#HariIniDalamSejarah
11 Julai 2011
11 Julai – Selepas kejayaan perhimpunan BERSIH yang signifikan, PSM melancarkan kempen membebaskan EO6 dengan lebih giat lagi. Hampir setiap hari selepas itu ada sahaja NGO ataupun cawangan-cawangan PSM dari seluruh negara yang menghantar petisyen menuntut pembebasan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara di Bukit Aman.
Pada hari ini juga, suatu kempen faks surat petisyen menuntut pembebasan dilancarkan kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin; Ketua Polis Ismail Omar; Perdana Menteri, Najib Razak pada dari tarikh 11 hingga 15 Julai, 2011. Pelbagai organisasi menyambut kempen ini dan menghantar faks ke pejabat-pejabat tersebut. Sokongan juga diterima dari organisasi luar Negara.


Himpunan protes malam di Bukit Aman juga memperlihatkan penambahan dalam bilangan peserta, menghadiri candle light vigil. Polis mula merasa resah dengan kehadiran yang semakin bertambah mendesak pembebasan PSM EO6.



Siri #HariIniDalamSejarah ini akan menjejaki usaha PSM dalam Perjuangan Membebaskan Tahanan PSM EO6 sehingga hari mereka dibebaskan pada 29 Julai, 2011. Nantikan kiriman kami yang seterusnya.
#PartiSosialis Untuk maklumat terkini, sertai saluran Telegram PSM di
t.me/partisosialis
Aktivis PSM 6 orang yang ditahan tersebut dibawa ke Bukit Aman pada hari yang sama. Pasukan peguam yang diketuai oleh Edmond Bon dan rakan-rakanya sudahpun berada di Bukit Aman memastikan jika sebenarnya keenam-enam aktivis PSM EO6 dibawa ke Bukit Aman. 





Pada 1hb.Julai, 2011, Song Min Youn dibebaskan dan dihantar balik ke Korea tanpa apajua tuduhan dan syarat. Maka ianya membuktikan bahawa naratif pemerintah dan medianya hanyalah suatu manipulasi politik memburukkan PSM dan kempen kami. Dengan bebasnya komrad dari Korea itu, maka ianya memperkuatkan desakan kami bahawa Romy Castillo juga harus 



