjuangan masyarakat akar umbi. Sebagai pembantu khas di Pusat Khidmat PSM Semenyih dan bekerjasama secara rapat dengan S. Arutchelvan, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM yang juga merupakan calon PSM di Semenyih untuk 3 kali, beliau telah mendapat banyak pengalaman dalam mengendalikan isu-isu rakyat setempat20190213.jpg

FOTO OLEH RAMAN KUTTY / MAKKAL OOSAI

 

“Kita perlukan suara semak-dan-imbang yang kuat dan lantang dalam Dewan Undangan Negeri Selangor… Namun kita tidak mahu pembangkang yang mempermainkan sentimen perkauman, kita tidak mahu pembangkang yang masih terpalit dengan skandal rasuah, kita perlukan pembangkang yang berprinsip dan konsisten dalam memperjuangkan kepentingan rakyat,” begitu katanya Nik Aziz Afiq dalam sidang akhbar pengumuman calon PRK Semenyih.

PRK Semenyih akan menyaksikan persaingan yang hebat, dan memang amat mencabar untuk PSM menang dalam PRK ini. Namun, dengan semangat sanggup melawan arus untuk menegakkan keadilan sosial, PSM bersedia untuk menghadapi cabaran ini dan menawarkan nafas baru untuk proses pembaharuan masyarakat kita.20190213 - nik01.jpg

FOTO OLEH RAMAN KUTTY / MAKKAL OOSAI
Islamic council told to stop eviction of 19 families in Butterworth

Islamic council told to stop eviction of 19 families in Butterworth

Source: Malaysiakini, Susan Loone.

Parti Sosialis Malaysia has urged the Penang Islamic Affairs Council (MAIPP) to put a stop to the eviction of 19 families from the Tanah Wakaf Abdul Cauder in Butterworth.

R Karthiges, coordinator of Penang PSM’s housing network, said the families have already been informed that they will be “chased out” (usir keluar) tomorrow by MAIPP, who own the mixed development project.

“The families refuse to leave, as not all were offered free replacement homes, and five families were left out. The RM500 rental fees offered to the families (pending compensation) are not enough to rent a house around Butterworth,” he said in a statement.

Dana untuk melawan arus: PSM perlukan sumbangan anda untuk kempen PRK Semenyih

Dana untuk melawan arus: PSM perlukan sumbangan anda untuk kempen PRK Semenyih

Ramai antara rakan-rakan kita mengharapkan kebangkitan Parti Sosialis Maaysia (PSM) supaya menjadi kuasa ketiga dalam arena politik hari ini.

Selepas perubahan kerajaan di beberapa buah negeri pada tahun 2008 dan perubahan rejim di peringkat pusat pada tahun 2018, kita mengharapkan bahawa pembukaan ruang politik dapat membawa lebih banyak kemungkinan, termasuklah perubahan dasar dan pembaharuan sistem. Mungkin ada orang merasakan masih terlalu awal untuk menilai prestasi kerajaan baru, namun ada juga orang tidak dapat tunggu lagi. Walau bagaimanapun, Barisan Nasional telah menunjukkan segala kelemahannya setelah kehilangan kuasa pemerintahan, manakala pelbagai U-turn dan sikap tidak konsisten yang ditonjolkan oleh kerajaan baru turut menimbulkan kekhuatiran bahawa dasar yang dibawa oleh kedua-dua gabungan politik yang utama semakin mirip sesama sendiri.

Selain Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, adakah pilihan lain untuk kita semua?

Dalam realiti politik, memang kekuatan dan sumber yang dimiliki oleh PSM pada masa kini masih lagi belum mencukupi untuk menjadi kuasa ketiga. Berdepan dengan Pilihanraya Kecil di kawasan DUN Semenyih dalam keadaan sebegini, meletakkan calon untuk bertanding bagaikan sesuatu yang melawan arus.

Namun, bukankah semua perubahan masyarakat itu bermula daripada usaha melawan arus yang tidak mengerti kekalahan? Setiap perjuangan adalah titik permulaan untuk melangkah ke masa depan. PSM sanggup bergerak selangkah demi selangkah, bertekad mencabar budaya politik yang kolot, menawarkan satu pilihan alternatif kepada para pengundi dan bersedia untuk disemak pengundi.

Jawatankuasa Pusat dan Cawangan PSM telah memutuskan untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil Semenyih yang amat mencabar ini. Kami berharap dengan penyertaan dalam proses politik negara kita ini, dapat menggantikan politik perkauman dengan politik berasaskan perspektif kelas, menjana perbahasan dasar-dasar negara yang berasaskan idea-idea politik membina, dan menghapuskan budaya politik elitik dengan demokrasi bersifat partisipasi.

Jika anda sudi menguatkan semangat untuk usaha melawan arus ini, kami berharap anda dapat menghulurkan bantuan dengan memberikan sumbangan dari segi kewangan/sumber dan menyertai pasukan kempen kami.

Dana yang diperlukan: RM 100,000

Sumbangan dana boleh disalurkan kepada akaun bank di bawah:

Maybank: Parti Sosialis Malaysia
No. Akaun: 5120 8033 7313

Pendaftaran untuk menjadi sukarelawan kempen PRK: https://form.jotform.me/80662123031443